The Battle..

Assalamualaikum. Hello World.. Sudah agak lama basi post post sebelum ini. Nak cakap busy, aku takdelah busy mane kan. tapi kalau nak cakap aku malas nak taip. Itu kadang-kadang ada kebenaran. :P Orang sini kata "dok cekak" #OnlyInPantaiTimur perlu ke hashtag.. haha.. Ini lah kejadian manusia sekarang. Semua nak letak hashtag. termasuk diri aku jugak. tak terlepas jadi dari mangsa hashtag. Tapi sekarang aku dah berubah ke jalan yang lebih benar sedikit. apa barang hashtag hashtag ini. (membohong je semua ini) haha.. Hey awak-awak dekat luar sana.. Kalau ada instagram tu. Kalau kau letak berbillion hashtag but you are privating it. So better you dont have to put the "#" ok? membazir masa je kau letak ayat panjang berjela siap tag tag bagai tapi takde function.. mohon terasa dan ambil pengajaran. Nak like kan. So jangan la private kalau letak banyak hashtag.. Ado paham? tips yang tak berguna sangat dari aku.. tapi kalau nak baru up kan.. boleh je pakai ilmu ini.. kih3..

Again nak Hai untuk Semester 4.. CikuChakkk!!!!

Saya sayang Anda :D

Encik Medical Assistant ..


Assalamualaikum.. Hello.. :D



Bosan-bosan macam ni aku selalu dengar lagu (bosan tahap gaban(nazak) la ni.. kalau bosan sikit-sikit je.. takde maknanya nak bukak). Macam-macam siaran aku tekan.. Yela.. ada satu ketika kita macam tak suka je kan lagu yang DJ mainkan kat radio. So pilih siaran lain.. Then sampai suatu ketika.. lagu Ainan Tasneem - Kamu Saja dimainkan.. Cewahh.. Sampai lirik sini

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggiKamu saja yang mampu membuat tidur ku lenaKamu saja yang mampu membuat mimpiku indahKamu saja yang mampu membuat diriku gembira
aku senyum sorang-sorang.. Hohoho..

Tetiba.. Jeng jeng.. Aku teringat dekat MA(Medical Assistant) dekat Kolej Kerawang. 

Saya sayang Anda :D

Tiada kata..


Assalamualaikum.. 

Apa yang korang rasa bila terlalu banyak cerita yang bermain-main difikiran. Tapi tak mampu diungkapkan.. tak mampu juga diceritakan. Kadang-kadang merasakan cerita yang tengah berlegar-legar tu macam tak penting.. Macam tak perlu nak fikir. Tapi masih memikirkan.. Macam mana?

Kadang-kadang nak cakap tapi dah tak reti nak guna bahasa apa. bahasa tamil? cina? jepun? korea? oh.. ini semua poyo.. 

Saya sayang Anda :D

Kita ini manusia.. ingatlah..



Assalamualaikum.. Hello Yello! :D Ayat macam sihat, gembira, suka gila gila.. Tetapi, disebalik kata-kata itu, ianya tidak menunjukkan kebenaran yang nyata. Nak dijadikan pengenalannya.. aku ni tengah dalam amik mood dan bahang peperiksaan.. Wei.. tak lama dah, lusa beb. Lusa.. berapa jam je lagi untuk kertas yang first bukan mengenai kokurikulum. sebab ari sabtu aritu, dah buat final paper untuk Kokurikulum (Badan Pertolongan Cemas aka BPC) alhamdulillah.. semua berjalan lancar, tiada trafik yang sesak. dan aku mengharapkan result A+ lagi dan tak nak jumpa Koko dah sem depan.. Cukuplah pertemuan kita sampai sem 3 sahaja. I tak nak jumpa You lagi ok. Kita putus.. putus!! hahaha.

Perlu ke aku buat thesis statement? kih3.. tak yah la.. kita rojakkan sahaja point-point yang aku nak cerita ni..


Saya sayang Anda :D

final is around the junctionn.. ~.~


This can describe everything.. 

Saya sayang Anda :D

Memo-Ry.. Part 2 :D [ Key EyL Chi Chi ]

mamat mana menyemak sikit kat belakang tu.. =.=
Assalamualaikum.. Hari ini dah masuk 2 haribulan ogos 2013.. rasa macam sekejap je kan.. dan kisah yang aku bakal lakarkan dalam penulisan telah pun berlalu 2 bulan yang lalu.. hoho.. Bukan apa.. tak berkesempatan k.. tak menyempat nak update.. orang busy.. *flip hair* poyonye.. =.=

Meh sini kemon kemon baca.. :D

Gambar disebelah merupakan bukti aku melancong kat situ.. muahaha..  (melancong pun boleh..) Actually.. takde persiapan sangat pun nak pergi sini... agak last minute jugak la keputusan nak pergi sini.. tapi tak seperti g kat setia city tu.. tu mmg last minit.. sangat2.. >.<

kiteorang g sana dengan train.. :) nak naik kereta macam tak syok jer.. sekali sekala kita menggunakan pengangkutan awam.. Save Mother Earth.. :D bertolak dalam pukul 11 pagi gitu.. Waktu tu fadzil masih tak join group ni lagi.. sebab dia still ada class.. :P So we him there at KL Sentral..

