oh.. tak sempat..




Assalamualaikum.. lalala.. hari ini nak update jugak.. sebab hari ini hari terakhir bulan MAY.. why dont we say something about sweet MAY.. :D sweet ker?? sweet la jugak.. banyak benda dah berlaku dalam bulan MAY sahaja.. tapi bila fikir balik.. sebenarnya.. dah dekat dah SPM yek?? huuuu.. tawakal dan berusaha je la.. what to do?? study and study.. hurm.. cuaknya.. dup dap dup dap.. herherher..  ok.. jangan fikir pasal SPM.. boleh sakit jantung.. (padahal orang lain boleh je buat :P) tula.. tak ada kepercayaan pada diri sendiri..haish.. apa nak jadi kamu ni ZAFIRAH..  semangat sikit.. berbalik semula cerita bulan MAY ni.. bulan MAY mengajar aku tentang kesabaran.. ye ker?? ye la.. banyak tau aku bersabar dalam bulan ni.. eh.. bulan-bulan sebelum ini tak bersabar ker?? bersabar la jugak.. tapi bulan ini memang banyak dugaan.. banyak gila la kiranya.. tapi.. alhamdulillah.. ALLAH memberikan aku kekuatan untuk hadapinya.. tapi ada satu lagi masalah yang aku masih tak boleh hadapi.. KEMALASAN tahap maksimum.. hurmm..  dah dah.. buat aku sedih jer fikir bab malas-malas ini.. lagipun.. aku ini memang pantang sikit kalau sedih ini.. emotional gila.. herherher.. lagi tak best.. kalau aku menangis.. mula la.. nak demam.. segala penyakit datang.. (ALLAH SAYANG) hihihi.. betul tak? mesti cakap aku perasan kan? cakap la.. tak heran.. aku memang nak ALLAH sayang aku.. siapa yang tak nak kan? *kalau ada orang yang tak nak.. ruginya.. rugi rugi rugi.. ok dah.. cukup..



dah beberapa hari aku tak update kan? rindu tak? hahaha.. perasannya.. cakap je la rindu.. aku suka kalau korang rindu.. bertambah rindu aku nak update lagi. tak syok la layan perasaan sorang-sorang.. mengadakan aku ini.. herherher.. takpa.. cakap je apa korang nak cakap.. aku terima dengan hati terbuka.. biarlah perit sekalipun.. itu semua cabaran.. apalah hidup kalau tak ada cabaran kan?? itu lah orang kata bosan bosan dan bosan.. cuba kalau ada cabaran dalam hidup.. korang mesti nak menyelesaikan dan mencari penyelesaian kepada masalah dan cabaran yang korang hadapi.. tak gitu?? dan mesti tak ada rasa bosan.. kan?? tapi kadang-kadang.. bosan ini boleh termasuk dalam kategori malas.. macam aku.. aku tawu la diri aku macam mana.. aku pun tak perfect.. siapa-siapa pun tak perfect.. ada je kekurangan.. macam aku.. bila aku malas.. aku akan rasa bosan.. padahal.. banyak lagi masalah aku kene selesaikan.. tapi seseorang dah hasut aku.. siapa lagi yang sudi buat perkara hasut menghasut ini kalau bukan SYAITAN durjana tu.. apa pasal la kau ada.. =.=


sebenarnya.. aku busy gila sekarang.. tak ada la sampai gila... busy je.. sebab banyak benda nak kena buat.. cabaran ni.. hahaha.. KEM FELLOWSHIP.. beberapa hari lagi.. dan kem ini kem terakhir.. huhu.. dah nak 10 anniversary dah kem BSM ini.. haish.. harap-harap berjalan dengan lancar.. dan harapkan ini paling gempak ever ever ever.. sebab ada aku.. hahaha.. perasannya.. ya ALLAH.. tolonglah kurangkan sikit keperasanan aku ini.. hehehehe.. ok la.. nak tidur.. salam.. :D


may ALLAH bless us.. 



