bakal menantu ayah dengan mak? part 4 :D

Ihiks.. ^^ 
Nak sambung lagi tajuk ini.. bestkan tengok calon menantu..  Ada lagi tau.. Nak tengok tak?? :P


Tadaaaaa!! 


 Nama dia Legolas..

Saya sayang Anda :D

My Friends is My Family


Aku paling suka gambar ini.. nampak life kan? Happening jer waktu ini.. Masa ini budak kelas 5s4 sedang buat video/cerita pendek tentang hari merdeka.. Kiranya dyeorg masuk pertandingan buat filem pendek la.. 

Lepas tu kiteorang bergambar la sekali masa ini.. best sangat.. ^^ 

Kami bagaikan sebuah family.. 

5s1+5s2+5s3+5s4 = Family.. 


Sungguh aku rindu korang semua..


Kawan-kawan yang tak ada dalam gambar ini.. Korang tetap melekat dalam hati aku.. Jangan nak tacing muka korang tak ade dalam ini.. hihi.. 

Lot of Love.. <3


Saya sayang Anda :D

UJIAN DAN DUGAAN: TANDA ALLAH SAYANG





Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.  Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (As-Shuraa, 42: 32-33)



DI DALAM al-Qur'an, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [1]


Saya sayang Anda :D

Bila celik dikatakan buta...

Assalamualaikum... Apa perasaan anda apabila seorang buta menahan anda secara tiba-tiba dan memberi amaran tentang longkang yang berada di hadapan anda sedangkan longkang itu sebenarnya tidak wujud? Semestinya kita berkata. "eh buta.. mana ada longkang?" Tiba-tiba datang sekumpulan pemuda yang semuanya buta menyokong perbuatan si buta pertama tadi. mereka secara beramai-ramai kata: betul! ada longkang. Dalam sangat longkang tu!

Apakah reaksi kita terhadap situasi sebegini? (sila pilih salah satu dari jawapan di bawah)


Saya sayang Anda :D

Ada Apa di Bawah Sejadah?

Assalamualaikum..

Hari ini ramai sungguh orang di masjid, sungguh pelik ku rasa. ku lihat semua orang kampung berada di masjid. Din Misai, Zainal Rimau, Draman Panjang, semua ada kat masjid.sekali lagi rasa hairan ku bertambah.bukankah ni waktu solat subuh? tak pernah-pernah masjid tua ni dipenuhi orang ramai di waktu subuh. kalau solat jumaat tu, tahulah aku. ni waktu subuh pun penuh! FULL HOUSE! Apa dah jadi nih!


Saya sayang Anda :D

10 Peringatan Bumi..



10 PERINGATAN BUMI...





Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara...

Saya sayang Anda :D

bakal menantu ayah dengan mak? part 3 :D


Cerita bersambung kembali.. Hari ini nak cerita pasal seorang lagi bakal.. hahaha.. "berangan lah kau ini pya".. dush dush..:P Saja nak lepas gian menulis something kat blog. Alang-alang dah jumpa bakal ini. So teringin la jugak nak meng"update" cerita kan.. lalala..

lai lai.. vangey vangey... 

mari baca tentang bakal menantu mak&ayah yang ketiga... :P

Cute kan? Jambu bebeh.. muahaha
Jo Young Min

Saya sayang Anda :D

Dugaan bagi pelajar. :D


Assalamualaikum. Weeeee.. dah seminggu dah exam SPM. fuhhhh.. menakutkan ada. tapi aku dah tak nak ingat. Nak suruh aku rasa? Aku tak nak rasa. Nak suruh aku predict? Aku dapat straight A's weyh.. hahaha.. Siapa suruh aku predict? Aku ni memang suka berangan dapat straight. Eh eh. siapa tak suka? Cuba bagitahu. Meh jumpa dengan aku. Bagi penampau terbaik dari ladang. Bagi kasi goncang-goncang segala kewarasan tu. kih3.

