Jejakkan kaki di Cruise Logos Hope

Assalamualaikum.. Toink toink..! Haaa.. sebenarnya aku malas nak update hari ini. sebab aku mengantuk. Aku pun tak tahu mengapa hari ini aku mengantuk gila. Aku rasa sebab salah set timing waktu tidur ataupun antibody aku yang lemah. #eh, wa pantang kalau cerita bab antibody lemah ini! Tapi aku rasa sebab semalam aku menangis kot. itu pasal la secara rawaknya. hehe aku lemah.. tapi tak apa. Nevermind, it wont change anything.. Ini Zafirah. Remaja kental.. puih puih..! :D *puji sikit.. baru ada feel.

ini bukan dekat Malaysia ye kawan-kawan.. ini mr google =.=
Ok, tak payah buang masa sangat. Hari itu, hari apakah? Hari selasa 4/10/2011 aku menjejakkan kaki di cruise. hehehe. Aku sebenarnya pergi pun nak jejakkan kaki. Tapi ada jugak niat nak beli buku. Tetapi, buku dekat situ semua omputih. =.= tapi tak apa. aku suka jugak baca buku omputih ini tapi lebih kepada romance. muahaha. Ingatkan ada la jual buku karya Nicholas Sparks. Tapi satu pun tarak. aiyoyo.. Kalau tak aku dah beli semua koleksi buku dia. Sebabnya buku dekat situ. MURAH YOU KNOW!!.. Kalau aku kata murah, memang murah. Buat apa nak tipu korang ini. Tak ada paedah. Buang karen je nak tipu bohong segala.

ERk, aku rasa ayat karangan aku dekat atas tu macam tak tersusun kan? eh. aku peduli apakah? =.= Apa-apa jelah. Anggaplah perenggan kat atas itu bagai iklan nak menarik korang supaya pergi. hehe. 

Ini kisah sebenarnya... Jeng jeng jeng!! 


Haa.. ini lah gambar kapal cruise. tapi korang hanya boleh lepak dekat dalam ship ini sahaja. Kalau luar ship macam yang aku ambik gambar ini je lah. Ada faham? Tak faham tak apa. Aku heran sangat ker? :p Kapal ini diberi nama LOGOS HOPE. Aku tahu korang pandai lagi bijaksana sebab nama tu dah tertera kat kapal ini. So, aku cuma nak bagi tahu mana lah tahu korang tak terperasan. :P

Sekarang ini kapal ini di"landing"kan. haha. Rosak bahasa melayu. Whateverlah, :P ianya dilandingkan dekat Malaysia. Bertempat di sinilah. Pelabuhan Klang. So mari ramai-ramai datang ke Pelabuhan Klang yang tak ada apa pun. Haha. #realitinya tiada yang menarik. tapi disebabkan adanya kapal ini. Itulah membuatnya tertarik. Tapi kapal ini cuma berada di Malaysia sampai 23 Oktober sahaja. Kalau yang teringin nak kapal macam aku ini yang jakun gila peergilah ke Pelabuhan Klang yer. Tiket masuk murah sahaja. RM1 seorang. murahkan? :D


Sebelum korang jumpa kapal yang besar tu. *besar ke? boleh tahan lah.. besar juga dari aku yang kecik ini.. heeee. Korang akan melalui jambatan yang panjang. Waktu ini time hujan renyai-renyai. Sebab tu lah korang akan nampak gambar ini suram dan sepi. Tapi aku dah adjust sikit kecerian pada gambar ini. :P Adalah jugak perbandingan dari yang asli yang malap tu. Takda NUR.. kih3.. Masa ini korang akan berjalan. berjalan dan berjalan sampailah dekat gambar yang first tadi tu.. oke? Kalau waktu hujan, mereka kasi pinjam itu payunglah. Tapi nanti pulangkan balik. Jangan buat harta tau.. :D

Lepas tu korang masuk dalam kapal ini. Masuk punya masuk korang akan jumpa kaunter. Dekat situ korang boleh bayar tiket. Tak da tiket pun. Bagi duit korang boleh masuk lah. Tapi rasa tak best tak bagi tiket kan? Sebab tak boleh buat kenang-kenangan. :P

Lepas tu, erk.. korang pergi sendiri. Korang tengok.. aku malas nak cerita.. Hahaha.. Ok ok.. Jangan lah panas-panas sangatkan. Aku saje je. Tapi nanti korang rasalah sendiri kejakunan korang tu bila dah naik.. Hahaha. Aku kasi gambar ini pun bukan detail sangat..