Saya sayang Anda :D

tak nak la kenyit-kenyit.. :P





Assalamualaikum.. ahaha.. tak ada kerja kan aku tulis tajuk camtu.. tak nak la kenyit-kenyit mata.. pandang tepat ke arah mataku.. dan aku akan ku pukau  dirimu.. wahahaha.. bodoh giler.. aku memang tak ada kerja sampai tulis tajuk macam tu.. dan sekarang ini memang mood aku agak hyperactive.. tapi nasib baik takda sesiapa jadi mangsa aku.. kalau ada manusia yang senang dibuli.. akan ku cubit dirinya.. akan ku pukul dirinya.. hahaha.. ingat lagi.. kesian kawan aku.. nama dia SITI NUR AIN.. hohoho.. beliau antara mangsa aku yang paling teruk.. herherher.. aku suka cubit dia.. kalau tak cubit pukul kat lengan dia.. hehehe.. jahatkan aku.. tu la.. siapa suruh kata aku baik.. :P walaubagaimanapun.. aku minta maaf.. nanti aku buat lagi.. XD heeeeeeuuiiiii.. bosan sungguh hari ini.. malam nanti nak buat homework lagi.. uuuaaarrghhhh.. ngantuk sungguh.. tak larat tengok buku.. kali ini entry aku.. mungkin akan jadi pendek jer.. sebab aku taknak tulis panjang-panjang.. herherher.. tengoklah nanti bila dah kembali mood menaip aku ini.. akan ku ceritakan semua yang tersirat dan tersurat di dalam kalbuku.. ecehhh.. ayat nak hebat jer.. tui tui tui.. XD 


andai nafasku terus menghirup udara.. akan ku jejak tempat luahan ini.. salam..



uhibbuk fillah abadan abada ...

Saya sayang Anda :D

Menara Jam terbesar Dunia kini di Mekah

Suatu ketika dahulu, garis tarikh antarabangsa yang terletak di jantung kota suci Islam Mekah. Mekah adalah titik rujukan dari semua kegiatan Muslim Namun ketika Kerajaan Inggeris muncul pada akhir abad ke-19, titik rujukan berpindah ke Greenwich untuk menandakan keunggulan empayar. Al-Biruni seorang ahli geografi Muslim besar abad ke-10 pertama kali menggambar peta dunia di dunia dan ditandakan Mekah sebagai pusat untuk semua perhitungan yang berkaitan dengan arah solat Muslim, tarikh bulan penglihatan, Muslim mengembangkan sebuah cabang ilmu pengetahuan dikenali sebagai kartografi untuk berurusan dengan geometri bola dari atlas dunia.

Lihat gambar di atas, pembinaan ini telah mengatasi enam kali ganda dari tinggi dari Big Ban Inggeris. Juga menggambarkan perbezaan dengan menara-menara tinggi yang ada di dunia.
Menara jam ini merupakan sebahagian dari tujuh menara hotel Abraj Al-Bait dan kompleks perumahan yang dibangun oleh kelompok konstruksi Saudi Bin Laden dan terletak di seberang Masjid Agung Mekah. 

Selama 125 tahun, dunia telah menetapkan jam tangan berdasarkan satu jam, di atas bukit, di London. Tapi itu boleh berubah dengan membina sebuah menara jam baru di Arab Saudi.

Menurut Telegraph, Royal Makkah Clock Tower merupakan sebuah bangunan yang baru didirikan di Mekah, kota suci Islam, yang terletak di Arab Saudi. Jam ditetapkan bermula 1 Ramadhan 1431 bermakna baru semalam bermula mula diuji sehingga sekarang, sebagai Muslim di seluruh dunia bermula amati Ramadhan.Hal ini terlihat sangat mirip dengan St Stephen's London's Tower (yang mengandungi loceng Big Ben), tetapi pada skala yang jauh lebih besar. Setiap permukaan jam ukuran diameter 151 kaki, dan sekali puncak adalah menambah menara akan berdiri 2.000 meter. Menara ini akan mengingatkan orang untuk berdoa dengan lampu berkelip hijau dan putih yang dapat dilihat selama 18 batu. Jam akan berjalan di Arabia Standard Time, yang tiga jam di depan Greenwich Mean Time.

Menara baru tentu saja mengesankan, tetapi gerakan di balik itu bahkan lebih besar. ulama berpendapat seharusnya jam untuk menggantikan Greenwich Mean Time sebagai standard dunia, membuat Mekah "pusat sejati dari bumi." Beberapa berpendapat bahawa kawasan Mekah adalah zon "sifar-magnet" kerana penyelarasan dengan magnet Utara.Namun, para saintis Barat mengatakan Magnetik Kutub Utara sebenarnya adalah sebuah garis bujur yang melampaui Amerika Utara dan Selatan.Bahkan jika Greenwich Mean Time memegang, menara jam akan menjadi titik utama yang menarik bagi peziarah ke Mekah - itu adalah sebahagian daripada kompleks kerajaan yang dibiayai besar-besaran baru yang memaparkan perbelanjaan dan hotel.


Gambar di atas pula adalah gambar jam ditempatkan di posisi mekah yang sesuai dan menjadi pusat masa di dunia kerana telah diyakini barat bahawa mekah adalah pusat dunia.

Manakala gambar di atas ini pula adalah gambaran dekat menyatakan jam besar dunia ini sangat indah.

