Love Series Circuit

Kalau nak tahu, ini nama dia love series circuit. :P

Oh, sayang sungguh coklat-coklat di situ. Kalau aku lah, tak sanggupku melihat coklat-coklat yang enak dimakan lagi enak dinikmati oleh saliva-saliva aku itu dibazirkan hanya untuk photography. Tapi tak apalah. Its conceptual man. Unik dan belum pernah ditemui. Thanks to Deviant Art's photo. Bagi la puji-pujian. keh3..

Aku ini kata je nak stop menaipkan? Hehe, aku tak boleh nak berhenti la. Susah sungguh. Walaupun malas tahap gaban, aku masih rindukan-Mu wahai blog. Kau memang kekasih gelap yang sejati.

Kenapa letak picture atas tu? kenapa?
Sebab hari ini aku tuisyen, belajar fizik. Jadi secara rasminya di blog ini aku memang nak promote tentang fizik yang tak seberapa ini. Walaupun tak seberapa, fizik ini agak susah, agak senang, agak "SuSe". Jadi bagi yang ada impian nak jadi engineer tuh. Tanamlah minat untuk menyukai fizik ya. Aku ini walaupun tak ada keinginan nak jadi engineer. Tapi aku sukakan fizik. Dan yang paling tidak munasabahnya, cita-cita aku berkaitan dengan biologi. Malangnya, aku tak suka subjek biologi ni. Paham tak? tak paham tak apalah. Malas nak terang. Buat-buat paham jelah. =.=

Aku pun tak heran kalian-kalian berkata : "Ek eleh minah ni, kecoh gila!" (kerana nak promote fizik semata-mata)

Aku heran sangat ke dengan ayat korang tu. Podaaa chiii.. Ini blog aku, biarlah nak tulis apa pun. Tuan Tanah Blog yang berhak menggubah, mereka-reka, merosak-rosakkan, menipu, menetapkan yang benar, menetapkan yang salah. Kalian hanya boleh baca. Titik. Hehehe.. Segala pengubahsuaian tidak ada disini melainkan yang Tuan Tanah Blog sendiri yang mahu menukarnya. Jelas? Nyata? Terang? Suci? :P

Lari dari tajukkan. Biarlah, aku pun tak tahu nak tulis apa. Lalala. saja buang masa yang amat terhad untuk SPM. Tapi tak apa. Tengok buku je, tanpa rehat boleh membuatkan aku gila dan bertambah ketidakwarasan. Sekarang pun aku terasa berdenyut-denyut kepala ini. Inilah dinamakan stress.. Korang ada? =.=

Untuk seminggu ini aku pulun gila-gila. Gila pun tak macam aku. T.T Walaupun aku teringin gila nak tidur awal, tapi aku matikan dengan menembak segala rasa mengantuk.  (*korang tak rasa ke aku ni dah kemaruk dengan perkataan gila. XD)

Nanti minggu depan boleh rest menanti Peperiksaan sebenar. Oh yeah! aku memang tak sabar. Serius! Aku nak habiskan secepatnya. Tapi dah cukup ke belajar? :P Insya-Allah. Biarlah Allah menentukan segalanya. Aku dah berusaha dan berdoa. (alim la pulak) hehe.. #betul-betul waras. :D

Jangan persoalkan karangan aku kali ini. Jangan bagi rating pun. Sebab tak nak tahu. #sedar diri karangan kali ini sungguh tunggang terbalik tertonggek semua lah.

Cuma mengharapkan doa dan sokongan dari kalian untuk SPM 2011 yang bakal diduduki oleh Tuan Tanah Blog. Cewaaahh.. Terima kasih! Thank you! Tocei! Nandhri! Arigatok gozaimas! Gomawo! Shukran! dari Tuan Tanah Yang Bijak lagi Bestari. kah3.. Assalamualaikum. May Allah Bless Us (termasuk aku dan korang lah.. 2 in 1..) :P
Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...