folio seni..



sebenarnya. aku tak dapat nak provide gambar pasal folio seni yang aku buat tu. sebab tak cukup time la nak tangkap gambar segala tu. T.T

meh la aku cerita serba serbi pasal pembikinan folio ini..

ceritanya macam ini.

nak dijadikan cerita.. folio seni ini kiranya memang dah berkurun dah cikgu bagi. tapi bagi ini pun dari soalan kementerian. bukan suka-suka. ada pelbagai soalan tapi cikgu seni aku ini pilik pasal kad ucapan 3dimensi. ala kad pop-up tu. yg macam timbul2. tak tawu jugak? erkk.. search kat google. herherher.

Pastu. disebabkan malas. memang nasib la. last minit baru buat. :P pastu asik extend je tarikh nak hantar. aku pun masih buat tak tawu je. tapi dalam hati. amikkk.. berdebar sebenarnya. maklumlah.. kerja tak siap. tak senang duduk. panas je punggung ini.. grrrrr.. at last.. kerja aku yang tertunggak tu aku buat jugak walaupun tak ada bimbangan dari guru. biaq pi la kat situ janji siap. tu je dalam hati aku cakap. 

susah sebenarnya nak buat folio seni ini. :P janji kalau korang minat dan suka seni dan ada bimbangan cikgu. sure korang pun turut menyukainya. :D sebab ini idea yang tercipta dari diri korang. so korang boleh la ekspresikan idea korang yang unik lagi menarik kat situ.

aku punya kerja seni jangan cakap la.. esoknya kena hantar. dunia realiti aku. hari khamis kena hantar. tapi hari rabu baru aku mula buat. muahahahaha.. tapi time tu.. tinggal 5 part lagi belum siap. nampak je 5 tapi banyak weyh.. menangis..!!!! hahaha lepas balik dari sekolah hari rabu tu. around pukul 3 macam tu. aku start buat part yg tertunggak sejak beberapa hari.. :P nasib baik hari rabu tak se"busy" hari selasa. hari selasa jadual aku paling padat. tak bernafas aku. tipu la tu.. xD tapi hari selasa paling busy.

ok sambung balik.. pukul 3 start.. pastu rehat2 jap. bukan sekejap tapi lama sebenarnya.. ngeh3 aku start buat balik dlm pukul 5.45 macam tu.. sampai pukul 7. 30 pastu siap2 nak g tusyen. walaupun folio tak siap lagi. aku sanggup pergi tusyen. baikkan aku..? hahaha.. pastu balik tusyen. mulakan dengan basmallah.. dalam pukul 10 sampai pukul 4 pagi.. non stop.. aku buat sumer.. cuma satu part je aq tak siap.. sbb tak tawu nak wat macam mana. at last aku dapat tido 1 jam 30 minit.. T.T

keesokkannya, colouring2 benda tak penting pun aku suh kawan aku yang warnakan. mereka-mereka sungguh baik.. :D mungkin mereka ini dah tak ada kerja sangat kot. :P aku pun bagilah kerja aku ini. suka betul mereka mewarna. tapi lepas tu aku terpaksa tacap balik sebab ada yang colour tak berapa kemas. :) tapi tak kesah la. janji siap. :D

then kena stayback sekolah lagi. tension aku.. ingatkan nak balik awal =.='' alih2.. pukul 5 jugak idaman aku.. (dlm hati : cetttt... porrraaahhhh..sakit hati.. xD) penat taw.. letih sumer ade..tak cukup tido aku buat folio ini.. pastu baca jampi2 sket sebelum hantar.. hahaha..ye la.. buat penat-penat. last minit pulak tu.. mestilah kerja pun x berapa kemas.. so kena baca ayat2 sket..


dan dlm mggu ni.. dah tengok dah markah dapat berapa. :D alhamdulillah.. jadi jugak jampi2 aku ni.. xD tapi ini baru markah dari cikgu.. belum tawu lagi markah dari pentaksir.. sama ada tambah or berkurang. tapi cikgu bagi aku markah 93/100 :D
 ucap ape? Alhamdulillah..

