AS120 Diploma Sains


Haaa.. Chakk.. :D hidup lagi tuan tanah blog ni kan.. teruja tak? haha..

Sebenarnya.. aku memang dah tak ada masa nak update cerita sangat. Untuk pengetahuan korang. budak AS120 aka Diploma Sains ni.. bukan semudah yang korang sangka. (nampak macam kejam tak? haha) Eventhough kami adalah budak DIPLOMA sahaja.. tapi aliran sains ni sangatlah berat. Aku ni dah suka buat mimik muka letih. Jadual tak yah nak cerita la.. memang padat gila. dengan belajar biologi, kimia, fizik, math yang memerlukan seluruh anggota fizikal dan mental berganding bahu menjalankan tugas masing-masing. Cewaaahh..

Aku malas nak terang pasal silibus yang UiTM baru keluarkan..  Sebab nanti waktu Minggu Destini Siswa (MDS) Banyak kisah pasal OBE ini.. So korang boleh dapat input sebanyaknya waktu tu.. Sampailah korang nak termuntah.. Dengan waktu orientasi yang sangat mengantuk.. Waktu yang sangat best untuk tidur waktu tu.. kih3..

Nak dijadikan cerita.. Bagi yang amik Diploma Sains ini.. Aku hanya boleh cerita pasal Semester 1  dan 2 jer lah.. sebab aku dalam semester ini kan..

Subjek yang korang akan amik ialah..

semester 1
  • BEL 120 (a.ka. english)
  • CTU 110 (a.k.a agama)
  • BIO 121
  • CHM 160
  • PHY 110
  • MAT 133 (a.k.a pre calculus)
  • HBU
semester 2

  • BEL 260
  • BIO 150 
  • CHM 256
  • CTU 151
  • HBU 124
  • MAT 183 (CALCULUS 1) berbelit2 otak nak pikir jalan kira.. =.= frust!
  • PHY 210
semester 3

  • BEL311 - ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES ( 3.0 )
  • BIO200 - INTRODUCTION TO TISSUES, CLASSIFICATION OF LIVING THINGS AND ECOLOGY ( 4.0 )
  • CHM270 - PHYSICAL CHEMISTRY ( 4.0 )
  • CTU211 - SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM ( 2.0 )
  • HBU134 - RED CRESCENT SOCIETY III ( 1.0 )
  • MAT238 - FOUNDATION OF APPLIED MATHEMATICS ( 3.0 ) aka calculus 2
  • PHY150 - ELECTRICITY AND MAGNETISM ( 3.0 )

Bagi aku.. Kursus ini tak lah seteruk yang aku cakapkan awal-awal tadi.. hihi.. Cuma yang penting korang kena usaha.. Tak usaha.. Semua tak akan menjadi.. Dan ada kalanya korang akan mula cemburu dengan kawan sebilik korang yang selalunya banyak rehat dari korang.. Mungkin kursus ini penat sikit. Tapi berbaloi.. Lagi-lagi bila korang nak sambung degree nanti.. Sebab kursus sains ini sangat meluas.. korang nak amik medic? no hal.. kursus ni boleh ke medic.. janji pointer bagus..
nak amik farmasi? takde masalah..
nak amik forensik? takde masalah.. sebab ni semua ada kena mengena dengan sains.
So, mengapa masih tawar hati nak amik course ni?
[citer je lebih aku ni.. haha.. dulu beria ia nak berhenti.. tapi nak wat camne.. nak berhenti je ada yang menghalang.. nampak tak? Allah dah tentukan rezeki seseorang.. ;) ]

Semua yang korang akan belajar nanti adalah dari basic.  So kalau korang dah lupa sikit ke kan waktu amik SPM dulu. Dont Worry! Yang pastinya classmate korang pun sebenarnya 2x5 je.. tapi nak tau dia pandai ke tak.. tengoklah kerajinan dorg membuat tutorial dan kefahaman tentang sesuatu topik. Ok? Dan macam biasa dip sains ini subjek2 dia lebih mendalam sikit tentang semua yang bakal korang belajar. Itu je lah.. So,apa yang korang perlu buat. Terimalah dengan redha ilmu ilmu yang banyak tu.. :D jangan gentar, jangan takut, jangan risau.. 

Semua subjek tu seronok tau.. herherher.. especially fizik,bio,kimia and math.. cayalah cakap aku.. Jadi belajarlah elok-elok.. selamat menempuh alam universiti.. =)

update (DEC 2016)
sebab banyak mangat komen dan tak terbalas sebabnya lama tak update blog.. nak cerita sikit.. adik2 jangan malas ye baca komen2 yang da penah post dulu.. sebab ada dah penah tulis. tapi jangan terasa kalau macam ni sebab lagi kesian kalau akak tak bukak lagi blog.. kalau ada yang rajin bagi feedback takpe.. kalau sepi je korg rasa diploma ni macam teruk.. tak nak macam tu okey..

diploma ni best.. lagi best dari degree..itu je mampu cakap.. mana nak dapat kawan yang baik dan suka tolong sesama kita..

memang tak ramai nak join diploma sains.. sebab semua rasa diploma sains je.. who cares.. pengalaman kau takkan dapat mana2.. tapi bila degree kau rasa bersyukur sbb pengalaman mengajar korang jadi lebih perfect. sbb kau da dibiasakan untuk buat betul masa diploma.

tapi yang tak best.. kos degree yang memendekkan tempoh belajar korang masa degree sangat sikit.. itu je.. yang lain semua best.. tak tipu.. jujur sangat2.. :)
so lama la sikit korang belajar.. tapi takpelah.. belajar tu sampai tua pun takpe.. janji setiap hari kau belajar.. dapat pahala kan.. think positive.. ada sebab kenapa semua berlaku.. Allah dah aturkan semua.. So jangan risau apa orang kata.. 


fmi: twitter/wechat: aurafyrah
Saya sayang Anda :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...