penampar nak? :D

Assalamualaikum.. yo yo! wassup wassup! hahaha.. rock sikit hari ini. rindu tak kat aku? cakaplah rindu. i miss you too blog.. hahahaha. 


hari ini aku rasa aku nak hadiahkan tapak tangan. siapa yang rela jadi mangsa pertama aku? 
haaaa, macam inilah hasilnya nanti.

eh, sebelum ini aku pernah juga tampar manusia. :P  alaa, tampar-tampar manja gitu. 
Mangsa aku
of course la sahabat aku. heee. Siti Nur Ain dan Nur Syafika. ini 2 manusia kerap kali mendapat hadiah percuma dari aku. sengaja cari pasal. :P Ini kes lain pulak, kalau siapa-siapa nak jadi mangsa untuk mendapat tamparan berkuasa tinggi dari aku. sila pm.. aku rela bagi. tapi kena buat surat hitam putih. sebab kalau berlaku apa-apa aku tak nak tanggung 1 sen pun. heeeeeee

Hari ini baru habis kertas Kimia 1&2. Esok kertas Kimia 3. Jadi, tak perlulah nak stay up sampai pagi. cukuplah sekadar selak muka surat buku rujukan, ingat, dan faham. Simple bukan? (kepala lu.. =.=) tulis memang la simple tahap gaban kan. tapi aku bukanlah genius gila sampai buat step by step macam tadi. aku punya step senang je. tak boleh masuk dalam otak, tak boleh ingat, tak boleh nak faham, tak boleh tengok buku lagi, tidur adalah ubat paling mujarab. sebab tu lah bila exam aku jadi genius gila. dah!, tak payah nak jealousy-jealousy dengan aku lah. :P

Hari ini aku nak tunjukkan muka aku yang tak ada perasaan. =.= *perlu ke? of course la perlu.. wajah memainkan peranan dalam kehidupan seharian tau. penuh dengan penceritaan di sebalik muka yang weird lagi menyampah ini. XD
apahal? tak puas hati? aku sepak kang! heee
Hari ini sekolah aku ada buat spot check mengejut. ok! agak lah terkejutnya sebab aku bawa benda terlarang kan hari ini. hahaha. tapi ok. nevermind. i dont care ler.. i tak care benda yang remeh menemeh ni. Hari ini aku bawa phone. entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku boleh terniat nak bawa hari ini. mungkin sebab hari ini hari rabu, so cikgu Yati (aku tumpang dia) selalu ada mesyuarat hari rabu lepas waktu sekolah. senanglah aku nak telefon sesiapa so boleh pick up aku dari sekolah dan nak bagi tau mak tentang berita pulang ke rumah dengan bas. lepas tu pulak aku ini memang jenis yang tak bawa dompet pergi sekolah. Kiranya, jarang-jarang la aku bawa dompet. sebabnya aku malas. nak kata dompet tu besar. tak ada lah besar mana. nak kata tak ada duit, itu memang penipu besar. so, malas tu lagi diterima ok? Lagi satu, sebab ada soalan spot untuk trial kat phone tu. *eleh, tipu lah kan kalau tak ada soalan spot ketika waktu-waktu kecemasan. :P jadinya, senang lah aku nak tengok balik apa yang aku dapat mesej dari rakan-rakan seperjuangan aku. jadi itulah sebab musabab nya.

Nak dijadikan ceritanya, aku ini pulak letak handphone dalam beg sekolah. padahal boleh je aku letak dalam pocket. tapi itulah. aku tak suka saratkan pocket aku. kan aku dah kata, aku ini memang pemalas. hahaha. aku memang dah ada instinct dah bila aku letak beg sekolah kat luar masa sebelum peperiksaan nak bermula. masa sampai kat pintu bila dah letak beg sekolah tu. aku rasa something. tetiba teringat handphone aku. aku pun buat tak tahu sahaja. aku rasa tak perlu lah nak bawa masuk dalam kelas. biarkan je dalam beg sekolah. then tengah buat kertas kimia 2. 

tetiba datang lah segerombolan penyangak ini. *korang pun faham kan siapa aku maksudkan. Siapa lagi kalau bukan pengawas yang asyik haih.... tak tahu nak kata apa. tapi aku dengan geng-geng aku serta kawan-kawan aku dan satu sekolah especiallynya memang tak berapa suka sangatlah kan dengan pengawas kat sekolah aku ini. mereka ini terlebih bajet macam hebat gila. *gila kuasa lah lebih kurang. mereka rasa macam diri dyeorang tu high gila. pooooootttttttttttttttttt.. sorry ok. aku tak hairan pun dengan pengawas ini. =.= (pengawas, kau orang punya attitude lagi down dari aku. macam aku tak tahu. belakang lain depan lain) attention! hanya untuk pengawas sekolah saya sahaja. jangan terasa bagi sekolah lain. this is RAJA MAHADI PREFECT's only. maybe you are prefect but you are not perfect! my dear..

