Orang selalu cakap.. Jangan dikenang perkara yang lepas.
Kini aku merasakan perkara yang lepas kadang-kadang harus dikenang. Bukan untuk
menjadikan diri bertambah lemah.. tapi membangkitkan semangat.
Kini sebuah cerita kenangan terlakar. Untuk dikongsi, untuk
dikenang, untuk diwarnakan..
Sebuah kenangan dengan gelaran yang diberi “sahabat”.
Kisah ini tercipta pada cuti semester yang lepas. Aku macam
biasa.. Malas nak update awal-awal. :P Perkataan yang sebenar yang merangkumi
kesuluruhan cerita adalah ‘malas’.. Hihi
Gathering ini sebenarnya bukan dirancang sangat. Mula-mula
ingat nak pergi tempat yang dekat-dekat jer. Macam dekat shopping complex yang
paling dekat dengan tempat tinggal kiteorang..
Oleh kerana terdapat rancangan yang paling gila diberikan oleh
aku(mastermind).. haha
Apa kata kita pergi Setia City Mall.. Maybe la.. tempat tu
bukan jauh sangat dengan tempat kediaman kiteorang. Tapi perjalanan mengambil
masa 30 minit macam tu.. Kiranya tak nak la terlebih dekat macam dekat Aeon
Bukit Tinggi. Lolololol.. xD


Mula-mula tu. Kiteorang pergi dulu dekat Pacific Coffee
Company.. Tempat kerja fadzil dan najwa. Tempat lepak yang agak mahal untuk
budak-budak yang tiada pekerjaan yang tetap dan juga merangkap penanam anggur
paling berjaya.
Yang paling tak boleh belahnya.. On that day, tak sangka
pulak ada 3 orang manusia yang menggunakan warna yang agak sama.. iaitu oren..
Inilah manusianya..
Tak rancang pun sebenarnya.. Nak terjadi.. nak buat macam
mana kan.. hihooo..
Waktu ni.. masih menunggu Si Comel Najwa habis waktu kerja
dia..
Sampai je dekat Setia City Mall.. Waktu tu pulak terserempak
dengan Pn Rohana.. Hihi Semua nak berlaku dengan tiba-tiba. Sebenarnya.. dari
awal lagi kisah ni bermula dengan tiba-tiba..
Pn Rohana ini sebenarnya cikgu sekolah aku.. juga cikgu
tuisyen aku.. Beliau adalah salah satu cikgu kesayangan kiteorang.. Beliau
seorang yang cakap lepas tapi berkias. Kalau terasa padan muka. Heh..
Waktu
terjumpa tu, kiteorang memang berada dikawasan yang agak ramai orang lalu
lalang. Memang buat drama kat situ woii.. Menjerit bagai. Semua orang tengok.
Tapi tak malu pun.. Haha..
Part yang bagi aku kelakar..
Ain cakap dekat cikgu..
Boleh pulak jumpa dekat sini.. dekat sentosa tak nak pulak
terjumpa..
Cikgu balas.. Sentosa buat apa.. Tak de class jumpa dekat
sentosa ni.. Jumpa dekat sini la baru best.. High class you cikgu aku ni..
Memang terserempak banyak kali lepas jumpa cikgu.. asyik
jumpa je.. cikgu cakap.. bosan jumpa kamu semua.. haha.. apa la cikgu.. tau la
dating ngan hubby sweet.. Memang jeles gila kiteorang dengan husband cikgu..
dah berumur pun sweet lagi. Orang muda pun tak sweet macam tu k.. kenangan
waktu dekat tempat tuisyen kembali terlakar.. Seronok sangat..
Lepas tu, kiteorang tak tengok wayang pun kat situ.. Entah
la.. Rasa mcam tak nak tengok. So kiterang pun main bowling.. tak termasuk
aku.. aku tak main pun.. Cuma bola terakhir jer aku main.. sebab fadzil dah
bosan.. haha..

Then, lepas game tu, kiteorang pergi makan.. Nak makan kat mana pun susah nak decide.. apala.. Sekali makan dekat Nandos.. Mastermind aku juga.. :P
Memang havoc lah kat situ.. Dengan perangai semua geng yang
menggila.. Nasib baik ada abang tu layan jer kerenah kiteorang.. Haha.. Sorry
staff Nandos Setia City Mall semua.. :D
Dalam pukul 8 camtu.. Kiteorang balik.. Tapi hari tu
sangat-sangat syok.. Tapi ini baru first episode.. Ada second episod.. Nak
baca? Tunggulah.. :P perjalanan ke Key Eyl Chi Chi.. Byeeee~..
No comments:
Post a Comment