Bila celik dikatakan buta...

Assalamualaikum... Apa perasaan anda apabila seorang buta menahan anda secara tiba-tiba dan memberi amaran tentang longkang yang berada di hadapan anda sedangkan longkang itu sebenarnya tidak wujud? Semestinya kita berkata. "eh buta.. mana ada longkang?" Tiba-tiba datang sekumpulan pemuda yang semuanya buta menyokong perbuatan si buta pertama tadi. mereka secara beramai-ramai kata: betul! ada longkang. Dalam sangat longkang tu!

Apakah reaksi kita terhadap situasi sebegini? (sila pilih salah satu dari jawapan di bawah)


a- Adakah anda akan mengangguk dan mengalah dengan si buta dan kawan-kawannya tadi sedangkan anda celik terang benderang?

b- Adakah anda akan memejamkan mata dan berpura-pura buta sambil anda berkata.. oh memang ada longkang

c- Adakah anda akan tetap dengan pendirian anda kerana anda tahu yang di sekeliling anda sememangnya buta dan sekali-kali tidak akan tunduk pada si buta kerana anda yakin anda celik

d- bukan semua di atas. (sila nyatakan dalam komen anda)

Jom kita analisis senario cerita pembukaan posting hari ni..

1- seorang yang buta mata tiba-tiba menahan langkah perjalanan kita dan mengatakan ada longkang di hadapan. Perkara ini tidak menjadi masalah, mungkin benar-benar ada bahaya di hadapan.

2- apabila kita melihat dengan teliti, ternyata tiada longkang dihadapan. adakah kenyataan si buta tadi benar?

3- mata yang celik sudah tentu dapat melihat sesuatu yang wujud dengan jelas dan yakin, sedangkan mata yang buta adalah sebaliknya. sudah tentu kebenaran berada di pihak kita.

4- Adakah kenyataan yang dibuat si buta dikira betul memandangkan ia dipersetujui oleh ramai padahal semua mereka itu adalah buta

Dan kenapa saya memulakan tulisan ini dengan cerita si celik dan si buta di atas beserta dengan analisis singkat?

Sebenarnya, inilah penyakit kronik yang menimpa diri muslim pada hari ini. Sindrom yang amat membimbangkan iaitu sindrom mengikut si buta. Kita tegar untuk mengikut si buta hanya kerana si buta itu menguasai ekonomi dunia. kita sanggup mengikut telunjuk si buta hanya kerana si buta memiliki teknologi peperangan yang canggih. kita bersegera mengikut si buta hanya kerana ideologi-ideologi liberal yang dilihat lebih open-minded. kita bangga mengikut si buta yang gila berfesyen walaupun fesyen tersebut bersalahan dengan syariat.

Hakikatnya, Al-Quran itu cahaya. Sunnah Rasulullah itu cahaya. Syariat yang terdapat di dalamnya juga cahaya. Dan sudah pasti kehidupan kita sebagai seorang muslim itu berlandaskan cahaya. Apabila kita mempunyai cahaya, sudah tentu kita tidak akan tersesat jalan. Masakan sesat jikalau ada cahaya menyinari jalan yang dilalui. Segala tanda arah nampak seterang-terangnya. Mata kita berfungsi dengan baik kerana ada cahaya yang menembusinya.. kan?

Tiba-tiba seorang buta, tanpa tongkat di tangan, berjalan dengan selamba. Dia mendakwa itu dan ini. Katanya siang itu segelap malam. Langit malam tidak dihiasi bintang-bintang. Malah sang matahari juga tidak pernah kelihatan.

lantas, kita tercengang.. Bukankah siang itu terang benderang? Bukankah langit tu indah dihiasi bintang-bintang malam? Malah sang mentari tidak pernah jemu memancar cahaya ke serata alam?

Namun, ada muslim yang membutakan matanya hanya kerana ingin digelar open-minded. lantas dihalalkan apa yang haram hanya kerana si buta yang maju itu melakukan yang haram. Melakukan yang haram itulah kemajuan dan open minded katanya.

Bahkan, ada muslim yang merasakan dirinya out-of-date hanya kerana berpakaian tidak seganas si buta. Lantas, muslim itu menbutakan matanya dengan memakai pakaian ala-ala si buta hanya kerana ingin dilihat up-to-date.

ayuh kawanku... Jangan butakan matamu kerana anda adalah orang yang celik. Jangan gelapkan pandanganmu kerana pandangamu sekarang amat terang benderang. Jangan matikan cahaya yang menerangi jalanmu kerana cahaya mu itu asli bukannya tiruan. Dan hendaknya, janganlah tertipu oleh kenyataan si buta, kerana anda sebenarnya seorang yang celik, bukan seorang yang cacat penglihatan.

Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...