surat cinta..

gambar hiasan sahaja.
Hari ini aku nak cerita la sikit pasal surat cinta. Korang pernah dapat ker? :D eleh.. tak payah tipu la. mesti pernah dapatkan. tu senyum-senyum tu. ingat kenangan dulu la tuh. hahaha. ok. this entry sebenarnya idea dari abang aku. dia cerita la pasal surat-surat ini. so aku pun teringin la nak cerita kat blog kesayangan aku ini. walaupun kadang-kadang aku ade teringin nak buat blog lain. malangnya. kasih ku tetap di sini. hanya di aurafyrah.blogspot.com.. :D

Sambung balik kat kisah ini. kalau dulu ada macam-macam jenis surat bagi kat aweks dan pakwes.. betul tak? heeee.. aku pun tak pernah dapat yang begitu begini. *nanti cerita. ada yang macam-macam jenis bentuk,warna. siap ada corak bunga. yang sampulnya kecik. ada jugak kad yang wangi. haha. ini semua pemerhatian aku terhadap kakak aku. :P

Dulu. nak dijadikan cerita la. kakak aku pernah la cerita pasal love story dia. dulukan pakai surat. klasik la sikitkan. zaman sekarang bukan macam dulu. sekarang alaaaa.. tak ada feel jiwang karat. sebab tu lagu zaman sekarang pun bingit jer. cuba korang layang lagu jiwang2 zaman 80-an, 90-an ke.. sweet je kan rentak dia. kakak aku pun cerita la. dulu kalau berutus surat dengan "seseorang" meraka menggunakan lagu-lagu untuk menyampaikan ayat dan maksud. alamak.. sweetkan.. ala... korang yang tengah baca pun pernah wat camtukan? :P *siap letak bedak segala.. hahaha.. lawak2.. :D konon nak bagi wangi.. ngeh3. ni semua kisah dari kakak aku.

Masa zaman aku ini tak merasa dah. masa sekolah rendah la. itupun kawan aku. aku?? oppsss.. i tak ada.. hahah..masa sekolah rendah dulu. memang la ada kisah pasal utus-utus surat ini. tapi surat dulu tu tak secantik,sewangi,lagi ape lagi? kiranya surat yg hebat-hebat macam dulu la. masa aku sekolah rendah dulu, surat ini dikoyak dari buku latihan.. haha. seronoknye bab mengoyak kat tengah2 buku yerp.. :P pastu siap ada posmen nak menghantar-hantar ini.. adehhh.. *padahal nak tahu kisah disebalik kisah cinta seseorang. sebab tu ada yang sanggup nak jadi posmen. :P ingat aku tak tahu ke niat korang-korang yang pernah jadi posmen tak bertauliah ni? hahaha

Tapi zaman yang terlebih moden ni bosan kan? :D pakai sms, mms, facebook wall. alaaa.. bosan bosan. xD

Ini kisah aku la pulak. boleh dikatakan. seumur hidupku. 1 kali je pernah dapat surat cinta. haha. kenapa? kenapa? kenapa? masa sekolah rendah memang tak pernah dapat pun. heee.. saya tak femes. :P masa sekolah menengah dapat la. itulah pertama dan terakhir. heeee. sebab ape?


walaupun aku ini memang suke la jugak pasal surat menyurat ini. tapi aku dulu diugut oleh ibuku.. biasa la.. budak sekolah kan.. kecik lagi. mak ayah ugut nak kahwin je. terus jadi dengar kate. hahaha..macam tu la berlaku kat aku. mak aku larang kalau bab bercinta ini. so nak dijadikan cerita. dari sekolah rendah. kalau ada orang yang nak mengusha aku. aku tak layan.. jual mahal konon.. XD

begitulah kehidupan ku diwaktu sekolah rendah. dan dari situ juga lah aku dikenali sebagai wanita yang agak garang .. muehehehe.. sikap tu aku terbawa-bawa sampai la ke sekolah menengah. :) heee.. masa form 1 dulu. ada la budak ngorat aku. ohhhhh.. part evil is coming.. sabor2

ceritanya begini. dia bagi aku surat.bukan dia lah. tapi posmen. tawu jelah kan kerja posmen. macam biasa lah.. surat cinta nak ngorat.. XD aku ini dah la first time dapat. hoho. pastu sifat aku yang anti ni masih terbawa-bawa eventhough aku dah masuk sekolah menengah. pastu lepas aku dapat dari posmen ni. dan macam biasa jugak lah.. boommmm buummmmm.. berita tersebar.. cepat betul.. =.= ni yang malas ni gosip2..

