Bila novel dijodohkan dengan aku!

Assalamualaikum.. haiyaa.. today haa.. im so so so so happy. what to do haa! alhamdulillah laaa.. Siapa tak gembira kalau kemahuan diikuti apabila diri ini dirundum kesedihan yang sungguh menyayat hati bagai ditetak seribu dihati.. (puihhhhh! tak menyayat hati pun sebenarnya.. :D ) ayat mestilah kena hiperbola sikit.. teeeeeeeetttt!

Oklah. tidak ingin membuang masa yang panjang. sebab..
 sekarang pun dah pukul 3 pagi. AND one more thing! aku nak cerita bahawasanya, pada hari yang mulia lagi diberkati dan dirahmati serta dicucuri rahmatnya oleh ALLAH SWT. Yang aku telah membeli 2 buah novel. (novel pun nak batak ker? haruslahhhhhh!)

Buku yang pertama

Cinta Kontrak ditulis oleh Nurul Ain Syuhada seorang remaja yang gemar membaca novel. Boleh dikatakan agak muda. Nak tahu tak umur dia berapa? 18 tahun! *tua setahun dari aku tuh! Satu lagi, aku memang salute habis dengan dia sebab dapat menulis, mengarang, menaip sebuah novel yang memang mantap! Kalau aku kata mantap! memang mantap. Cuma tak ada 100% perfect sebab dalam novel ini terdapat jugak kesalahan typing error yang terkadang mungkin mengelirukan penulis barangkali. tapi aku memang berpuas hati dengan novel beliau.

Bermulanya aku mengenali Cinta Kontrak ini dari salah sebuah website. Iaitu website yang memaparkan hasil karya dan nukilan seseorang. Sama ada cerpen mahupun novel. Apa yang penting dalam website ini, mereka memberi semangat dan sokongan padu kepada junior-junior yang baru menanam jagung untuk menonjolkan bakat mereka melalui E-Novel. Untuk makluman korang juga. Cinta Kontrak ini dekat website tu mencatat jumlah pembaca yang banyak sekali! ramai yang berpuas hati dan ingin mengetahui kisah seterusnya dengan membeli novel ini. *macam aku jugak lah.. heeee Kalau korang nak mengenali Cinta Kontrak sebelum membeli. Boleh la baca dekat website penulisan2u.kat situ ada banyak e-novel. Tapi aku cadangkan, tak payah baca kat website tu pun tak apa. Korang terus pergi kedai buku dan beli novel ini!. Percayalah. tak akan menyesal seumur hidup.

Ketika aku baca novel Cinta Kontrak ini. Aku ada berbagai perasaan. Suka, duka, riang, tangisan, kecewa, semangat yang berkobar-kobar, percintaan yang tidak kesampaian, yang membangkitkan kembali dendam, trauma. AHH!! terlalu banyak perasaan dalam novel ini. hahaha. Mengisahkah pasangan yang ego. sering bergaduh tetapi sweet gila. kelakar habis sampai nak pecah perut. Ada beberapa part yang aku tak tahan sampai ketawa terbahak-bahak. *over kan? hahaha.. apa boleh buat. Its reality man!

Untuk makluman peminat blog aku juga. hahahaha(aku memang suka over-acting) Aku beli novel ini pada pukul 9pm gitu kot. dan aku dah khatamkannya jugak tadi. sebelum aku nak taip penceritaan aku kat blog ini. inilah dinamakan GILA NOVEL! (anyway, aku sebenarnya dah beberapa bulan tak beli novel. tetiba hari ini mood aku macam rindu habis nak beli novel. Sampai aku termenung sendirian mengenangkan novel yang belum kesampaian aku nak beli.. tapi dah beli la tadi. tu yang aku paksa jugak abang kesayangan seumur hidup aku pergi Popular. Walaupun abang aku penat balik dari kerja dan kaki dia sakit sebab terseliuh. tapi dah seminggu la. tu pun dia jalan terjengkek-jengkek. beliau masih gagahkan diri meneman adik kesayangan bongsu paling mengada plus gedik dan over acting serta bagai anjing dan kucing buatnya.*gaduh-gaduh manja.. muahahaha) Apa yang aku mahu akan dituruti. terasa bagai tuan puteri.. kahkahkah..

Aku ada kata aku beli 2 buah novel kan? novel kedua adalah.. jeng jeng jeng...


M.A.I.D. Ini pun aku baca dekat penulisan2u. dan memang mendapat sambutan yang hangat. tapi aku belum bukak plastik dia. Means aku belum baca sampai habis macam novel tadi lah. Ini pun best jugak tau sebenarnya. heeheheh.. nak tahu kisah dia. Baca sendiri kat penulisan2u or korang pergi kedai buku dan beli. aku bukan nak kata apalah. Tapi rugi je tak beli terus dari korang baca kat penulisan2u yang nanti korang sendiri macam terbayang-bayang kisah selanjutnya. tak puas hati sebab tak dapat habiskan. *macam aku. =.= 

Kalau aku cakap best aku cakap best. So silalah beli novel yang aku tunjukkan pada hari ini. :P








Aku rasa bila keluar lagi. Aku nak beli novel karya Nicholas Sparks lah pulak. Aku nak buat koleksi. heeeee. Oh yeah!!. Aku memang suka membazir kalau beli buku ini. T.T Sebab aku memang rambang mata!. Jadi persiapkan diri mengumpul wang saku bermula dari sekarang!. hahahaha Aku dah penat taip.. sebenarnya belum habis kisah aku ini. tapi kaki ku dah kebas kerana menahan beban laptop ini. =.=


Selamat malam di tengah pagi-pagi yang buta ini. Take care.. :D

Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...