Yang diingati.. :)


Assalamualaikum..ok. Dah nampak kan gambar dekat atas tu. Gambar lelaki, pegang rotan/kayu or whatever lah, pakai spec.. nampak macam seorang guru kan? aku dah jelaskan perwatakan gambar kat atas tu. Kalau tak faham jugak, maknanya korang tak menghayati keadaan sekeliling sepanjang or seumur hidup korang. *ayat macam kasar je an.. hahaha. tak pe lah.. supaya korang-korang menghayati indahnya erti sebuah kehidupan..



Pengenalan dah settle. #perlu ke? haruslah.. :P Cikgu Intan Faridah, guru bahasa melayu saya cakap. sebuah pengenalan yang baik dapat menarik minat pembaca/ pemeriksa. hehehe.. So, untuk menjadikan karangan aku dengan lebih baik. Dengan menaip di blog ini sudah memadai aku buat latihan karangan.. Ok kan? :D Sambil menyelam tengok ikan. practice makes perfect.. tak gitu? puih puih.. :P

Dah tersasar jauh gila dah ini. Isi aku yang penting berdasarkan gambar dekat atas tu adalah. Seorang Guru. hari ini aku nak ceritakan kisah seorang guru. Guru yang paling-paling aku sayang dan aku akan ingat dia sampai bila-bila. Mari dengar kisah cikgu kesayangan aku ini. *sorry la. nak provide gambar real cikgu aku tu tak ada. :) Dan satu lagi. aku rasa aku pernah tulis gak pasal cikgu aku ini cuma aku selalu buat keratan-keratan pendek jer kat situ. heee. yang ini memang entry khas. sebab ape? ending nanti aku tulis kenapa aku buat entry pasal cikgu aku ini.

Beliau adalah seorang lelaki. Dah macam ayah dah kot buat aku. :D Nama dia Cikgu Zulkifli. Cukuplah sekadar aku tulis namanya. bagi korang dapat mengenali siapakah beliau itu. hehe. Cikgu aku tu ada ciri-ciri kat gambar tu. Tapi lainnya banyak. Aku guna panggilan "cikgu" dan "dia" sahaja lah. ok? Cuma cikgu suka pakai baju yang simple. macam baju cap pagoda , t-shirt biasa #selalunya cikgu pakai t-shirt yang kat depan tulis "she sells seashells at the sea shore". hehe..kain pelikat, seluar slack warna hitam. Detail gila kan.. heee.. bukan ape pun. Dia cikgu tuisyen aku. dia ajar tuisyen pun dekat rumah dia. So itulah pakaian yang dia selalu pakai kalau waktu mengajar waktu tuisyen dan amik anak dia dekat sekolah. Cikgu tu pakai spec. Tapi tak gemuk. Kurus jer cikgu aku tu. Tapi dia pun dah tua dah.

Aku kenal cikgu itu sebabnya cikgu tu mengajar abang aku yang first. Abang aku tu pun anak murid dia jugak. So dari situ aku kenal cikgu tu. Tapi aku lebih mengenali dia bila aku sendiri mula menjadi anak muridnya. Yang aku ingat kisah abang aku dengan dia adalah bila dia telefon rumah lepas tu report kat mak aku yang abang aku ini melencong tempat lain lepas habis kelas tuisyen. hehe.. Kalau diingatkan balik, memang kelakar. :D waktu tu aku kecik lagi, tadika kot. Sebab aku ingat pun aku lah yang tukang angkat telefon waktu tu. kih3 tapi aku tak akan ceritakan kat korang lah. kesian abang aku nanti. malu dia aku tak nak tanggung.. ngeh3..aku cuma nak cakap betapa cikgu tu mengambil berat anak muridnya.. kan? kan?

Aku dapat tengok muka dia waktu tu aku dekat sekolah rendah lagi. masa darjah satu. #sekali jelah. sebab dulu dia mengajar dekat sekolah tu. lepas tu dia berpindah ke tempat lain. Lepas tu aku dah tak pernah tengok dia lagi. Aku start tuisyen dengan dia bila aku darjah 4 bulan 12. sebelum ini aku tuisyen dengan seorang cikgu cina perempuan untuk ajarkan aku bahasa inggeris sahaja. Tapi aku err ntahlah, aku tak berapa minat pun dengan subjek tu. sorry to say. So aku selalu jugak tak datang.. mak aku pun faham rasanya.. hehehe.