pastu.. aku pun cakap la kat mereka-mereka yang dok tanya aku. dah baca ke surat tu.. huu.. aku cakap la aku tak baca pun.. dan surat tu dah koyak.. hohoho... korang pun boleh detect expression member2 aku macam mana biler aku cakap camtu kan? so. sejak dari situ lagi la. waktu sekolah menengah. boleh dikatakan budak lelaki tak akan berani nak luahkan perasaan kat aku. yang berani tu.. aku respect la.. :D

ini sejarah hidup aku. :)
kadangkala.. aku rase macam bersalah la jugak. tapi kami dah berbaik la. dan dia dah jadi kawan aku. seee.. persahabatan akan sentiasa berkekalan..
Saya sayang Anda :D

Solla Alaikallah


lirik solla alaikallah

صلى عليك الله يا عدنان عدنان
يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن
الحمد لله الذي أعطاني أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان

قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان
أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان
حتى أراه بالغ البنيان بنيان
أنت الذي سمية في القرآن

أحمد مكتوب على الجنان جنان
صلى عليك الله في الأحيان أحيان
أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان

أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان
يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله


ok.. time for story telling.. :P
tengok tajuk tak? meh nak cerita. tadi baru dengar selawat ni tapi versi in-team. yang versi inteam punya laju sikit, korang boleh search sendiri kat youtube. aku provide untuk versi nada murni sahaja yerpp....
versi nada murni la yang aku nyanyi dulu waktu sekolah rendah. 

sebenarnya dah lama tak dengar selawat ni. kalau dulu. waktu sekolah rendah agama. hari jumaat petang waktu perhimpunan. mesti pasang lagu ni. pastu kiteorang semua nyanyi. eventhough suara tak sedap mana lah kan. tapi ok je aku rasa suara aku ni. muahahaha..

masa dulu, ustaz & ustazah provide kertas yang mengandungi lirik selawat ni. tapi nanti kena pulangkan balik lepas abis selawat tu. ustaz&ustazah takut pelajarnya tak bawa bila perhimpunan kot. sebab tu mereka buat begini. tapi ok kan? 

ingat lagi, dulu waktu perhimpunan. waktu petang. agak panas la jugak. around 5-6.30.. aku tahu waktu tu tak berapa kena. sebab aku pun dah lupa bila waktu perhimpunan sekolah rendah dulu. heee.. maklumlah dah 5 tahun meninggalkn sekolah rendah yang banyak memberi seribu satu pengertian buat diri aku. :)
waktu camtu la yang membuatkan kaki aku.. adehh.. berpeluh-peluh.. >.< tapi tak de la sampai tragis sangat peluh-peluh kat kaki aku. orang lain pun tak nampak. pakai kain kan? heee.. diri sendiri je yang tahu. alalala.. 

sekarang, aku dah tak merasa lagi perhimpunan waktu petang di hari jumaat yang penuh keberkatan ni. inilah yang dinamakan kenangan.. ^^


Saya sayang Anda :D

♥ ALLAH is with U Always..





When u r blessed, HE is AR-Rehman

When u r hungry, HE is AR-Razzaq

When u r honoured, HE is Al-Mu'izz


When u r weak, HE is Al-Moqeet

When u pray, HE is Al-Mujeeb

When u need a friend, HE is Al-Wali

When u r detracked, HE is Al-Hadi

When u r gifted, HE is Al-Kareem

When u r forgiven, He is Al-Gafoor

When u r in the darkness of Hopelessness, HE is Al-Noor

If u r a sinner, HE is AT-Tawwab




Feel the presence of ALLAH alwayz.. ♥

Saya sayang Anda :D

Mana Mak?? :')







Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?





Saya sayang Anda :D

Wang ringgit zaman dulu-dulu.. unikk!! :D



Memandangkan ekonomi dunia dilanda krisis, sama samalah kita menjamu mata dengan 'notes-notes' lama duit Malaysia.
Enjoy!!