Hari ini disebabkan ada free.. Terasa nak update blog. Walaupun pada hakikatnya, perbuatan nak buat lain, hati seperti ombak yang tidak bisa lagi dipujuk. Kadang-kadang rasa berdebar pun ada. Masalah apakah selepas ini? Sekarang menunjukkan pukul 5 pagi. Tadi tidur awal sangat. Tu yang terbangun awal. Bangun dengan penuh ketenangan. heeee.. maklumlah. arini tak ada exam sampai isnin nanti. Mak selalu tanya, "pya. esok exam ke?" "Mana ada mak, 3 hari cuti.." "Kau ini kalau cuti, laju jer menjawab ye? " "Haruslah.. haha"

TAHUKAH ANDA?
Terseksa jiwa ini woooooo sebab SPM..=.=''

Ok.. based on real topic. weeee.. Cerita ini dah lama dah. sebelum SPM lagi. Kisah ini menceritakan tentang 5 orang sahabat yang .........


Saya sayang Anda :D

Perempuan.. biasalah..

Assalamualaikum.. weeewww..  
nak kata penat study. tak ada la penat sangat. nak kata rajin sangat study, memang tak rajin la. =.=

tiada kata-kata bakal ku ucap. hanya ilusi gambaran minda.


rasa nak update blog. tapi tak ter update. selalu macam itu. mesti tekan [X]
tapi hari ini. ku gagahkan diri. 

(muka kejam)

kerana aku begitu terlalu dan obses dengan permainan emosi sehingga air mata ini bagai air hujan yang tiada tadahannya. 


Anda nak tahu??

Saya sayang Anda :D

Stay in my heart..

Hari ini.. nak cerita pasal kisah yang seronok dan sedih..Eh, bukan senang nak dapat perasaan 100 in 1 ini. Limited Edition tau. Perkara macam ini juga tak selalu juga berlaku kat diri aku. Nak rasa jugak? eleh.. teruja la tu nak tahu rahsia disebalik perasaan 100 in 1 ni.. kan? kan? haha.. 


Cara-caranya adalah dengan menjadi warganegara tetap di website :


(klik gambar untuk ke website tersebut) 

kalau nak masuk portal.. tanya warga TH.. mereka sungguh peramah.. heee..

First of all.. nak cerita pasal website ini. Macam mana boleh terjumpa, terdetik nak click website ini.. Sesi perkenalan la kiranya.. =P
 jeng jeng jeng..

Saya sayang Anda :D

Love Series Circuit

Kalau nak tahu, ini nama dia love series circuit. :P

Oh, sayang sungguh coklat-coklat di situ. Kalau aku lah, tak sanggupku melihat coklat-coklat yang enak dimakan lagi enak dinikmati oleh saliva-saliva aku itu dibazirkan hanya untuk photography. Tapi tak apalah. Its conceptual man. Unik dan belum pernah ditemui. Thanks to Deviant Art's photo. Bagi la puji-pujian. keh3..

Aku ini kata je nak stop menaipkan? Hehe, aku tak boleh nak berhenti la. Susah sungguh. Walaupun malas tahap gaban, aku masih rindukan-Mu wahai blog. Kau memang kekasih gelap yang sejati.

Kenapa letak picture atas tu? kenapa?

Saya sayang Anda :D

SS501 - Find *lapuk tapi best..heeee


SS501-Find

Eh2.. lagu ini best tau.. baik korang semua dengar. aku suka gila-gila. XD  #Walaupun lagu ini dah lama.  =.= Antara band K-pop yang best bagi aku. Sebab dyeorang semua hensem-hensem. :P Tapi kebanyakkan dyeorang gay.. =.=



Saya sayang Anda :D

Jejakkan kaki di Cruise Logos Hope

Assalamualaikum.. Toink toink..! Haaa.. sebenarnya aku malas nak update hari ini. sebab aku mengantuk. Aku pun tak tahu mengapa hari ini aku mengantuk gila. Aku rasa sebab salah set timing waktu tidur ataupun antibody aku yang lemah. #eh, wa pantang kalau cerita bab antibody lemah ini! Tapi aku rasa sebab semalam aku menangis kot. itu pasal la secara rawaknya. hehe aku lemah.. tapi tak apa. Nevermind, it wont change anything.. Ini Zafirah. Remaja kental.. puih puih..! :D *puji sikit.. baru ada feel.

ini bukan dekat Malaysia ye kawan-kawan.. ini mr google =.=

Saya sayang Anda :D

Apakah Jantina Bagi Komputer/Laptop Anda?


Apakah Jantina Bagi Komputer/Laptop Anda?


Jantan atau Betina???

Saya sayang Anda :D

Duit Syiling Baru!!..




