Doa tambahkan ilmu.. :D





Kenapakah kita liat untuk berdoa padahal Allah berjanji akan memakbulkannya?. Hebat benarkah diri kita sehingga mengabaikan ‘Rabb’ yang sentiasa menjaga dan mengawasi segala tindakan kita sepanjang masa?. Amat rugi mereka yang enggan berdoa.

Doa ini amat ringkas tetapi penuh dengan keberkatan dan keagungan kerana doa ini adalah perintan Allah terhadap RasulNya Nabi Muhammad saw.




Lafaz doanya ialah :

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا


Maksud : Wahai Tuhanku tambahkanlah ilmu kepadaku.

Amat ringkas bukan? Jangan memandang rendah doa ini. Walaau pun ia ringkas dan pendek tetapi penuh dengan keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah kerana ini adalah firman Allah dalam Surah Taha ayat 114.

Sufyan bin Uyainah berkata ketika mentafsirkan ayat ini, katanya : “Rasulullah saw sentiasa bertambah ilmunya sehingga baginda wafat hasil keberkatan doa ini”.

Sesiapa yang mengamalkan ayat ini akan mendapat pahala kerana :

1- Berdoa dan doa adalah satu ibadat.

2- Mengamalkan isi kandungan al-Quran.

3- Mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

Sesiapa sahaja boleh mengamalkan doa pendek ini kerana setiap individu memerlukan pertambahan ilmu dari semasa ke semasa. Sesiapa yang berpuas hati dan berpada dengan ilmu yang ada dan tidak berusaha menambahnya dia akan ketinggalan dan tiada kemajuan dalam hidupnya. Apatah lagi masa kini merupakan zaman perkembangan ilmu dengan pantas dan pesat. 

Ulang-ulangkan doa ini dalam kehidupan seharian dan sepanjang masa dan ketika. Mudah-mudahan dengan keberkatan lafaz Allah SWT ini akan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa berminat dan terdorong untuk menuntut ilmuNya yang tiada sempadan.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...