RM1000 1989

RM500 1989

RM20 1989


RM50 1998

RM1 1972-76

RM1 1976

RM1 1976-83


RM10 1976


RM1 1981-1983

RM1 1986


RM1 1989
RM5 1986 & 1989 (Tiang bendera Bentuk Salib)

Lihat gambar tiang bendera kat belakang wang Rm5 ni. Ada khabar angin pada masa tu yang kononnya kerajaan tarik duit jenis ini kerana bentuk bendera yang berbetuk Salib.

Ini pula adalah wang 1 Dollar North Borneo (Sekarang negeri SABAH) pada 1927..




Saya sayang Anda :D

inai? peta? :D


Assalamualaikum..
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. hehehe..
itu ayat sudah lapuk. tapi kadang2 sweet jugak buat camtu. huhuhu :P

gambar di atas tu amat ketara.
masih tanya lagi gambar ape tuh.. haish..
tu namanya PETA..
dalam english kita ngoyak MAP
tak tahu jugok.. pi  masuh tadika balik..x dapat nak nolonggggg.. ~,~

peta tu bukan sengaja nak menonjolkan ke"patriotik"an diriku.. saya bukan orang yang patriotik sangat. itu adalah homework saya. its for presentation of chemistry. for this monday. :D
*macam suka sangat jer buat.. T.T

nanti hari isnin.
 im just wait infront and "jual muka" .
yeah!! senyum di hadapan kawan-kawan.. saya suka..
senyum itu sedekah.. hehehehe

saya lebih rela melukis map ini dari dapat "musim sejuk" secare tetiba.. >.<
MOTIF UTAMA tu.. herherher.. 

anyway.. sebenarnya.. masa tengah warna map tu. saya pakai inai. hari ini terlebih rajin pulak nak pakai. :D sekali sekala apa salahnya. muahaha.. saya pun tarak tahu itu sekolah bagi saya pakai atau tidak. *terok giler.. 5 tahun sekolah kat situ.. ape pun tak tawu.. aiyoyo.. guane ni pya.. xD* back to the story. ade la sebab kenapa nak pakai bende ini. ini sebagai terapi stress. bukan stress sebab belajar or whatever la. tapi ini stress pasal benda lain. takkan terduga buat diri kalian. hehehe. biarlah rahsia.. xD 

pakai sendiri. sorang2. tak de geng dah macam dulu. kalau dulu kakak ade. baru syiioooookkk nak pakai sesama. ini sorang2 jer.. feel x dek. 


nota kaki : bila la nak abis semua juzuk dalam bulan "perkahwinan" aku ini.. T.T



Saya sayang Anda :D

Jom Kita Berdoa !!


BISMILLAH…

Allah telah merencanakan perjalanan hidup manusia penuh dengan dugaan, cabaran dan kesukaran sebagai ujian kehidupan. Namun semua itu bukanlah menjadi masalah kepada orang mukmin kerana di sisinya mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa. Oleh sebab itu Allah telah mewajibkan kita berdoa sekurang-kurang 17 kali sehari iaitu membaca “Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus” dalam solat sebagai panduan kepada orang mukmin.



Seorang pelajar yang beriman dan cemerlang hendaklah menjadikan doa sebagai amalan sepanjang masa. Usaha dan ikhtiar tanpa doa adalah cacat. Cacat kerana usahanya tiada pergantungan dan tawakkal kepada Allah. Dengan kata lain usahanya tiada keberkatan.

Artikel kali ini akan dinyatakan perbincangan secara ringkas berkaitan dengan doa berdasarkan sumber hadis-hadis yang sahih.

KENAPA KITA PERLU BERDOA?

1. Doa merupakan perintah dari Allah.

Banyak ayat-ayat Al Qur’an yang menyebutkan perintah untuk berdoa kepadaNya .

Diantaranya, firman Allah :
“Dan Rabb kalian telah berfirman: “Hendaklah kamu berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan bagi kamu.” (Ghafir: 60)


2. Doa adalah ibadah.

Berdoa kepada Allah merupakan perkara yang amat oleh Allah. Bahkan bila ia semakin sering berdoa kepadaNya untuk meminta segala sesuatu yang ia inginkan, semakin menambah kecintaan Allah kepadanya. Karena setiap doa yang dipanjatkan, pada hakikatnya (doa) itu adalah ibadah. ( Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)

3. Doa merupakan pembuka pintu-pintu rahmat dari Allah.

Doa merupakan pembuka pintu-pintu rahmat Allah yang sangat didambakan oleh setiap hamba. Karena dengan rahmatNyalah kita mendapat hidayah Islam dan Iman, serta mendapat pula maghfirah (keampunan) dari dosa-dosa yang telah kita lakukan.