lots of love for you prefects


Ok.. panjang sangat iklan kat atas tu. bila penyangak ini datang. masa ini waktu exam. mereka minta kebenaran kat cikgu nak check. hoi hoi. aku time ini masih cool lagi lah. hahaha. kemudian penyangak dari kaum lelaki dan perempuan yang high ini sangat!, check lah beg sekolah kat luar kelas. ok! yang aku panasnya sangat-sangat. nak check pun check lah. tak payah nak campak bila dah lepas check tu. letak tempat asal dengan keadaan yang elok boleh tak?! *kan aku dah kata. penyangak sekolah aku ini memang macam langsuir.. =.=

dah la lelaki suka suki check beg perempuan. kau orang ada rasa segan tak kalau lelaki check beg korang? *especially perempuan. tapi kali ini tak ada benda tu dalam beg aku. so aku tak adalah rasa something. tapi kawan-kawan aku yang lain? huuuuuuu. sebab mereka ini check beg yang tak kenal pemilik tau.

masa ini aku risau la juga. risau aku kian berkembang macam orang tiup belon tu. besar dan besar dan terus besar. tunggu belon nak meletup je derrr..!  PPOOOOOOMM!!!! meletup la belon tersebut. haha. aku pun dah OMG!! sentap ngek! Heeeeee. terimalah kenyataan phone dah kena rampas. nak kata aku sedih, aku tak sedih pun. muka aku macam gambar tadilah. kat atas tu. masa merek-mereka ini rampas je la aku risau sikit. tapi bila dah kena rampas macam dunia aku in kembali semula. tapi waktu buat exam tu aku tak berapa fokus la. tapi masih boleh jawab. Kita mestilah tenang. phone tu bukan tak boleh dapat balik. mesti boleh punya. Inilah aku. selalu fikir benda-benda positif. hahaha.. *teeeetttttttttt.. tak ada maknanya.. :P

Lepas habis je exam. ada juga la kawan-kawan aku yang lain kena rampas barang. yang sama kes dengan aku pun ada. Dan aku pun terjumpa lah dengan cikgu Yati. cikgu Yati pun cerita hari ini dia ada mesyuarat. aku pun cerita phone kena rampas. haha. so sebab musabab aku awal-awal cerita tadi, diterima pakai lah kan? nak telefon sesiapa suruh pick up aku, nak bagi tawu mak. :P tapi sad, phone dah tiada lagi. XD jadi aku naik sahaja bas awam. sebab aku malas nak tunggu cikgu habis mesyuarat. pukul 2 lebih baru habis. tadi kelas dah habis pukul 12.30. lamakan nak tunggu? aku prefer bas awam.


Cikgu Yati cakap tadi. dia jumpa la cikgu disiplin. Pn Mahani. cerita punya cerita. yang bawa phone ini dikatakan meniru. handphone kat luar lah. =.='' macam mana nak tiru kalau phone kat luar. macam mana nak mesej? Kiranya aku ini baik lah jugak tak bawa benda terlarang masuk waktu exam. ada yang lain bawa phone dalam kelas. siapa lagi bagus? siapa? hahaha. ok lah. aku tawu korang akan cakap kawan-kawan aku yang bawa masuk phone ini lagi bagus sebab tak kena rampas. :P

Lepas tu, cikgu-cikgu lain tanya cikgu yati. 
"Habis tu , Zafirah menangis tak? " 
Cikgu Yati jawab, " Zafirah nak menangis? tak adanya"

hahaha.. cikgu memahami aku.. LOL!. respect derrr..  aku dah kata ekspresi muka aku statik. tak ada perasaan pun. rampas ke? tak kena rampas ke? sama jer.. bila penyangak tu check je aku risau. lepas tu ok se Ok nya...

Apa-apa pun. cerita dah lepas. tak perlu nak risau sampai mati lah. tak adanya frasa tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah semua tuh. tidur lain, makan lain, mandi lain ok? tidur biar cukup, makan janji kenyang dah ler. buat apa risau sangat? Bagi akulah kan. aku pun pelik juga. kenapa nak risau masa pengawas tu check.? aku rasa itu dugaan yang ALLAH nak kasi. kita manusia perlu bersabar dan redha sahaja. dugaan bila-bila masa pun boleh datang menjenguk. jadi hadapilah dengan tenang kan? 


.:SIMPLE LIFE:.


Aku rasa aku puas hati dengan karangan yang aku tulis kat blog hari ini.. hahahahaha.. terima kasih sudi baca.. bahagia aku dapat buat karangan panjang macam ni.. selalunya cerita tak ada penutup yang berkesan kan? hahaha.. mesti ending entry aku selalu tulis perkataan malas nak taip.. tapi hari ini aku rajin gila.. hahaha

JOM BACA BUKU.. :D






Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...