Nak dijadikan ceritanya..Suatu hari, tetibe sahaja.. hehe. maybe lah ada tetibenya. sebab masa tu cikgu dengan family dia datang rumah. saja datang rumah ziarah-menziarahi. :D *lebih kepada nak tahu tentang abang aku yang first tu jer rasanya.. Dia pun cakap-cakap dengan mak aku. cerita punya cerita. terselitlah nama aku dalam perbualan tu. ngeh3. mak aku cerita lah begitu begini tentang tempat aku tuisyen dengan cikgu cina tu. kemudian mak aku pun cakap lah. cikgu tolong lah anak saya yang seorang ini. haha. #sebenarnya aku tak ingat pun ape yang mak ngan cikgu aku tu cerita. saja buat ayat. hahah. Lebih kurang camtu lah. aku nak bagi korang faham je. Tapi cikgu tu tak ada lah bagi keputusan drastik cakap ye. dia suka kias-kias macam aku juga.. muahahaha. Aku kan anak murid dia. XD

One fine day.. hehehe. waktu tu malam. tak ingatlah pukul berapa. tapi yang pasti malam. [sekarang ini aku perah otak nak ingatkan kejadian yang menimpa sebelum aku jadi anak murid dia, baik korang hargai jasa baik aku nak cerita yang sedetailnya pasal cikgu aku ini :P ] Family aku datang rumah dia, aku pun tak ingat sebab apa. tak silap dia kot suruh datang or mak&ayah aku nak pergi. Aku macam biasalah menyibuk sekali. macam parasit dengan mak&ayah aku itu. hehe

Cikgu tu pernah tanya aku soalan bm. Dia tanya aku tentang kedudukan "di" bila digabungkan dengan kata kerja dan kata apa-apalah. Aku dengan tak yakinnya jawab dengan jawapan yang sungguh ada kebodohannya. heeee. kata dekat kata jauh. haha. aku mana amik berat sangat. budak kecik kan. siapa kesah dekat ke jauh ke. janji cukup syarat. Tapi apa yang aku hentam ada betul tau. jangan tengok aku begini-begini sahaja. XD Lepas tu nak balik tu dia cakap kat mak aku nanti mula bulan 12 nanti bawak dia(aku) datang sini(rumah dia).  So macam tu lah aku jadi anak murid dia.

Masa start dulu, aku betul-betul takut dengan cikgu. sebab muka dia garang. dan bila dia ajar pun garang jugak. Masa tu aku lah kanak-kanak yang terkontang-kanting tanpa ada orang yang sebaya dengan aku. yang ada kakak yang darjah 5. Nama kakak tu Umi Kalsom dan Nur Shafira. inilah orang yang aku kenal dulu masa mula-mula masuk. Dulu kiteorang belajar dekat luar rumah dia. kat luar rumah dia ada gantung satu whiteboard. pastu kiteorang pakai meja lipat dengan kerusi yang tak ada sandar tu. Tapi sekarang dah maju dah. :P

Aku tak berani nak duduk depan sekali. sebabnya aku cuak dan cuak dan takut. =.= aku selalu suruh kakak 2 orang tu duduk. hehe. bila aku jadi anak murid dia. mulalah aku menghafal sifir. sebelum ini aku hafal jugak masa darjah 1 sebab aku pernah dengar kakak dengan abang aku cerita mak aku dulu paksa dyeorang hafal sifir. tak hafal tak boleh masuk rumah. So, aku ambik pengajaran tu. Tapi waktu aku jadi kanak-kanak dulu mak aku tak marah pun dan tak pernah suruh. Cuma aku jadikan buku sifir tu sebagai buku yang bosan tapi aku hafal jugak kalau aku duduk dekat buaian masa mak aku tengah masak dekat dapur. #waktu tu buaian ada dekat belakang rumah dan bila bukak pintu dari dapur nampaklah buaian yang tak hidup tu. Tapi masa sebelum aku start tuisyen, aku dah buang tabiat tu. :P bila masuk tu lah aku mula balik. sebabnya, bila kelas tuisyen start cikgu akan tanya sifir dan kena jawab dalam masa 3 saat dan tunjuklah tapak tangan yang cantik ini. :P Kalau tak dapat jawab, bersiap sedia je lah dengan rotan dia yang menyengat tu.