Korang tak mungkin nampak aku sebab aku yang tangkap.. =.=

Lepas tu korang akan masuk bookstore. Macam-macam ada. Kat sini tak pakai ringgit. Kat buku tu tertampal macam tanda harga tapi dinamakan Unit. Setiap 100 unit = Rm 8. Korang maybe lah first impression nampak perghhh mahalnye kan.. tapi tak adalah. Aku pun dah kena Fyrah Tertipu. =.= Sebab buku-buku kat situ murah gila. Adanya 150 unit sahaja. Tapi buku tu tebal jugak. siap hardcover lagi tau. Maknanya buku tu cuma berharga Rm12. Murahkan? :P Dekat sini ada buku kanak-kanak, novel, kesihatan, map, macam-macamlah. Memang ada macam-macam. Aku tak tipu.. Tapi novel NICHOLAS SPARKS tak ada beb.. Gua nak panas ini.. =.=

Eh, kalau korang tak percaya, buku ini murah atau tak. Korang check sendiri kat bookstore terfemes kat Malaysia ini harga buku-buku kat sini harga berapa. Kalau korang nak tahu lah. Ini andaian aku je lah. Buku dekat sini kalau korang jumpa dekat bookstore terfemes kat Malaysia ini harga satu buku mungkin korang akan dapat dalam Rm30. Korang beli dekat sini cuma Harga below Rm20. Tak percaya? Aku dah beli  dah. buat per nak tipu-tipu ini. Aku beli 2 buah buku.Tajuk Romeo and Juliet karya William Shakespeare dengan Head In The Clouds karya Karen Witemeyer. Aku lupa nak tangkap gambar. So tak dapat check nak kasi korang-korang tengok bukunya. Tunggu sampai aku khatamkan dulu. Nanti kalau aku terniat nak tangkap aku tangkap lah. Tapi jangan mengharap sangat. Aku kalau dah malas, malaslah jugak. Tapi kalau bagi upah ke. Aku rajin sikit.. HAhahaha.. 

Ok.. lepas tu korang bayarlah buku kalau korang ada beli. Nak beli mestilah bayar kan? Asik percuma jer.. Bankcrupt ler macam ini. Lepas tu, korang akan melalui satu perjalan dan sebuah kisah yang agak panjang tentang seorang budak lelaki. Ini kisah budak yang.. erk.. aku tak ingat la ceritanya.. 2 minggu kot.. siapa nak ingatkan.. Lagipun aku syok tengok gambar kat situ jer.. Hahaha..  Dan kat situ gelap lah jugak.. Bukan sampai korang tak nampak jalan.. Tapi just suasana tu ala-ala romantik sikit cahaya dia.. :P Dan aku pun tangkap gambar bukan pakai camera NOKIN tu..aku pakai camera handphone. Ringan lagi mudah diselenggarakan. cuma flash tak cukup power.. nak campak je handphone tu aku rasa.. haha.. Eh2.. aku sayang phone aku.. wuuuuuu.. Tapi bila nak rosaknya?? hahaha.. #tak tahu NOKIN tu ape? Lu pikirlah sendiri.. Wa dah kata... wa malas... XD Wa nak korang korang ini berfikir sikit. Jangan asyik sangat baca.. Juling karang.. hehe..


Kemudian korang akan lalu cafeteria.. Dan modelnya haruslah aku.. Tuan Tanah punya blogkan? muahahah..Ingat aku boleh bagi chance orang lain masuk dalam blog aku ini.. Korang bayar la pengeras ke.. Boleh lah aku kasi laluan gambar korang melekat dekat sini. Kalau ada gambar korang melekat kat sini dulu punya dulu. Itu tandanya keikhlasan aku yang luhur... Hahahahha.. XD



Kat sini sikit je makanan dia.. Yang pasti tiada pork.. Aku beli COOKIES.. Nampak yang bulat lagi comel lagi cute tu. Walaupun korang rasa masa pegang tu keras. Korang gigit jelah. Rasanya sedap.. :D Bila gigit rasa lembut. Tak adalah selembut kapas. Just nice and crunchy you know. :D Tapi makanan dekat cafeteria ini mahal. Better korang bawak bekal dari rumah je.. Sedap lagi menyelerakan. Kat sini tak banyak pilihan sangat. Air aku tak beli. bagi remaja yang kedekut macam aku ini.. Aku bawak air dari rumah je..=.=
Sebab tu kalau korang lihat dengan jelas gambar modelling aku tu. aku pakai beg sekolah. So senang aku nak simpan apa-apa. Lebih-lebih lagi AIR yang sungguh-sungguh amat diperlukan badan dari dehydrated. Kawan-kawan aku yang beli air tu. Sedap lagi kalau aku yang buat.. muahaha.. angkat bakul.. XD Eh tapikan, betul tau. Abang aku puji aku buat air sodap.. Tengok abang aku menghargai jasa aku. Walaupun aku tahu kenyataan yang sebenarnya dia nak aku buat air. Sebab dia pemalas. =.=


Gambar tak berapa clear.. tapi hayati jelah aku dan kawan-kawan aku.. Nampak tak berapa tinggi nye aku.. hahaha.. terasa tinggi walaupun aku ini rendah jugak sebenarnya.. muahahaha
Sebelah cafeteria tu. Korang akan jumpa yang inilah.. yang macam kat gambar tu. Kat sini korang akan pelajari tentang HIV. Jadi, hayatilah kisah dalam tu oke? Kemudian korang keluarlah dari cruise dan balik. Tak payahlah ada hati nak menginap kat sini.. XD Nanti ikut jelah jalan-jalan yang menuju keluar.senang lagi mudah.. Alah, lagipun cruise ini berbentuk bulatan jer.. takkan sesat.. 