Bakal berevolusi duit syling malaysia pada tahun hadapan nampaknyer, sudah lama kita menggunakan duit syiling yang kita guna pakai sekarang nieh.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Saya sayang Anda :D

Yang diingati.. :)


Assalamualaikum..ok. Dah nampak kan gambar dekat atas tu. Gambar lelaki, pegang rotan/kayu or whatever lah, pakai spec.. nampak macam seorang guru kan? aku dah jelaskan perwatakan gambar kat atas tu. Kalau tak faham jugak, maknanya korang tak menghayati keadaan sekeliling sepanjang or seumur hidup korang. *ayat macam kasar je an.. hahaha. tak pe lah.. supaya korang-korang menghayati indahnya erti sebuah kehidupan..


Saya sayang Anda :D

Mr. Right? Mr. Perfect? Mr.Wrong? Part One



Anda masih mencari-cari Mr Right? :D Mr Right merupakan seorang insan yang dapat dijadikan pasangan bagi seorang wanita. Eh, jangan ingat mereka-meraka ini tidak menggunakan trick untuk mengenali korang. Mesti ada punya cara mereka berkenalan dengan korang. Sama ada di tempat kerja, dekat gym, bekas pelajar, berjalan-jalan dekat shopping mall, waktu makan ke, tengah beriadah ke, laman sosial ke... For sure mesti ada satu point yang boleh menyebabkan korang mengenali Mr Right. Tapi jangan korang lupakan Mr. Perfect dan juga Mr. Wrong


Saya sayang Anda :D

bakal menantu ayah dengan mak? part 2 :D


Assalamualaikum.. Ahaks.. ini calon kedua. *wahh, berangan je la kau sorang-sorang. Ok. Rasanya korang dah banyak kali kot tengok dia ini. Sweet kan muka dia. Rasa nak pelempang je muka dia ini. Baruku puas!! Hahaha. *macam lah aku nak buat..:P

Saya sayang Anda :D

bakal menantu ayah dengan mak? part 1 :D


Assalamualaikum.. Hahaha.. tengok la tajuk. Sentap ye? *mata ke atas tangan di dada. haha. ini baru part 1 punya calon. nanti ada part 2 pulak.. lain person pulak. hahaha. Ok. meh aku perkenalkan kat korang korang yang aku sayangi. cewwwaahhh.. XD


Saya sayang Anda :D

Cinta itu sukar..


Assalamualaikum.. alamak.. hari ini aku rasa nak jadi minah jiwang sikit. yang penuh dengan kata-kata kiasan. yang membawa erti percintaan. tidak kira lah samaada percintaan antara Allah dan manusia ataupun manusia dengan manusia. Ini random.. tak mahulah terlalu sofistikated sangat. aku pun rasa nak amalkan 1 cinta. heeee.. ingat 1 malaysia je ke boleh? XD

Saya sayang Anda :D

M.A.I.D.


Assalamualaikum. oh yeah! hari ini nak buat rumusan tentang novel M.A.I.D. yang dikarang oleh Suri Ryana. Oh jangan tak tahu. aku ini memang suka jadi juri tak bertauliah. tapi aku rasa aku layak mendapat gelaran tu.. hahahaha.. Ok sudah lah berangan. aku tahu korang tak suka aku puji diri sendiri. heeheh *apakan daya.. aku tetap nak puji jugak...... NOKTAH! :P



Saya sayang Anda :D

Bila novel dijodohkan dengan aku!

Assalamualaikum.. haiyaa.. today haa.. im so so so so happy. what to do haa! alhamdulillah laaa.. Siapa tak gembira kalau kemahuan diikuti apabila diri ini dirundum kesedihan yang sungguh menyayat hati bagai ditetak seribu dihati.. (puihhhhh! tak menyayat hati pun sebenarnya.. :D ) ayat mestilah kena hiperbola sikit.. teeeeeeeetttt!

Oklah. tidak ingin membuang masa yang panjang. sebab..