Waktu dalam train tu.. takde apa yang menarik selain dari kami yang agak kepoh macam selama hidup ini tak pernah naik train.. mungkin perasaan naik train dengan kawan berlainan dari dengan ahli keluarga.. itu yang macam pom pang dalam train.. :D

Sampai je KLCC..

Saya sayang Anda :D

Saya.. Dia.. Saya.. Dia..


Assalamualaikum.. 

Mesti korang frust gila kan.. Dah la lama gila tak muncul kat blog. tetiba, tuan pun blog dengan bahagianya tunjukkan gambar yang korang mungkin menyampah.. kahkahkah..
gambar di atas merupakan wallpaper desktop. heh.. 

untuk pengetahuan korang jugak. inilah kali pertama dalam sejarah hidup biografi aku.. aku dengan sukanya mempamerkan wajahku. cehhh.. sebelum-sebelum ni.. hanya corak dan fauna je yang aku suka jadikan wallpaper.. biasalah.. minah bunga.. minah romantik.. minah apa lagi? apa-apa je lah.. memang banyak gak gelaran yang telah diberikan.. tapi kita accept je.. terima dengan hati terbuka. 
>---( o.o )----<

Meh sini aku kenalkan sorang-sorang dalam gambar tu..
dari kiri..
Zafirah, Lee Jong Suk, Zafirah dan Lee Jong Suk.. :P
(tapi sejak kebelakangan ini.. banyak perampas pakwe aku ini.. ini mendatangkan kecemburuan yang tidak terhingga sehingga aku merasakan diriku ini tergugat 360 darjah) 
eeuuuwwww.. propanya.. jangan percaya..

tapi nampak sangatkan gambar tu edit. ~.~ tak ada masa nak edit bagi kemas..  itu pun buat dalam masa 5 minit.. kih3..

Salah satu reason yang aku lagi rasa tak nak tukar wallpaper adalah..

Saya sayang Anda :D

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata  
tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.    
                                                                           
Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya,
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam      
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat        
at-Tirmizi)                                                              
                                                                           
Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)  
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat
at-Tirmizi)                                                              
                                                                           
Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah      
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”          
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)  

Saya sayang Anda :D

Memo-Ry.. Part 1 :D [ Setia City Mall ]

Orang selalu cakap.. Jangan dikenang perkara yang lepas. Kini aku merasakan perkara yang lepas kadang-kadang harus dikenang. Bukan untuk menjadikan diri bertambah lemah.. tapi membangkitkan semangat.
Kini sebuah cerita kenangan terlakar. Untuk dikongsi, untuk dikenang, untuk diwarnakan..

Sebuah kenangan dengan gelaran yang diberi “sahabat”.

Kisah ini tercipta pada cuti semester yang lepas. Aku macam biasa.. Malas nak update awal-awal. :P Perkataan yang sebenar yang merangkumi kesuluruhan cerita adalah ‘malas’.. Hihi

Saya sayang Anda :D

5 Hari Di UiTM..


Assalamualaikum.. Hehe.. Macam bukan warga UiTM je aku tulis tajuk macam tu. Sekarang ini waktu free time aku. Oleh kerana kelas habis awal dan yang paling gempaknya bilik aku ada wifi weh.. Ok.. Batak sikit. sebab selama setahun aku duduk asrama uitm. Bilik aku sentiasa tak dapat wifi. Dulu bersedih, sekarang ok sikit.. :P bukan selama-lamanya boleh happy k.. Kalau sentiasa happy je.. Lupa daratan pulaks..

Hari ini hari khamis, dan hari terakhir kelas bagi minggu ni. eiyhh.. jangan nak persoalkan. Aku kan dekat UiTM Kuala Terengganu.. woot~woot... Maknanya.. dah 5 hari aku belajar.. berbangganyaaaa.. bwueekkkk.. :P

Selama 5 hari ni. Aku selalu bangun awal. Bila lepas solat subuh je.. Aku tak tidur. "macam bukan budak U kan kalau lepas solat tak tidur balik.. Hohooo.." bukan aku nak pun k untuk tidak tidur.. Tapi kelas aku semua start pagi. Terserlah kerajinan aku untuk bangun awal. =.=

Sememangnya aku tak ada mood nak balik UiTM.. Haih.. Tapi takpelah.. It's ok.. Semester 3 akan berjalan dengan lancar dan sukses serta mendapat result yang terbaik.. Insya-Allah.. Lagi 2 tahun.. Aku bakal mendapat gelaran ANC.. Fighting!!.. ^_____^


Ada 3 kelas lagi lepas ni.. Hoi hoi!! Bye~




Saya sayang Anda :D

Sebuah luahan..