4. Doa merupakan akhlak orang-orang yang bertaqwa.

Allah telah mengisahkan tentang akhlaq para nabi yang selalu bersegera untuk berdoa kepadaNya . Sebagaimana firmanNya (ertinya): “Sesungguhnya mereka (para nabi) selalu segera melakukan kebaikan dan selalu berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa takut, dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ (di dalam beribadah/berdoa kepada Kami).” (Al Anbiya’: 90)

5. Doa menunjukkan kemurnian tawakkal kepada Allah .

Rahsia dan hakikat tawakkal kepada Allah adalah menyandarkan hati sepenuhnya kepada Allah . Manakala ia berdoa dengan penuh harap dan rasa takut hanya kepada Allah menunjukkan kemurnian tawakkalnya kepadaNya. Dan sekaligus doa itu sendiri pun merupakan salah satu sebab terbesar tercapainya apa yang ia inginkan. Perhatikanlah firman Allah (ertinya): “Maka beribadahlah kalian kepada Allah dan bertawakkallah kepadaNya.” (Hud: 123)

6. Setiap doa mendapat jaminan daripada Allah selama tidak tergesa-gesa.

Rasulullah bersabda:

“Tidaklah seorang muslim berdoa dengan sesuatu yang bukan untuk suatu dosa atau memutuskan silaturahim melainkan pasti Allah akan memberikan salah satu dari tiga hal; disegerakan baginya pengabulannya, disimpan baginya di akhirat, atau dihindarkan darinya keburukan yang semisal dengannya.” (Shahih Al Adabul Mufrad no. 547, dari sahabat Abu Sa’id Al Khudri )

APAKAH AKIBAT TIDAK BERDOA?

1. Enggan dan lalai daripada berdoa adalah tanda kesombongan

Firman Allah (ertinya): “Dan Rabb kalian telah berfirman: “Berdoalah kalian kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan bagi kalian, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari beribadah (berdoa) kepada-Ku akan masuk jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60)


2. Enggan dan lalai dari berdoa kepada Allah tanda kelemahan pada diri.

Rasulullah bersabda:

“Manusia yang paling lemah adalah orang yang paling lemah untuk berdoa dan manusia yang paling bakhil adalah orang yang bakhil dalam mengucapkan salam.” (H.R. Ibnu Hibban, lihat Ash Shahihah no. 154)

3. Enggan dan lalai dari doa akan mendapatkan murka dari Allah.

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang tidak mau berdoa (dalam riwayat lain: tidak mau meminta) kepada Allah subahanahu, niscaya Allah memurkainya.” (H.R. At Tirmidzi no. 3372, Ibnu Majah no. 3827 dari sahabat Abu Hurairah , lihat Ash Shahihah no. 3654)

APAKAH SYARAT-SYARAT DOA?

1. Meyakini bahwa hanyalah Allah saja yang mampu mengabulkannya

Allah berfirman (ertinya):

“Dan siapakah yang mampu mengabulkan doa orang yang kesulitan dan menghilangkan kesusahan bila ia berdoa kepadaNya ?” (An Naml: 62)

2. Mengikhlaskan doa hanya kepadaNya

Allah berfirman (ertinya): “Dan berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadah (doa) kepadaNya.” (Al A’raf: 29)

3. Berdoa untuk kebaikan dan tidak tergesa-gesa agar dimakbulkan.


4. Bersangka baik kepada Allah

Rasulullah bersabda:

“Allah berfirman (ertinya): “Aku menyikapi (hamba-Ku) berdasarkan prasangka dia kepada-Ku. Dan Aku bersamanya selama dia mengingat-Ku.” (HR. Al Bukhari no. 7405 dan Muslim no. 2675)

4. Menjauhi perkara-perkara yang haram

Maksud firman Allah :

“Allah hanya menerima dari orang-orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 24)