Saya sayang Anda :D

penampar nak? :D

Assalamualaikum.. yo yo! wassup wassup! hahaha.. rock sikit hari ini. rindu tak kat aku? cakaplah rindu. i miss you too blog.. hahahaha. 


hari ini aku rasa aku nak hadiahkan tapak tangan. siapa yang rela jadi mangsa pertama aku? 
haaaa, macam inilah hasilnya nanti.

eh, sebelum ini aku pernah juga tampar manusia. :P  alaa, tampar-tampar manja gitu. 
Mangsa aku

Saya sayang Anda :D

A Walk To Remember - Only Hope


Sudahkah anda menonton cerita ini? Apasal baku gila ini.>.< cehh. siapa yang belum tengok sila baca entry ini. yang dah tengok pun baca jugak. aku tengah paksa korang. heee.

lagu ini sebenarnya adalah soundtrack dalam cerita A Walk To Remember. Cerita ini

Saya sayang Anda :D

hidup itu ibarat roda

hidup itu ibarat roda

Assalamualaikum wahai mata. :D acap kali mata sering menjadi bahan untuk memulakan ayat. Kerana mata kita boleh melihat alam. kerana mata juga kita dapat sama-sama baca entry kali ini.. :P Jadi bersyukurlah kepada-NYA. bukannya susah pun nak ucapkan syukur. Ucap sahaja Alhamdulillah. satu perkataan ajaib nikmatnya luas ertinya. sesiapa pun takkan tahu makna yang sebenar disebalik perkataan itu. mungkin ada maksud tersirat yang belum pernah manusia rungkaikan? Siapa tahu bukan? Hanya ALLAH. dia-lah sang pencipta.

Ahhh.. kembali semula berbasi-basa. kadang-kadang sampai lari dari tajuk kan? Siapa heran? Ayat tunggang langgang pun kalau tuan tanah punya blog dah begini. apakan daya? :P Accept me for who i am.

Manusia acap kali menggunakan frasa hidup itu ibarat roda. tapi pernah tak terfikir bahawa roda itu berputar bila ada yang menggerakkannya. Malah, tidak dinafikan roda juga melalui liku-liku yang agak sukar. Lagi-lagi bila jalan yang berlopak dan lecak yang sering kali menggotorkannya. Tapi roda tidak pernah terfikir untuk membersihkan dirinya, tidak pernah berfikir tentang keperitan yang dilaluinya. kerana apa? kerana keperitannya tidak dirasai oleh manusia. Manusia hanya memikirkan, bila rosak ganti yang baru. mudah bukan? Itulah prinsip manusia.

kadang kala, hidup ibarat roda ini tidak boleh digunakan kepada manusia. kadang-kala sahaja. jangan marah-marah. this is my opinion. sebab roda hanya berputar bila manusia menggerakkannya. bila tiada siapa yang menggerakkannya. Roda itu kesepian. Sepi kerana tiada pengalaman untuknya seharian bagi melalui jalan-jalan yang penuh dengan cabaran. Tetapi manusia? manusia sering diuji. setiap detik, setiap saat. manusia mempunyai pengalaman yang begitu luas. sehingga tidak tergambar. kadang-kala juga, manusia sendiri ingin melupakan pengalaman tersebut. walaupun pengalaman itu penuh dengan pengertian. kerana manusia sering kali terlupa.

manusia juga bukan ibarat roda. Roda itu simetri. Manusia juga simetri tetapi terfikirkah manusia, bahawa organ-organ dalam badan tidak simetri.adakah bentuk hati itu simetri? pastinya tidak bukan?roda tidak perlu memikirkan kesakitan. manusia? apabila jatuh. terus mengaduh. terus menangis. roda? hanya berdiam. tidak berkutik. walaupun setiap benda mempunyai perasaan. tetapi semua yang ada di sekeliling kita hanya bertasbih pada yang maha Esa.

Bagaimana pula dengan manusia? Manusia memikirkan kesenangan, kemewahan, hingga lupa bertasbih. hinggakan ada yang lupa pada diri. Roda yang dikatakan tiada perasaan oleh seorang manusia. hanya bertasbih dengan penuh kesyukuran. dengan penuh kesetiaan.

Mengapa masih berpegang bahawa hidup itu ibarat roda.? Mengapa tidak frasa lain digunakan? manusia tidak dapat merungkaikanya. Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh menukarkannya. :D

Hidup itu ibarat helaian al-Quran...


