Tiada kata..


Assalamualaikum.. 

Apa yang korang rasa bila terlalu banyak cerita yang bermain-main difikiran. Tapi tak mampu diungkapkan.. tak mampu juga diceritakan. Kadang-kadang merasakan cerita yang tengah berlegar-legar tu macam tak penting.. Macam tak perlu nak fikir. Tapi masih memikirkan.. Macam mana?

Kadang-kadang nak cakap tapi dah tak reti nak guna bahasa apa. bahasa tamil? cina? jepun? korea? oh.. ini semua poyo.. 


erm.. lupakan la pendahuluan tu.. aku rasa biar ianya tergantung.. tapi kalau korang nak jawab. jawab je la.. ruang komen setia menanti jawapanmu.. kalau tak nak takpe.. aku tau jawapan korang itu umpama emas permata. bernilai sangat kalau nak bagi.. :P

tapi korang tau tak.. sedekah kalau kita bagi satu.. 10x Allah balas tau.. itu janji Allah.. So apa korang rasa sekarang? nak sedekah komen ke tak nak? hahaha..

Proceed proceed.. Weyh korang.. aku dah habis Part 3 Diploma Sains.. Hello Holiday.. I'm back.. Macam biasa la kan.. aku sekarang jadi Puteri Anggur.. *kibas rambut* (korang kena baca dengan nada yang agak gedik.. baru korang perasan bahawasanya ayat aku agak menyampah untuk dibaca..)


Korang baca balik ke ayat tadi.. hahahha.. Lawak nyah.. lawak.. aku pun sekarang berada di sebelah barat semenanjung malaysia.. iaitu terletak di Selangor.. Selangor sayang.. Be nice.. I've been always remember you since i've started my new semester and becoming overexcited when final exam is happening.

Aku tak tau apa yang istimewanya Selangor.. Padahal aku bukan keluar sangat dengan kawan-kawan. Lepak rumah 24hours jugak.. tapi mungkin dah sebati kot.. dari kecik lagi aku duduk Selangor. Walaupun aku kadang-kadang menyampah gak dengan beberapa manusia yang dikategorikan tidak menghormati privasi kejiranan dan ukhuwah penduduk.. Haaa. aku kalau membebel benda yang aku suka/tak suka.. memang panjangnya berjela.. tapi kalau tahap mood aku malas nak cakap.. dalam sehari tu boleh kira la berapa patah je aku cakap dalam sehari.. 

Tapi kajian telah dilakukan.. yang perempuan ni akan bercakap 7 hingga 8 ribu patah perkataan.. dan lelaki 2 hingga 3 ribu.. kiranya kalau mood aku malas tu.. aku kategori lelaki ke? hahaha.. ini kajian jer.. ada kebenaran dan ada la sikit cliche kan..

bila aku syok syok je check maklumatkan.. aku terasa aku dah malas nak taip.. haha.. So goodbye.. :P
tapi korang lepas rindu jugak kan dengar celoteh aku.. hak3.. Adiossss.. 





Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...