Aku pernah kena, dan banyak kali jugak kena. hehe. tapi mula-mula aku masuk tu aku diberi kelonggaran 5 saat. aku kan junior lagi waktu tu. :P tapi seminggu je lah cikgu bagi peluang. =.= lepas tu 3 saat balik. dan ouch! oUch! Ouch!.. ahaha. sakit tau. tapi bila selalu buat macam tu. aku boleh jawab tanpa kena rotan dah. #bangga! hahaha. Cikgu aku ini SuperBoleh.. :P Dia boleh ajar bm,bi,math,sains. Tapi paling dia suka ajar math. :D

Aku yang dari minah yang agak bodoh dalam math ini. masa darjah 4 aku sekali je dapat B lain-lain C kadang-kadang D. hahaha.. Malu aku nak ngaku.. tapi tak apalah.. sebab tu aku nak cerita macam mana perubahan aku ini. Bila aku jadi kanak-kanak yang berumur 11 tahun. Means darjah 5 lah. waktu first ujian bulanan math aku tinggi. Aku dapat 90 ke atas.. haaa.. cakap lah hebat.. hahaha.. gurau jer.. tengok-tengok.. berkat usaha gigih cikgu aku tu mengajar aku sampai terer macam tu. :P Dari D ke A.. first time aku dapat A dengan cemerlangnya. XD

Oleh kerana berkat ilmu cikgu tu mengajar dari asas sampai yang complicated.. Aku seorang yang minatkan pelajaran Math. dan aku suka sampai sekarang. Aku takkan cerita subjek lain kalau aku bercerita tentang cikgu ini. sebab aku sendiri pun tak minat sangat subjek lain selain math. :P Bila aku darjah 6. Kakak-kakak tu dah tak sama sesi dah. maklumlah. dah masuk tingkatan 1. :D aku pulak lah senior untuk darjah 6. Hahah.. Dan waktu tu aku ada ramai kawan yang aku cukup kenal dan rapat. tapi kelas tuisyen tu tetap sikit je pelajar dia. berapa orang je. boleh dikira dengan jari. Dan keadaan yang cuak dan takut untuk berhadapan dengan cikgu aku terjadi pulak kepada kawan-kawan aku.. Tapi aku? aku dah lali dah.. haha.. dah biasakan dengan cikgu tu.. so aku lah yang duduk depan. :P

Aku tuisyen dengan cikgu tu lama. sampai habis PMR. part yang aku suka jadi anak murid dia bila aku menang dalam perdebatan dalam menyelesaikan masalah math.. hahaha. kadang-kadang cikgu tersilap kira. so aku betulkan. time ni aku dah terer mathkan.. ada lah chance nak tunjuk bakat..ngeh3.. tapi kadang-kadang cikgu cakap, "saya saja je buat macam tu, nak bagi kamu faham ke tak" saje je cikgu buat alasan.. Aku cakap lah.. "eleh cikgu, tak nak ngaku pulak..haha".. Kan aku dah cakap aku ngan cikgu, rapat. Kamching.. :D


Adakalanya, aku pernah jugak nangis. bila aku tak faham. :D airmata bertakung.. huhu.. *aku kan anak manja dalam family.. mana pernah kena marah sangat. haha.. so bila kena marah tu aku nak nangis lah..tapi tak adalah sampai bunyi or apa-apa sahaja.. cuma mata yang bertakung dan keadaan yang sedih jer. tapi cikgu pujuk balik waktu dia mengajar.. ye lah kan. tak kan cikgu nak pujuk depan-depan semua pelajar dia sebab aku je kan? Nanti aku tambah malu.. muehehe.. tapi bila korang berada dekat tempat aku tu. korang akan rasa tumpuan cikgu tu berikan dekat kau macam mana. pujuk dia pun dalam perbuatan yang berkias.. Dia mula ajar macam ini macam tu. Sampai aku jadi normal balik dan keyakinan mula terbit.. heeee.. korang hanya boleh rasakan bila jadi aku jer.. :D kawan-kawan aku mana cenggeng macam aku, jadi tak dapat rasa macam mana dia pujuk tu... hanya aku dan dia yang faham.. cewwaaahhh.. hahaha