tapi cikgu ade komen jugak.. kad aku tu kena buat macam bingkai untuk nampak bahagian dalam. tapi aku tak buat.. kalau tak dia kata dia bagi markah lagi tinggi.. tak pelah.. janji segalanya dah siap.. aku pun malas nk pikir yang susah2.. lagipun esok nak hantar harini baru buat.. mana sempat nak pikir yg gempak2.. 

ok.. sampai sini je.. :P agak panjang..~,~ 
mekasih kerana membaca.. :D


Saya sayang Anda :D

Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid

Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.
Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.
Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.
Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid.Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.

Tambah THTL:
1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':
Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.
Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.
Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.
2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'
Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

3. Wanita haidh baca al-Qur'an
Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.
Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.
Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.





Adapun membaca zikir, takbir, tasbih, tahmid dan bismillah ketika hendak makan atau pekerjaan lainnya, membaca hadits, fiqh, do’a dan aminnya, serta mendengarkan Al-Qur’an, maka tidak diharamkan bagi wanita haid. Hal ini berdasarkan hadits dalam Shahih Al-Bukhari-Muslim dan kitab lainnya bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersandar di kamar Aisyah Radhiyallahu ‘anha yang ketika itu sedang haid, lalu beliau membaca Al-Qur’an.
Diriwayatkan pula dalam Shahih Al-Bukhari-Muslim dari Ummu ‘Athiyah Radhiyallahu ‘anha bahwa ia mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Agar keluar para gadis, perawan dan wanita haid -yakni ke solat Idul fitri dan Adha- serta supaya mereka ikut menyaksikan kebaikan dan do’a orang-orang yang beriman. Tetapi wanita haid menjauhi tempat solat”.
Sedangkan membaca Al-Qur’an bagi wanita haid itu sendiri, jika dengan mata atau dalam hati tanpa diucapkan dengan lisan maka tidak apa-apa hukumnya. Misalnya, mushaf atau lembaran Al-Qur’an diletakkan lalu matanya menatap ayat-ayat seraya hatinya membaca. Menurut An-Nawawi dalam kitab Syarh Al-Muhadzdzab, Juz 2, hal. 372 hal ini boleh, tanpa ada perbedaan pendapat.
Adapun jika wanita haid itu membaca Al-Qur’an dengan lisan, maka banyak ulama mengharamkannya dan tidak membolehkannya. Tetapi Al-Bukhari, Ibnu Jarir At-Thabari dan Ibnul Munzdir membolehkannya. Juga boleh membaca ayat Al-Qur’an bagi wanita haid, menurut Malik dan Asy-Syafi’i dalam pendapatnya yang terdahulu, sebagaimana disebutkan dalam kitab Fathul Baari , serta menurut Ibrahim An-Nakha’i sebagaimana diriwayatkan Al-Bukhari.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa kumpulan Ibnu Qasim mengatakan : “Pada dasarnya, tidak ada hadits yang melarang wanita haid membaca Al-Qur’an. Sedangkan pernyataan “Wanita haid dan orang junub tidak boleh membaca ayat Al-Qur’an” adalah hadist dha’if menurut perkataan para ahli hadits. Seandainya wanita haid dilarang membaca Al-Qur’an, seperti halnya solat, padahal pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kaum wanita pun mengalami haid, tentu hal itu termasuk yang dijelaskan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada umatnya, diketahui para istri beliau sebagai ibu-ibu kaum mu’minin, serta disampaikan para shahabat kepada orang-orang. Namun, tidak ada seorangpun yang menyampaikan bahwa ada larangan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam masalah ini. Karena itu, tidak boleh dihukumi haram selama diketahui bahwa Nabi tidak melarangnya. Jika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melarangnya, padahal banyak pula wanita haid pada zaman beliau, berarti hal ini tidak haram hukumnya”.
Setelah mengetahui perbedaan pendapat di antara para ulama, seeloknya kita katakan, lebih utama bagi wanita haid tidak membaca Al-Qur’an secara lisan, kecuali jika diperlukan. Misalnya, seorang guru wanita yang perlu mengajarkan membaca Al-Qur’an kepada pelajarnya atau seorang pelajar yang pada waktu ujian perlu diuji dalam membaca Al-Qur’an, dan lain sebagainya.

