Cinta itu sukar..


Assalamualaikum.. alamak.. hari ini aku rasa nak jadi minah jiwang sikit. yang penuh dengan kata-kata kiasan. yang membawa erti percintaan. tidak kira lah samaada percintaan antara Allah dan manusia ataupun manusia dengan manusia. Ini random.. tak mahulah terlalu sofistikated sangat. aku pun rasa nak amalkan 1 cinta. heeee.. ingat 1 malaysia je ke boleh? XD



Hari ini juga aku banyak dengar lagu sweet ala-ala gula. lagu cinta ala-ala bunga ros merah yang sedang mekar. masih harum. warnanya yang menyala bagai sedang membara. penuh dengan cinta. sampaikan dari jauh kelihatan serinya. bagai cahaya matahari sendiri terletak pada cinta yang agung. walawey... aku nak cinta sejati jugak.. hahaha

Cinta yang agung dari Allah sendiri sukar dicari. Inikan pula cinta sesama manusia. Pernah tak terfikir bahawa cinta bukan mudah dicari sebenarnya. Kalau tak ada usaha, apa pun tak boleh maaa.. tak caya ker?Nak bukti ker?? ok fine!.. meh nak kasi tahu.. *cehh macam bagus sangat je minah ni.. puihhh!.. heeee


Cinta dengan Allah
Kita sedia maklum. Hidup kita didunia ini ibarat seorang perantau tapi masih ada sesetengah yang lalai dan leka. Untuk mendapat cinta sejati dari Allah kenalah ada usaha kan. Kalau kita buat benda tak baik or tak elok ke.. Boleh ke dapat  cinta tu? Hanya dengan usaha sahaja iaitu usaha kita beribadat dan merendahkan diri kepadanya sahaja yang membolehkan kita mendapat cinta yang agung tu. Ingat senang ke? Haaa.. sedar tak bertapa susahnya. Itulah perlunya istiqamah dalam ibadat. ok?

Cinta sesama Manusia

Bukankah cinta sesama manusia ini jodoh? Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Malah, setiap manusia diberikan pasangan. Bila ada lelaki, di situ adanya wanita. hehe. (tak kira lah yang bermadu tuh. tu aku tak tahulah. jangan tanya aku. ini khas buat yang pasangannya seorang. Madu-madu tak nak tau.. aku pun tak berapa gemar sangat cerita bab madu ini. sebab aku tak nak kalau boleh.. Ok. aku mengaku aku wanita yang dahagakan kasih sayang yang penuh iaitu 100% oleh seorang suami. tak mahu kongsi-kongsi.) *hahahaha.. baru form 5 dah gedik cerita pasal bab suami dan isteri. tak apalah. aku pun belajar bab kahwin dalam pendidikan islam.. so ok apa nak cerita bab kahwin ni.. :P

Panjang kan iklan aku tuh.. haih.. ok teruskan. Tamsilnya, kalau korang hanya melepak dalam rumah. korang tak bekerja. cuma jadi betul-betul mayat hidup. tak buat apa-apa. korang boleh ke jumpa pasangan or jodoh korang? tak kan? so, bila ada usaha korang nak berkawan, nak berkenalan, nak bekerja, nak outing itu ini dan perkara-perkara yang melibatkan perbuatan korang kat luar rumah. Di situlah jodoh korang akan bertemu. Kan dari mata jatuh ke hati.. hahahaha.. Malah, jodoh ini pun sukar dicari. Kadang-kadang memanglah korang dah jumpa seseorang yang sesuai kan. tapi benarkah seseorang itu menjamin dia adalah pasangan korang? Kadang-kadang juga. jodoh itu unik dan sukar digambarkan. malah, cinta pandang pertama pun boleh kalah dengan jodoh tau. heeee. Oleh itu wujudlah usaha korang samaada lelaki dan wanita mencari dan mengusha agar mendapat jodoh yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.. :D

Malah, aku selalu juga dengar orang cakap. Kalau ada jodoh, adalah.. tipulah.. mana mungkin.. setiap manusia ada pasangannya sendiri.. jadi jangan kata macam tu. Berdoa sahaja lah. Kan aku dah kata. cinta sesama manusia ini sukar dicari. Pastikan ada usaha. Kan setiap perkara kalau kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. Pastilah ketemu hasilnya. 

Semua yang kita lakukan kat atas muka bumi ini sebenarnya susahkan? Niat dan usaha itu penting.. ^_^

Jadi aku pun nak berdoa supaya aku mendapat cinta teragung oleh sang pencipta dan cinta sejati dari seorang manusia yang bergelar lelaki. heeee.. ^_^

sweet tak lagu aku kat blog? hehehe.. sebenarnya lagu yang agak sedih kot.. kalau tengok MV sebenar.. aku suka rentak dia jer.. :)




Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...