Dari Abu Hurairah meriwayatkan hadits dari Rasulullah , beliau bersabda (ertinya): “Sesungguhnya Allah tidak menerima kecuali yang baik. Lalu beliau menyebutkan seseorang yang lama bermusafir, rambutnya kusut, berdebu, kemudian ia menadahkan kedua tangannya seraya berdoa, wahai Rabbi, wahai Rabbi. Tetapi makanan, minuman, dan pakaiannya berasal dari yang haram, maka bagaimana mungkin akan dikabulkan doanya?.” (HR. Muslim no. 105)

5. Tidak melalaikan perkara-perkara yang wajib

Sesungguhnya menyempurnakan ibadah yang wajib dan ibadah yang sunat adalah wasilah (perantara) terbesar untuk dikabulkannya doa. Sebaliknya meninggalkan ibadah-ibadah yang wajib itu sebagai penghalang terbesar doa tidak diterima.

APAKAH ADAB-ADAB BERDOA?

1. Memuji Allah dan bershalawat kepada Nabi

2. Bertawassul dengan Al Asmaul Husna

Sebagai contohnya: Ya Razzaq (Wahai Yang Maha Pemberi rizqi) berikanlah/lapangkanlah kepadaku rizqi, Ya Ghaffar (Wahai Yang Maha Pengampun) ampunilah aku, Ya Rahim (Wahai Yang Maha Pemberi rahmat) limpahkanlah kepadaku rahmatMu.

3. Mengakui dosa dan kesalahan

Allah berfirman (ertinya):
“Wahai Rabb-kami, kami adalah orang-orang yang berbuat zhalim pada diri-diri kami, kalau sekiranya Engkau tidak mengampuni (dosa-dosa) dan merahmati kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi.” (Al A’raf: 23)

4. Khusyuk dan menghadirkan hati

Allah berfirman (ertinya): “Sesungguhnya mereka (para nabi) selalu bersegera di dalam kebaikan, dan selalu bersegera berdoa dengan penuh harap dan cemas, serta mereka (berdoa) dalam keadaan khusyuk.” (Al Anbiya’: 90)

5. Yakin dan bersungguh-sungguh dalam berdoa

Rasulullah bersabda:

“Janganlah salah seorang di antara kalian mengatakan: “Ya, Allah ampunilah aku jika engkau kehendaki, rahmatilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendak dia mantap (bersungguh-sungguh) di dalam memohon, sesungguhnya Allah tidak ada yang memaksanya.” (HR. Al Bukhari no. 6339 dan Muslim no. 2678)

6. Mengangkat kedua tangannya

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Rabb-kalian تَبَارَكَ وَ تَعَالَى adalah Dzat Maha Pemalu dan Maha Pengasih, Dia malu kepada hambanya yang menadahkan kedua tangan kepadaNya, lalu Dia mengembalikan kedua tangannya tanpa apa-apa.” (HR. Abu Dawud no. 1488)

7. Berwudhu’ sebelum berdoa

Berdasarkan hadits Abu Musa Al Asy’ari ketika Nabi selesai dari perang Hunain. Abu Musa berkata: “Beliau meminta air lalu berwudhu’, kemudian beliau menadahkan kedua tangannya seraya berdoa: “Ya Allah, ampunilah Ubaid bin Amir! Dan aku dapat melihat putihnya kedua ketiak beliau (saat beliau mengangkat kedua tangannya).” (HR. Al Bukhari no. 4323 dan Muslim no. 2498)

8. Berdoa pada setiap keadaan

Iaitu berdoa di saat lapang atau susah, suka ataupun duka. Biasanya, seseorang itu cenderung sungguh-sungguh dan memperbanyak doa ketika ditimpa kesulitan dan kesusahan, namun bila ia dalam keadaan lapang,dia kembali lalai dan kurang sungguh-sungguh dalam berdoa. Hal ini tidak sepatutnya, karena Allah akan lebih mengabulkan doa seorang hamba di saat sulit dan susah bila ia memperbanyak doa di saat lapang.

9. Mendoakan kebaikan untuk saudara-saudaranya yang beriman

Di dalam berdoa, di samping untuk dirinya sendiri, maka jangan lupa mendoakan saudaranya yang seiman. Allah berfirman (ertinya):

“Mohonlah ampun bagi dosamu, dan bagi dosa-dosa orang-orang mukminin dan mukminat.” (Muhammad: 19)

Rasulullah bersabda:

“Tidaklah seorang muslim yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya tanpa sepengetahuannya, kecuali Malaikat akan berkata: “Dan semoga engkau akan mendapatkan semisal doamu itu.” (HR. Muslim no. 2732)

BILAKAH WAKTU TERBAIK UNTUK BERDOA?