Erk,, hayati jelah.. +.+
 Cerita pasal mamat omputih ini. Aku pun tak perasanlah nama dia siapa.. Kawan-kawan aku cakap muka dia macam Justin Bieber.. =.= ada ke? aku rasa tak ada kan? Jangan sokong kawan-kawan aku. Eventhough kalau korang rasa ada. Sokonglah Tuan punya blog cakap ape.. Oke? Berilah kerjasama sikit.. hehehe..Iklan panjang sungguh.. cerita pasal mamat ini.. mula-mula nak masuk tu. sebelum naik tangga masuk dalam cruise tu. Berjumpalah dengan mamat ini. Tapi bila masa balik mamat ini tukar shift. Kiteorang pun tak tahu dia ini tukar-tukar shift. dimana ataupun kenapa..=.=  Mula-mula sampai tu. Kawan aku ingat nak tangkap gambar lah kononnya kan.. tapi disebabkan dyeorang malu.. So masuk je lah cruise tu dengan tak mengharapkan apa-apa.. haha.. kecewa la kiranya.. Lepas tu.. masa keluar dari cruise tu. ingatkan boleh lah jumpa mamat ini kat tangga.. tapi tak ada pulak.. Kiteorang ingatkan dia dah masuk dalam. Lepas tu masa balik berjalan-jalan kat jambatan. Jumpalah mamat ni..Keterujaan melanda kawan-kawan aku.. Masa time aku bergambar macam dekat atas ini. Kawan aku Si Ain dan Si Miera. boleh pulak cakap.. Alaa pya, jauhnye.. dekat lah sikit.. =.= Aik aku jauh pun salah. Walaupun mamat ini tak paham bahasa melayu. Tapi aku tetap malu.. =.= 

Dan aku memang malu dengan manusia yang bergelar lelaki.. Jangan tanya aku kenapa dan apa-apalah. Aku tak dapat nak berikan jawapan. Masa aku jadi budak pemantun dulu. Eye contactlah paling aku susah gila nak buat.. Masa aku first try tu kan. Sekolah kiteorang ada buat pantun pengenalan. Lepas tu, aku ini pulak waktu pantun pengenalan tu. aku terpaksa tengok mata ke mata dengan si Shahrul.. =.= Dan waktu tu. Kalau suruh berlakon. Aku rasa pengarah pun rasa benggang dengan aku sebab aku rasa nak tergelak je dan kena buat ulang-ulang kali. Maklumlah.. masa buat pantun pengenalan tu. Kena senyum dengan ayunya dan mata bertentang matanya, dengan gayanya lagi.. Puih.. tobatlah weyh.. aku tak akan buat lagi.. kenangan aku waktu jadi pemantun sekolah tahun ini.. Erk.. sungguh seram.. 

Lepas tu.. masa lawan dengan sekolah lain sebelum tunggu giliran nak menjual pantun kat sekolah lain. Saringan pertama tu jumpa dengan sekolah dato hamzah (sekolah lelaki.. benggong =.=) . Aku ini dengan terpaksa dengar kata sifu pantun. Disuruh melihat lawan. Bapaklah.. gementar gila.. Tapi senyum jelah. Siap aku tengok mulut dyeorang yang miming tu kutuk aku.. Dyeorang miming cakap. "Eh, perempuan tu asyik pandang kita siap senyum lagi.. " Eh, jangan dok berangan lah aku sanggup buat macam tu dengan ikhlasnya .. aku terpaksa tau..  Kalau boleh taknak pun.. =.= Ini semua kerana nak menakutkan pihak lawan je. sebab tu aku terpaksa guna eye contact. In realiti aku tak sanggup bertentang mata dengan seorang yang bergelar lelaki.. Sebaliknya aku lebih suka rendahkan wajah aku ataupun aku pandang keadaan sekeliling dari dilihat mata ke mata. Biarlah nak kata apa pun. aku tak boleh.. Kelemahan diri.. :) Tapi tak apalah.. Mungkin lama-lama nanti ok kot.. *harapan yang sukar menjadi realiti.. Mata aku mahal.. toksah lah berangan nak tengok mata aku.. dah.. end of story.. k. Bye.. :D

Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...