Perempuan.. biasalah..

Assalamualaikum.. weeewww..  
nak kata penat study. tak ada la penat sangat. nak kata rajin sangat study, memang tak rajin la. =.=

tiada kata-kata bakal ku ucap. hanya ilusi gambaran minda.


rasa nak update blog. tapi tak ter update. selalu macam itu. mesti tekan [X]
tapi hari ini. ku gagahkan diri. 

(muka kejam)

kerana aku begitu terlalu dan obses dengan permainan emosi sehingga air mata ini bagai air hujan yang tiada tadahannya. 


Anda nak tahu??


Siapa tak ingin berjaya? Cuba bagi tahu?

Siapa tak nak dapat keputusan bagus?


Semua nak dapat apa yang dikehendaki. Macam itu juga yang berlaku ke atas diriku.

Bohonglah aku katakan aku tak takut SPM. 
Perasaan takut masih wujud dalam diri aku. 
walaupun sedikit.

Hari ini dekat sekolah.. Ada majlis restu ilmu. 
Aku ini masih boleh mempertahankan darjat air mata aku dari gugur ke bumi. huhu..

Malangnya, aku terlalu terlalu touching apabila orang menyentuh tentang perasaan/emosi 

Aku memang tak boleh ler orang tanya face to face tentang perasaan ini.. huuu..
Nanti mesti menangis. =.= 
(lemah sungguh dirimu wahai seorang yang bergelar perempuan/wanita)
lumrah jugak la.. wanita mempunyai 9 nafsu.. ;)

walaupun kalau tengok aku yang sebenarnya. Aku selalu buat muka seposen je.. tak pun muka blurrr jer.. Kurang respon ar kiranya.. kih3.. tapi sebenarnya, aku fikir banyak perkara. Malas la nak cakap banyak. buat-buat macam tak tahu jer walaupun aku tahu. tapi kalau orang tanya.. aku jawablah. itu yang aku tahu dan yakin kebenarannya. =)

(kalau tak tahu tu, jawab tak tahu ajalah.. malas nak berselindung disebalik tirai)

Dan aku sematkan dalam diri kata-kata cikgu berikan dekat majlis restu ilmu.. 

Insya-Allah.. 

Yakin atas apa yang diberikan oleh-NYA..
usaha dan tawakkal..

Good Luck and All the Best for all Form 5 student 2011.





Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...