1. Malam Lailatul Qadar.

2. Pertengahan malam dan di waktu sahur ( sebelum subuh )

4. Antara azan dan iqamah. (Lihat HR. Abu Dawud no. 521, At Tirmidzi no. 2121, Ahmad 3/155, Shahihul Jami’ no. 3408, dari Anas bin Malik )

5. Pada hari Jumaat (terutama setelah shalat Ashar). (Lihat HR Al Bukhari no. 953 dan Muslim no. 852)

6. Pada bulan Ramadan. (Lihat HR. Al Bazzar no. 926, Shahih At Targhib wat Tarhib 1/419)

7. Pada hari Arafah. (Lihat HR. At Tirmidzi no. 3585, Shahihul Jami’ no. 3274)

8. Ketika bermusafir. (Lihat Shahih Al Adabul Mufrad no. 372)

9. Ketika puasa. (Lihat HR. Shahihul Jami’ no. 2032 dan Ash Shahihah no. 1797)

10. Doa orang tua untuk kebaikan anaknya. (Lihat H.R. Al Baihaqi 3/485, Jami’ush Shahih no. 2032, dan Ash Shahihah no. 1797)

11. Doa anak untuk kebaikan orang tuanya. (lihat H.R. Muslim no. 1631, dari Abu Hurairah )

12. Doa di sisi orang yang sakit. (Lihat H.R. Muslim no. 919, dari Ummu Salamah)

13. Ketika sujud dan sebelum salam
(Lihat HR. Muslim no. 482)

14. Doa ketika hujan mula turun

Semoga huraian yang ringkas ini dapat dijadikan panduan oleh sesiapa sahaja terutama para pelajar dalam mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Jadikan doa sebagai ‘teman setia’ anda sepanjang masa. Amatlah rugi seseorang yang tidak berdoa pada hal Allah berjanji akan memakbulkan doa sesiapa yang memohon kepadaNya.
Pada kesempatan yang akan datang akan dikemukakan doa-doa dari al-Quran dan al-Sunnah yang sesuai untuk diamalkan oleh pelajar, insya Allah.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Saya sayang Anda :D

Doa tambahkan ilmu.. :D





Kenapakah kita liat untuk berdoa padahal Allah berjanji akan memakbulkannya?. Hebat benarkah diri kita sehingga mengabaikan ‘Rabb’ yang sentiasa menjaga dan mengawasi segala tindakan kita sepanjang masa?. Amat rugi mereka yang enggan berdoa.

Doa ini amat ringkas tetapi penuh dengan keberkatan dan keagungan kerana doa ini adalah perintan Allah terhadap RasulNya Nabi Muhammad saw.




Lafaz doanya ialah :

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا


Maksud : Wahai Tuhanku tambahkanlah ilmu kepadaku.

Amat ringkas bukan? Jangan memandang rendah doa ini. Walaau pun ia ringkas dan pendek tetapi penuh dengan keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah kerana ini adalah firman Allah dalam Surah Taha ayat 114.

Sufyan bin Uyainah berkata ketika mentafsirkan ayat ini, katanya : “Rasulullah saw sentiasa bertambah ilmunya sehingga baginda wafat hasil keberkatan doa ini”.

Sesiapa yang mengamalkan ayat ini akan mendapat pahala kerana :

1- Berdoa dan doa adalah satu ibadat.

2- Mengamalkan isi kandungan al-Quran.

3- Mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

Sesiapa sahaja boleh mengamalkan doa pendek ini kerana setiap individu memerlukan pertambahan ilmu dari semasa ke semasa. Sesiapa yang berpuas hati dan berpada dengan ilmu yang ada dan tidak berusaha menambahnya dia akan ketinggalan dan tiada kemajuan dalam hidupnya. Apatah lagi masa kini merupakan zaman perkembangan ilmu dengan pantas dan pesat. 

Ulang-ulangkan doa ini dalam kehidupan seharian dan sepanjang masa dan ketika. Mudah-mudahan dengan keberkatan lafaz Allah SWT ini akan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa berminat dan terdorong untuk menuntut ilmuNya yang tiada sempadan.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Saya sayang Anda :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...