Aku cerita lagi ek, apa yang aku ingat bila apa yang dia ceritakan tu dan orangnya aku dapat rasakan adalah aku.. Dulu, waktu aku sekolah rendah. aku pergi sekolah agama dan sekolah kebangsaan. sekolah ini sebelah-menyebelah je. boleh seberang sana, seberang sini. so bila aku balik dari sekolah agama waktu petang, aku selalu tunggu makcik yang hantar dan amik aku ini kat depan sekolah kebangsaan. Anak dia pulak waktu tu sekolah kebangsaan balik petang, waktu tu dia nak amik anak dia. so aku ternampak lah cikgu ini tunggu depan sekolah tu. Aku ini penyegan sikit orangnya.. hahah. dan kalau aku jalan, aku selalu tunduk, sambil tangan aku pegang galas beg tu. Dan aku tak selalu lepak depan tu dengan kawan-kawan yang tunggu sekali. Kiteorang suka duduk kat kaki 5.. -________-' Tapi bila cikgu ada aku tak lepak lah dengan kawan-kawan aku. aku selalu duduk tempat lain. sebabnya cikgu tu suka tengok apa aku buat dan apa aku lakukan dengan kawan-kawan aku. satu lagi, aku takut cikgu tu report dengan mak aku kerana aku dulu suka beli keropok dan makanan yang tak berkhasiat tu.heee.. so aku duduk tempat lain dan buatlah apa pun. baca buku ke, berangan ke. janji cikgu tak nampak. :)


So, satu hari ini. bila aku pergi tuisyen. cikgu selalulah bercerita dalam dia mengajar tu. Dan part tu aku rasa aku lah orangnya bila dia bercerita. Dia cakap dan buat tentang perbuatan yang sama aku lakukan bila berjalan lepas balik dari sekolah agama. sebijik gila. dengan cara dia jalan tu, dengan tangan dia yang dia buat macam galas beg. sama macam aku masa dia bercerita waktu mengajar. tapi dia tak sebut aku. Aku tak ingat dia cakap tapi dia puji cara aku berjalan..heeee. :D tersentuh hati aku bila cikgu puji.. hahahahaha... padahal aku jalan tunduk pun sebab aku penyegan dan bukan ada maksud lain pun. Tapi aku jalan tunduk tu tak adalah tunduk sangat. Ala kadar.. janji tak langgar orang. kalau aku makan keropok yang banyak unsur-unsur kimia tu pun dia akan tegur dalam kiasan waktu dia mengajar. dan aku akan faham. sebab terkena batang hidung sendiri. Dari darjah 5 tu aku dah kurang makan keropok-keropok tu semua. makan jugak kalau teringin. tapi sikit je.. :) Sebab tu aku cakap dia cikgu kesayangan. segala aku buat dia perhatikan dan dia tegur bila aku silap.

Aku ingat lagi. Bila aku form 3, mak aku cerita. Mak kak shafira tu kawan mak aku. dia selalu jugak datang rumah aku ini. saja jalan-jalan. mak aku pulak suka belek pokok bunga dia tuh. Mak kak shafira cerita kat mak aku. Dia cakap cikgu zul pernah bagitahu dia yang cikgu ini harapkan aku bila aku PMR nanti dan selebihnya aku tak ingat.. tu 2 tahun kepas.. Itulah yang mak aku ceritakan dekat aku. aku pun tak percaya sangat. tapi aku tersentuh jugak lah bila cikgu harapkan macam tu. terasa macam ayah yang mengharapkan anaknya berjaya.. betul tak? Lepas dapat result PMR tu.. orang yang first aku call adalah cikgu zul.. Lembut je suara dia jawab salam.. bila aku bagitau result PMR aku.. aku dengar dia jawab tahniah tapi dalam nada orang nangis tu.. sedih dalam gembira la.. Kalau dengar korang akan rasa macam berbaloi habis buat yang terbaik untuk insan yang mengharapkan kejayaan. Dengar dia cakap macam tu.. aku pun rasa nak nangis jugak. heee..

Rapatkan aku dengan cikgu tuisyen aku ini.. aku pun tak kesah berapa banyak sekalipun aku ulang bahawa aku rapat dengan cikgu tuisyen aku ini. Yang aku sendiri anggap dia macam ayah kedua aku selain ayah aku yang paling aku sayang iaitu AHMAD FAUZI BIN ALI!. Aku suka ulang..dan ulang.. :D

Ok.. nak habis cerita.. Korang nak tahukan kenapa aku cerita pasal cikgu aku ini secara drastik.. tetibe je kan aku nak menaip pasal seorang guru.. entry khas pulak tu.. sebabnya, semenjak ini. aku selalu mimpi cikgu aku ini.. Lagi pun, tahun ini aku tak berkesempatan nak lawat dia.. Jadi aku buatlah karangan yang panjang ini.. :D Dan aku akan lawat dia nanti.. sebelum aku ambik SPM.. ambik berkat.. hehe Kerana dia  sanggup mengajar aku yang bodoh lagi hina ini dulu... :) Aku nak cakap.. saya sayang cikgu!.. ^_^

Hargailah guru anda.. hehehehehe



Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...