Setiap perjalanan dalam hidup,
Tidak pernah yang lurus..

Setiap pengalaman yang dikumpul,
Tidak pernah wujud pabila dipinta..

Meskipun perjalanan itu berliku. Namun, kita sebagai manusia boleh mewujudkannya dengan meminta pada 
Yang Esa bagi jalan yang lurus..

Kadang kala kita terimbau kenangan lama,
Terselit perasaan memutar kembali,
Kadang kala kita ingin mengubah yang lama,
Agar dapat memberikan senyuman kembali..

Jangan diduga perasan manusia..
Jangan ditenung perhiasan dunia..
Kelak membawa duka..

Duka rasanya pahit,
Sakit rasanya pedih,
Tangis rasanya sembilu,
Parut rasanya ketabahan..










Saya sayang Anda :D

10 things you should stop doing right now






1.Wait for a better time. There is never a good time to do anything especially if that’s something you have been putting off for a while. There is never a good time to start exercising or learning a new language… You make the time for these things if they are important to you - make them important enough for the good time to be now.

2.Hate people. It’s such a negative emotion and it really doesn’t lead anywhere. In most cases, hating someone directly affects you and you alone, making your mood and your day that much worse. By talking behind someone’s back and spreading negative energy you’ll just push people you actually care about away. Let go of it and make room for good and positive things.

Saya sayang Anda :D

1 Million Women Purple Walk





Assalamualaikum. Cepat hidu blog ni. Cepat. Tarik nafas hembus.. tarik lagi dan hembus.. Hik3. Saje je. Blog baru update. Macam nilah jadinya. At last, habis jugak semester 2 Diploma Sains. Sangat penat. "sigh" Walau apa pun yang terjadi, ianya sudah menjadi sejarah. Sekarang perlu tawakal je. Jadi cuti sem kali ni. Aku akan bergiat aktif dalam bidang penulisan. hoho [poyo semata-mata] bukan ape. aku ada banyak cerita nak dikongsikan bersama-sama dengan yang sudi membaca. Kalau tak sudi jangan baca. Nanti tumbuh ketumbit. :P

Alkisah, pengmbaraan bermula. Yeahhhh!!

Kali ni nak cerita pasal 1 Million Women Purple Walk..
Tudia.. muka excited [gambar semata2] tapi tak dinafikan jugak lah yang sebenarnya memang excited pun sebab classmate semua pergi kan. So terasa happy nya. Nak dijadikan cerita. Dalam aktiviti ni satu malaysia join. Tapi khas buat wanita sahaja. Namun demikian, ada jugak lelaki. Tapi Brass Band la.. Sekolah mana pun tak tau. Banyak sangat. Dalam masa yang sama mengusha. hihihi. Normalkan perempuan mengusha someone.. ~.~


Saya sayang Anda :D

continuity.. :D


Assalamualaikum..  smile is the best cure for any sickness or tiredness that happen to me.. uyoooo.. speaking la pulak.. karang ain baca.. terus dia komen grammar aku banyak salah.. haha.. budak TESL la katakan.. kih3..

Hari ini merupakan hari yang agak tidak memenatkan. Sebab ada 2 kelas je. Tapi gap yang agak panjang. Tapi hari ni jugak la nak basuh baju, nak buat tutorial yang menimbun-nimbun tu. Kiranya bukan banyak rehat pun. Tapi aku je yang buatkan hari hari aku banyak rehat. Sebab aku dah penat. Tau tak kalau aku penat satu ape pun takkan masuk. So aku prefer tidur.


Saya sayang Anda :D

skema-ism :D

assalamualaikum.. di pagi ahad yang indah sebelum kelas bermula pada tengah hari nanti. Aku meringankan jari yang comel ini menekan kekunci laptop yang berwarna hitam dan putih.. :P sambil merebahkan diri di atas katil yang serba tidak empuk ini. serta tersenyum seorang diri sambil diperhatikan rakan sebilik yang memandangku pelik seperti melihat orang gila.. kih3..

dengan ayat yang lagi skema dan baku ini. saya mengisytiharkan.. bahawa hari ini sungguh cerah lagi ceria.. :P

wahai sepasang mata yang menawan yang sedang meneliti setiap bait bait perkataan yang terpampang di paparan skrin .. (ewahh.. ayat tunggang langgang.. ada hati nak skema bagai.. tapi takpe.. teruskan niat anda untuk terus membacanya.. )

Saya sayang Anda :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...