M.A.I.D.


Assalamualaikum. oh yeah! hari ini nak buat rumusan tentang novel M.A.I.D. yang dikarang oleh Suri Ryana. Oh jangan tak tahu. aku ini memang suka jadi juri tak bertauliah. tapi aku rasa aku layak mendapat gelaran tu.. hahahaha.. Ok sudah lah berangan. aku tahu korang tak suka aku puji diri sendiri. heeheh *apakan daya.. aku tetap nak puji jugak...... NOKTAH! :P




Bagi aku, ni opinion la. sebagai juri yang berbakat ini. cettt.. hahaha aku nak komen sikit tentang novel ini. Kalau ada 100% aku bagi 75% je kot. Secara jujur dan ikhlasnya dari hati yang luhur dan ikhlas ingin menegur.. hahaha Apasal aku bagi sikit sangat kan? heeee.. ada sebabnya.

Antaranya, jalan cerita pada permulaan novel agak menyeronokkan apabila kisah Noorul yang hidup dalam kesempitan bagi menyara kehidupan keluarganya di kampung. Lalu berhijrah ke bandar Pulau Pinang dan menetap bersama rakan karibnya iaitu Iman. Iman banyak membantu Noorul dan merupakan watak paling baik, jujur, ikhlas, penyayang kepada sahabat yang paling dikasihi dan korang akan rasa macam Iman ini perfecto!. Tapi dia bukanlah heroin dalam novel MAID ini.

Lalu demi menampung keluarga, Noorul menjadi seorang MAID. (orang gaji :P) Noorul ini bekerja dengan anak Tan Sri Hamdan iaitu Harris atau lebih dikenali Mr. F (mr. fussy) watak Harris ini pada awal novel agak kasar, geram, menyampah, rasa macam nak tikam habis lah!. Heeeee. Tapi lama-kelamaan berubah. Pasal ape? Of course la pasal Noorul. Heroin kan?

Bibit-bibit cinta telah lama berputik. Tapi mereka terlalu ego. Tapi korang boleh start menempuh hari yang sweet bersama mereka berdua ini bermula muka surat 466. Kat sini, mereka meluahkan perasaan.Dari muka surat tu sampai akhir cerita. terasa OMG! sweet gila. Sampai gula dekat dunia ini terasa habis. hahaha. ok menipu tuh. bukan sampai habis lah. sebab kisah dia terlalu cepat sampai tak ada feel.

Tetapi, aku nak bagi tawu. Lama-kelamaan kisah romantik diaorang ini menjadi terlalu bosan. Oh memang lah siapa tak suka kisah romantik kan? Tapi penulis ini kurang menggunakan unsur suspen. Kalau korang baca suspen dia macam tak menjadi. Kalau sesebuah novel boleh buat kita tertanya ke? Sampai kepala kita berserabut barulah maknanya suspen itu menjadi. Tapi penulis ini terlalu romantik sangat sampai lupa unsur suspen yang amat-amat penting. Bagi aku kalau suspen dia ditambah dengan kekeliruan yang jarang-jarang pembaca gambarkan. Aku boleh kata i'm salute this novel. Novel yang aku salute habis novel Andai Itu Takdirnya. Korang patut memiliki buku tu.

Lagi satu, kalau penulis berjaya buat pembaca menangis pun. Aku respect gila! Dalam novel ini. tak ada satu babak yang membuatkan aku menangis. Dan aku tetap boleh terima sebab beliau ini masih berjinak-jinak. It's ok. :D Itulah mengapa perlunya wujud unsur suspen agar dapat membina semangat dan perasaan seseorang pembaca. Jangan terlalu banyak dengan unsur romantik tetapi kesedihan itu penting. Kesedihan yang dimainkan watak dalam cerita MAID ini pun terlalu sekejap. Sebab beliau suka tulis dari A sampai Z bila menyuruh watak A cerita kat watak B. Sepatutnya, biarkan kisah sebelum ini macam tergantung lepas tu barulah gunakan watak A terangkan kat watak B gitu gini. Barulah nanti wujud tertanya-tanya kat pembaca dan lepas tu barulah pembaca faham mengapa? bagaimana? kisah itu berlaku.

Kemudian, aku tahu penulis terlalu mengejar masa barangkali dan menamatkan kisah tersebut dengan penceritaan yang ringkas untuk memuatkan satu kisah dalam satu buku supaya tidak tebal. sebabnya dia dah mula memendekkan ceritanya diakhir-akhir bab. Kalau korang baca pada awal-awal novel ini. Penulis suka menceritakan secara detail. Tetapi bila dah sampai akhir laju jalan cerita dia sampai kadang-kadang apa yang disampaikan penulis kepada pembaca kurang menarik minat. *aku lah tuh! aku mengaku ok..

Ok, cukuplah aku komen novel ini. heeee. My opinion. Terima dengan hati yang ikhlas. Bukan niat mengutuk. Hanya sekadar teguran agar dapat hasilkan karya yang lagi bagus dari ini sebab yang ini pun dah cukup bagus pada peringkat permulaan. :D Fighting!!!
Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...