Saya sayang Anda :D

Solla Alaikallah


lirik solla alaikallah

صلى عليك الله يا عدنان عدنان
يا مصطفى يا صفوة الرحمن رحمن
الحمد لله الذي أعطاني أعطاني
هذا الغلام الطيب الأردان

قد ساد فى المهد على الغلمان غلمان
أعيذه بالبيت ذي الأركان أركان
حتى أراه بالغ البنيان بنيان
أنت الذي سمية في القرآن

أحمد مكتوب على الجنان جنان
صلى عليك الله في الأحيان أحيان
أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان

أحمده في السر والبرهان برهان
حقا على الإسلام والإيمان إيمان
يا ربنا بالمصطفى العدنان عدنان
اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني يا الله


ok.. time for story telling.. :P
tengok tajuk tak? meh nak cerita. tadi baru dengar selawat ni tapi versi in-team. yang versi inteam punya laju sikit, korang boleh search sendiri kat youtube. aku provide untuk versi nada murni sahaja yerpp....
versi nada murni la yang aku nyanyi dulu waktu sekolah rendah. 

sebenarnya dah lama tak dengar selawat ni. kalau dulu. waktu sekolah rendah agama. hari jumaat petang waktu perhimpunan. mesti pasang lagu ni. pastu kiteorang semua nyanyi. eventhough suara tak sedap mana lah kan. tapi ok je aku rasa suara aku ni. muahahaha..

masa dulu, ustaz & ustazah provide kertas yang mengandungi lirik selawat ni. tapi nanti kena pulangkan balik lepas abis selawat tu. ustaz&ustazah takut pelajarnya tak bawa bila perhimpunan kot. sebab tu mereka buat begini. tapi ok kan? 

ingat lagi, dulu waktu perhimpunan. waktu petang. agak panas la jugak. around 5-6.30.. aku tahu waktu tu tak berapa kena. sebab aku pun dah lupa bila waktu perhimpunan sekolah rendah dulu. heee.. maklumlah dah 5 tahun meninggalkn sekolah rendah yang banyak memberi seribu satu pengertian buat diri aku. :)
waktu camtu la yang membuatkan kaki aku.. adehh.. berpeluh-peluh.. >.< tapi tak de la sampai tragis sangat peluh-peluh kat kaki aku. orang lain pun tak nampak. pakai kain kan? heee.. diri sendiri je yang tahu. alalala.. 

sekarang, aku dah tak merasa lagi perhimpunan waktu petang di hari jumaat yang penuh keberkatan ni. inilah yang dinamakan kenangan.. ^^


Saya sayang Anda :D

Mana Mak?? :')







Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?





Saya sayang Anda :D

Doa tambahkan ilmu.. :D





Kenapakah kita liat untuk berdoa padahal Allah berjanji akan memakbulkannya?. Hebat benarkah diri kita sehingga mengabaikan ‘Rabb’ yang sentiasa menjaga dan mengawasi segala tindakan kita sepanjang masa?. Amat rugi mereka yang enggan berdoa.

Doa ini amat ringkas tetapi penuh dengan keberkatan dan keagungan kerana doa ini adalah perintan Allah terhadap RasulNya Nabi Muhammad saw.




Lafaz doanya ialah :

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا


Maksud : Wahai Tuhanku tambahkanlah ilmu kepadaku.

Amat ringkas bukan? Jangan memandang rendah doa ini. Walaau pun ia ringkas dan pendek tetapi penuh dengan keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah kerana ini adalah firman Allah dalam Surah Taha ayat 114.

Sufyan bin Uyainah berkata ketika mentafsirkan ayat ini, katanya : “Rasulullah saw sentiasa bertambah ilmunya sehingga baginda wafat hasil keberkatan doa ini”.

Sesiapa yang mengamalkan ayat ini akan mendapat pahala kerana :

1- Berdoa dan doa adalah satu ibadat.

2- Mengamalkan isi kandungan al-Quran.

3- Mengamalkan sunnah Rasulullah saw.

Sesiapa sahaja boleh mengamalkan doa pendek ini kerana setiap individu memerlukan pertambahan ilmu dari semasa ke semasa. Sesiapa yang berpuas hati dan berpada dengan ilmu yang ada dan tidak berusaha menambahnya dia akan ketinggalan dan tiada kemajuan dalam hidupnya. Apatah lagi masa kini merupakan zaman perkembangan ilmu dengan pantas dan pesat. 

Ulang-ulangkan doa ini dalam kehidupan seharian dan sepanjang masa dan ketika. Mudah-mudahan dengan keberkatan lafaz Allah SWT ini akan menjadikan kita hambaNya yang sentiasa berminat dan terdorong untuk menuntut ilmuNya yang tiada sempadan.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Saya sayang Anda :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...