Saya sayang Anda :D

Bacalah Buku Berulang Kali..


Membaca kisah para Nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.
Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca tentang ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.
Suka untuk saya mendatangkan satu contoh di sini,  sebagaimana yang dinukil dalam sebuah buku yang bertajuk Keajaiban Hafalan Bimbingan Bagi Mereka Yang Ingin Menghafal Al-Qur'an yang diterjemahkan daripada sebuah kitab arab karya Abdul Qoyyum bin Muhammad bin Nashir As-Sahaibani dan Muhammad Taqiyul Islam Qaariy, bahawa telah berkata Jamaluddin As-Sarmadi: "Di antara keajaiban pada masa ini dalam masalah hafalan adalah Ibnu Taimiyyah. Dahulu, dia menelaah satu kitab sekali sahaja, maka telah terpateri di dalam benaknya."Sememangnya kemampuan yang dimiliki oleh Ibnu Taimiyyah itu adalah satu perkara yang menakjubkan bagi saya.
Sebagai seorang yang minat membaca, saya selalu berharap saya mampu menguasai apa yang terkandung dalam buku dengan hanya sekali bacaan sahaja, sebagaimana sebahagian ulama pada zaman dahulu. Saya percaya, di luar sana tidak sedikit daripada kalangan pencinta buku yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya.
Namun, hakikatnya diri saya hanyalah insan biasa, bukanlah genius dan sedemikian hebat; mampu menguasai isi yang hendak disampaikan dalam sebuah buku dengan sekali bacaan semata-mata. Terkadang selepas membaca sebuah buku, saya seakan-akan tidak begitu ingat apa yang telah saya baca, bak kata orang 'masih kabur'. Mungkin anda pun memiliki masalah yang sama.
Namun itu bukanlah penghalang untuk saya untuk terus membaca dan membuat saya putus asa sehingga berhenti membaca.
Adalah menjadi kebiasaan saya sebelum ini, apabila telah selesai membaca buku dengan sekali bacaan, maka saya tidak akan mengulangi untuk membaca buku berkenaan daripada muka surat pertama sehinggalah ke muka surat yang terakhir, kerana saya beranggapan perkara itu adalah perbuatan membuang masa. Itulah sikap saya sebelum ini. Satu "mind set" sebenarnya perlu dinilai semula.
Baru-baru ini saya membaca sebuah buku bertajuk Kelebihan dan Keutamaan Menuntut Ilmu, yang asalnya sebuah kitab arab bertajuk Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie karya Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih, kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Di dalam buku berkenaan dimuatkan 102 metode bagaimana untuk memotivasikan seseorang dalam menuntut ilmu syar'ie yang dicedok daripada kehidupan para ulama Islam.
Antara perkara yang saya dapat jadikan iktibar daripada buku berkenaan, kejayaan tidak akan datang bergolek dan manusia tidak akan memperolehi ilmu dengan bersenang-senangan. Apatah lagi bermalas-malasan.
Sebagai mana kata-kata seorang ulama, ilmu itu tidak akan diperolehi dengan tubuh yang bersenang-senangan dan bermalasan-malasan.
Sekiranya ingin menguasai apa yang terkandung dalam sebuah buku, maka kita tidak boleh bosan untuk membaca sebuah buku berulang kali. Usaha membaca berulang kali perlu dilakukan, barulah apa yang kita baca dapat kita kuasai dan fahami dengan sebaiknya. Inilah yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.
Saya percaya, di luar sana ada ramai sudah maklum dan faham perkara ini dan tidak perlu untuk saya beritakan. Namun, bukanlah tujuan utama saya untuk memberitakan yang sedemikian, tetapi yang pertama sekali, saya tujukan penulisan ini buat diri saya sendiri. Semoga saya tidak mudah melupakannya.
Insya-Allah, seterusnya saya akan sebutkan sedikit contoh mengenai sikap para ulama dalam usaha membaca sebuah kitab berulang-ulang kali.
Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih menyatakan dalam bukunya Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie: Imam an-Nawawi ketika menulis biografi Imam Abdul Ghafir bin Muhammad Al-Farisi, telah berkata: "Al-Hafiz al-Hasan as-Samarqandi membaca Sahih Muslim lebih daripada 30 kali. Dan Abu Sa'id Al-Buhairi membaca Sahih Muslim di hadapannya lebih daripada 20 kali."
Disebutkan lagi dalam buku berkenaan, seorang ulama yang bernama Abu Bakar al-Abhari, telah membaca kitab Mukhtasar Ibnu Abi Hakam sebanyak 500 kali, As-Asadiyah sebanyak 75 kali, Mukhtasar al-Barqi sebanyak 70 kali, Al-Mabsuth sebanyak 70 kali dan Al-Muwaththa karya Imam Malik sebanyak 45 kali.
Dr. 'Aid Abdullah al-Qarni menyatakan dalam kitabnya Miftahun Najah  yang telah diterjemahkan dengan tajuk Kunci Kejayaan Minda, seorang alim daripada Andalusia telah mengkhatamkan bacaan Sahih Bukhari sebanyak 700 kali dan anak murid Imam Asy-Syafi'e, iaitu Al-Muzani telah mengkhatamkan bacaan kitab Ar-Risalah karya gurunya itu sebanyak 500 kali!
Sekian sahaja penulisan yang serba ringkas ini, semoga ia akan memberikan manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri, seterusnya kepada anda yang membaca penulisan ringkas ini.
Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan kata-kata seorang bloggers wanita daripada jomsewabuku.blogspot.com dengan katanya: "Saya ingin anda membaca dan terus mengulangi dan mengulanginya sehinngalah buku itu lusuh!"
Wallahu'alam.
Rujukan:
•       Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni, Miftahun Najah (Edisi Terjemahan: Kunci Kejayaan Minda, Penterjemah: Abdul Arham Mat), Telaga Biru Sdn. Bhd, Cetakan pertama, 2008.
•       Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih, Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie (Edisi Terjemahan: Keutamaan dan Kelebihan Menuntut Ilmu, Penterjemah: Nurul Mukhlisin), Crescent Sdn. Bhd, 2010.
•       Abdul Qoyyum bin Muhammad bin Nashir As-Sahaibani dan Muhammad Taqiyul Islam Qaariy, Keajaiban Hafalan Bimbingan Bagi Yang Ingin Menghafal Al-Qur'an (Penterjemah: Ummu Abbas), Pustaka Al-Haura', Cetakan kedua, 1430 Hijriah.
•       Jomsewabuku.blogspot.com.