Lihatlah tuan puan, betapa besarnya ilmuan Islam. Kini kita kembalikan zaman kegemilangan Islam yang dulunya permulaan ilmu seperti astronomi, matematik, sains, perubatan, pelayaran dan sebagainya adalah bermula dari kepakaran tokoh Islam seperti Al-biruni, Al-khawarizmi,Ibnu Battutah, Al-Kindi dan lain-lain lagi.





Saya sayang Anda :D

seindah bahasa..




aku menyukaimu dengan "RASA" bukan dengan "kata" dan aku mencintaimu dengan "TULUS" bukan dengan "KEPALSUAN" seindah bunga sedamai kalbu..



Ya Allah Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasihmu Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki Dan Rindu Abadi Hanya Kepadamu


Akan kutemukan seseorang yg mahu mengerti aku... Yang akan mendampingi aku dalam suka dan duka.. Seiring jalan damai melangkah bersama disisiku


Terkadang hidup itu sangat menyakitkan.tapi lebih menyakitkan bila kita tak pernah berbuat apa"untuk kehidupan kita.. jadi hargai setiap nafas yang berhembus..kerana kita tak akan pernah tahu bila berakhir dari kehidupan ini.



Bahawa bukan keindahan fizikal yang utama, tp akhlak dan perilakunya. Bukan pula kecantikan wajah yang melenakan, namun ketawadhu’an yang memikat jiwa. Betapa semua itu akan menjadi aura yang terpancar dan menjadikan seseorang wanita solehah seperti mutiara




sumber: facebook.. :)

Saya sayang Anda :D

SEORANG ISTERI BERTANYER KPD USTAZ: Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti,saya tak nak suami saya ada bidadari ?




SEKADAR MENYAMPAIKAN..... "Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?" Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz ...Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an. Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu. 





Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain. Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.." Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat.. Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? 




Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. "Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat. Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan ? 



Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu). Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. Betul? Tapi adakah anda pasti? Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. "Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita. Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata. "Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" 



Mungkin ada wanita yang berfikir begini. Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; ) "Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?" Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya. Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya. Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. 



Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu.. Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. "Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith ni; "Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. 



Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi." Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.






Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur? Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur. Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu. Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). 





Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu. Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali! Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. 




Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga.. Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~



seronokkan?? muahahaha.. apa lagi wanita diluar.. jom la beribadat.. tak rugi.. nanti jangan menyesal.. 



sumber: tak dikenal pasti.. tapi boleh jumpa di notes facebook :) 






Saya sayang Anda :D

Rahsia air apabila dibaca ayat suci

Adakah anda berfikir bahawa hanya manusia saja yang boleh menunjukan perasaan? Korang tahu tak sebenarnya air juga mempunyai perasaan.

Jawapannya, ia air mempunyai perasaan dimana Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.


Dengan menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power. Doktor ini telah menemukan bagaimana perasaan air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.

Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan apabila dibacakan doa bentuknya akan menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.


Gambar molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa

Oleh itu, kita telah disarankan supaya membaca doa sebelum meminum air. Kerana denga begitu ekspresi air akan berubah menjadi indah dan pastinya makan lebih membaka kebaikan kepada kita yang meminumnya.


Ketika dibacakan doa


ketika dibacakan Ayat suci


Ketika dimainkan music symphony Mozard, Kristal muncul berbentuk bunga


Apabila dimainkan music metal...molekul tersebut pecah


Saat disebutkan 'war' kepada kristal air ( sebelah kiri), maka bentuk kristal 'peace' (kanan) pecah.


Setelah itu ditunjukkan pula kata " Malaikat": terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah ( gambar kiri ) dan apabila ditunjukan kata " Syaitan"' kristal terbentuk buruk dengan bebola api ditengah ( gambar kanan ).

Subhanallah....
Kalau anda sakit perut cuba anda bacakan ayat suci dan dengan niat minum...insyallah kesakitan perut tersebut akan berkurangan..



sumber: TAO TAU AJER ..

Saya sayang Anda :D

tawakal sahaja.. ahaks.. xD





assalamualaikum... hari ini aku nak menaip lagi.. aku tak ingin berpisah dengan kau wahai blog.. ngeh ngeh ngeh.. well.. penyakit gila aku mula meresap dari lubuk hati terus ke otak dan interprete sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa akan berlaku.. wuuuuuuu.. dan sekarang.. aku macam tak ada idea pulak nak cerita apa.. wahai blog.. kisah apa kau nak aku cerita... ?? aku ada macam-macam story.. just tak tahu nak mulakan macam mana.. uhukss.. 

well.. biar aku cerita pasal study first.. huhuhu.. sekarang ini.. minggu kedua exam telah berlalu.. dan tinggal lagi seminggu lagi.. dan aku tak sabar nak habis.. ape la yang kau ingat pya.. SPM belum habis lagi.. jangan dok berangan hingga ujung dunia.. sebab dunia ini tak ada penghujung.. heee.. betul tak?? kan kan?? dan ade la satu hari ini.. hari khamis kot.. hari exam yang paling tension buat diri aku.. wuuuu.. sikit lagi almost 49% aku dah jadi gila.. ohhh.. menipu la tu.. biar la (nada R.R aku.. hahahah..dia suka cakap macam tu..sebab dah kalah berdebat dengan aku.. ekekeke..oh jahatnya kau pya.. hahaha) ok.. back to the story merry.. hari khamis tu aku exam FIZIK dan ADDITIONAL MATHEMATICS.. dan malam sebelum tu.. aku hanya bukak buku latihan addmath jer.. sebab aku ingatkan fizik lepas rehat.. pagi tu.. aku tengok ..sumer dok pegang buku fizik.. hohohoho.. kau memang gila pya.. tu la.. sapa suruh tak tengok jadual betul-betul.. pastu terus aku bukak buku rujukan fizik..malangnya.. aku carik dalam beg.. TAK ADA!!! apasal aku boleh tertinggal kat rumah.. nasib baik aku ada bawak nota tuition.. penyelamat dunia aku.. itu pun dapat cover chapter 5 form 4..chapter 1 & 2 form 5.. hohohohoh..sempat selak2.. tengok latihan yang aku dah buat.. tu je la preparation aku.. well.. aku masih dapat tenangkan fikiran.. tu la gunanya.. think positive.. aku tawakal semuanya dekat ALLAH SWT.. then masa buat tu.. aku SHOCK..eh.. bukan sakit jantung la.. hahaha.. shock sebab kertas tu almost 40% aku pernah buat dekat tuition.. agak sebijik soalan tu..  alhamdulillah la.. tapi kertas tu ada la yang harder.. dan aku teruskan jampi serapah aku dekat kertas tu.. OM SEI SEI betul.. ok.. lepas habis tu.. aku tanya yang lain.. macam mana?? woeeee.. susah.. hahaha.. well bukan aku sorang je yang kata macam tu nampaknya.. ok.. apa kata tawakal je dengan result yang aku dapat??? hohohoho.. well.. fizik ada lagi 1 paper lagi.. aku kene score kat situ.. sebab itu jugak antara penyelamat aku.. >.< ok.. lepas habis tu.. jangan pikir lagi.. 


addmath menanti aku.. dan aku.. wat latihan lagi.. latihan soalan spm tahun2 lepas.. well.. aku rasa senang jugak.. sebab aku dapat buat.. tapi.. bila dapat kertas addmath tu.. apa pasal harder giler??? dengan formula tak ada.. woooeee.. ganas.. benci pulek.. then aku buat je la dengan sebaik mungkin.. heheheh.. dapat pulak aku dok depan sekali.. pandang whiteboard yang suci murni tu.. apasal la formula tak muncul kat situ.. gggrrrrr... geram geram.. then.. pandang muka orang lain.. kononnye muka dyeorang boleh keluar formula la.. tapi tak kesampaian.. then.. aku buat je la.. pi mampuih.. salah formula pun aku tak heran.. hahaha.. sebab semua orang lengguk-lengguk atas meja.. dan beberapa soalan aku tak dapat buat.. well.. sebab formula tak ada itu penyebab dia.. lagi satu.. sebab aku benci soalan calculus.. hehehe.. jangan tanya aku sorang je.. sebab semua orang tak akan suka dengan soalan tu.. tanya la dengan budak yang bijak bestari sekalipun.. soalan calculus harder babe..ok.. paper hari tu aku tawakal.. ok.. biar la dia hidup dengan tenang di atas meja guru.. ehehehehe..


Oke.. dan aku pun dah bosan cerita tentang study aku.. tu je aku dapat cerita.. sebab hari jumaat kertas KIMIA.. dan MEMANG HARDER..hahhaha.. jangan tanya aku lagi..aku malas nak pikir.. ia melemahkan semangat aku.. oh PYA u can do it..caiyok2!!.. ok la.. malas nak celoteh lagi.. penat pulak jari aku nak menaip lagi.. nak layan buku baru beli.. THE CHOICE... release tension jap.. sebelum aku menelaah lagi buku sekolah.. ok.. bye bye blog.. i miss u.. heee.. ngade.. 





for bani.. i miss u.. :) lama tak dengar cerita.. do u miss me??
 huu.. sedeyh.. lalala.. bila mahu dengar khabar berita lagi..
uwaaa.. nak nanges.. rindu aku nak buli dia.. watch out YOU little rabbit..
hahaha.. take care.. holland.. 


wassalam.. :D

Saya sayang Anda :D

Bertuahnya menjadi wanita

Baik punya Bertuahnya Menjadi Wanita
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

*Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.


Sumber: Bertuahnya Menjadi Wanita | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bertuahnya-menjadi-wanita/#ixzz1MVkRNCkP

Saya sayang Anda :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...