tapi aku?? xD tapi x pe lah..mari kita motivasikan diri yang semakin kurang bermotivasi.. sekurang-kurangnya membantu diri sendiri.. tak gitu kawan2?

Saya sayang Anda :D

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran [discover the beauty of islam]


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


share : iluvislam

Saya sayang Anda :D

no time.. =.=


ok.. gambar ini sebenarnya dah berkurun.. 
8 julai kot..

hari tu adalah hari koperasi sekolah. dan juga  report card day. muehehehe
gambar result aku akan dipost di kemudian hari. sebab sekarang pun tengah dalam mood malas.
no wonder la nanti entry aq pendek je. :P

disebabkan lama tak update blog. 
aku pun tak sempat nak menceritakan serba serbi kisah disebalik kehidupan aku. :P
 aku cuma nak cakap je banyak cerita yang aku nak kisahkan.
tapi len kali la. kita kalau nak menulis mesti ade feel, minat, mood dan sebagainya. muahahaha
baru ku puas!!!

xD

ok. Jangan dok lain penyakit gila aku ini. 
tunggu sahaja entry akan datang. Nanti aku update le macam-macam. 
Sekarang ini saya tengah busyyyyyyyyyyyyy..!! :D


lalallalalalalalalalala.. tataaaa!!..

Assalamualaikum.. 
May ALLAH bless us..

mom, dad, siblings, rabbit, friends and all of u.. :D

Saya sayang Anda :D

dengar ceritaku.. part2.. :P

Sharing is love.. :)

haaa.. sambung balik cerita pasal semalam. Ok, bab pasal tahiyyat akhir kan? Aku pun pelik dan teruja sebenarnya. Sebab ini pertama kali aku dengar. kawan-kawan aku cakap. 

"Eh, pesal tahiyyat korang panjang? Aku punya pendek je."

aik.. bukan normal ke? Dalam hati je aku berkata-kata. Ok, meh la aku cerita sikit. Aku ini pun dulu bukan alim sangat. Ok? Memang kalau tanye aku la. Mase sekolah rendah dulu tak full pun sembahyang aku.  Dan aku ini juga bukan seorang yang gemar bertanya. Aku hanya menggunakan mata untuk memerhati segala pergerakan dan mencari maklumat sendiri melalui pembacaan atau sebagainya. Aku mencari alternatif lain selain bertanya. Lagipun, malug bertanya sesat jalan. Jadi, alternatif seperti ini sangat membantu diri aku supaya lebih mengenal sesuatu.

Jadi, bila aku fikir-fikir semula. Aku cakap la. 

"Mesti masa tahiyyat awal ko same dengan tahiyyat akhirkan?"

Dan seorang kawan aku ini mengaku. So bila dah camtu. Aku bagi tawu la apa yang aku tawu. Sekurang-kurangnya dia berani ngaku. Dan semoga ibadatnya lebih sempurna lepas ini. :)

Pengajarannya : Bertanyalah sesuatu yang tidak difahami kepada pakar seperti ibu bapa, ahli keluarga, cikgu/ustaz/ustazah, pak imam dan sebagainya la.. ok? supaya tak sesat jalan. ataupun kalau sifat korang cam aku, yang penyegan, pemalu dan sebagainya. Cuba try alternatif lain. :)

ini bacaan tahiyyat akhir yang betul.

Selamat Beribadat.. :D

Saya sayang Anda :D

dengar ceritaku..



Kali ini aku nak cerita pasal sembahyang. Ok, aku pun cerita kisah ini untuk peringatan kat diri sendiri. Kadang-kadang manusia banyak buat silap kan? Sini aku nak ceritakan kisah yang berlaku pada aku hari ini. Cerita ini jugabukan untuk membuka pekung orang lain. Tapi, kita nak yang sempurna dalam ibadat kita.

Tadi, waktu kelas agama. lepas ustazah habis mengajar. Macam biasa lah kan. Haruslah chit chat sikit. :D so, masa ustazah tengah dok wat PAFA dengan budak-budak lain. Tetiba la masuk tajuk ini, DOA IFTITAH.
haa, aku tawu. Banyak yang tak dapat membezakan sama ada nak sebut musyrikin dulu or muslimin.. kan kan? 

Tepuk dada tanya selera. Ada segelintir kawan-kawan aku yang buat kesilapan, aku juga mengerti kalau kiteorang ini bukan baik sangat dan alim. Maka, tidak hairanlah jika kawan aku sendiri pun ada yang tertukar perkataan ini. Tapi persoalan tadi semua telah terjawab. 

Doa iftitah yang sebenar..


Harap lepas ini, jangan ada lagi yang tertukar ok? selamat menunaikan ibadat dengan sempurna. Haa.. ada lagi, satu lagi bab tahiyyat akhir. tapi dekat entry lain ok..

Homework melambak.. =.=''


Saya sayang Anda :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...