Dugaan bagi pelajar. :D


Assalamualaikum. Weeeee.. dah seminggu dah exam SPM. fuhhhh.. menakutkan ada. tapi aku dah tak nak ingat. Nak suruh aku rasa? Aku tak nak rasa. Nak suruh aku predict? Aku dapat straight A's weyh.. hahaha.. Siapa suruh aku predict? Aku ni memang suka berangan dapat straight. Eh eh. siapa tak suka? Cuba bagitahu. Meh jumpa dengan aku. Bagi penampau terbaik dari ladang. Bagi kasi goncang-goncang segala kewarasan tu. kih3.

Hari ini disebabkan ada free.. Terasa nak update blog. Walaupun pada hakikatnya, perbuatan nak buat lain, hati seperti ombak yang tidak bisa lagi dipujuk. Kadang-kadang rasa berdebar pun ada. Masalah apakah selepas ini? Sekarang menunjukkan pukul 5 pagi. Tadi tidur awal sangat. Tu yang terbangun awal. Bangun dengan penuh ketenangan. heeee.. maklumlah. arini tak ada exam sampai isnin nanti. Mak selalu tanya, "pya. esok exam ke?" "Mana ada mak, 3 hari cuti.." "Kau ini kalau cuti, laju jer menjawab ye? " "Haruslah.. haha"

TAHUKAH ANDA?
Terseksa jiwa ini woooooo sebab SPM..=.=''

Ok.. based on real topic. weeee.. Cerita ini dah lama dah. sebelum SPM lagi. Kisah ini menceritakan tentang 5 orang sahabat yang .........





masih tak pandai dan sedang bersiap-siaga untuk berperang dan bertempur. Malangnya, tiada satu pun pertumpahan darah. Tetapi, telah menyebabkan askar-askar ini tension menanti keputusan peperangan yang berpihak kepada siapa. :P

Hari itu, hari yang aku pergi Perpustakaan Shah Alam.


Dugaan pergi sini pun dah berlambak seperti ketinggian gunung EVEREST. =.=

Kisahnya bermulaaaa.....
Hari itu, aku bangun awal dah. Malangnya, aku boleh tidur balik. Kih3.. Janji dengan yang lain pukul 10. Lepas tu, Ain pun call. Haha.. terkocoh-kocoh aku nak bersiap. Amik kau.. siapa suruh tidur balik? dah elok2 waktu tu menunjukkan waktu yang perfect. haih.. Bagi goncang sikit otak tu. "gedegang gedegung!"

Itu baru dugaan pertama, lewat bangun. Hahaha.. Dugaan kedua, nak pergi rumah Ain satu hal. walking is my hobby. hahaha.. Aku terpaksa jalan sejauh 700 meter nak dekat 1km tu.. :P Dengan anjing menyalak. Nasib baik tak jumpa anjing yang dilepaskan atau yang tengah merempat tu. fuuuhhhhh! Alhamdulillah.. Anjing menyalak tu je la buat aku kecut perut sikit. Manalah tahu kan kalau-kalau anjing tu terkam aku. Haaa.. rindu korang nanti. Siapa nak bertanggungjawab? :P

Dugaan ketiga, eh bukan aku seorang yang lambat datang tau. hahaha.. Ada lagi yang datang lagi lewat kat umah Ain. Kiranya aku ini tengah-tengah la.. :P Iklan pulak tadi.. dugaan ketiga ialah perjalanan ke perpustakaan. Gambar atas tu adalah gambar perpustakaan Shah Alam yang baharu. Malangnya, tak tahu dekat mana nak carik. Pusing la 3 kali kat area yang sama. Kalau cukup 7 kali aku rasa dah boleh buat tawaf. T.T Akhirnya, sampai juga ke destinasi apabila pertolongan telah diberikan. :P

Dugaan keempat, masa nak masuk PPAS ini. Kena simpan barang dalam locker. 1 locker kena bayar 60 sen kot. Malangnya, duit 20 sen tak cukup. Yang ada 10 sen. Jadi, terpaksa la korek sana korek sini dalam beg. Mana tahu kot-kot ada. Memang ada pun.. hehehe.. Lepas tu, boleh pulak kawan aku ini tak letak satu lagi barang. terpaksa la bukak. dyeorang ingat lepas bukak tu, benda tu masih boleh kunci balik. dah la tengah sesak duit 20 sen tak ada. boleh lagi wat drama kat situ. waktu tu. aku pulak tak dapat la nak nolong. beg dompet dalam locker dah. Aku rasa locker tu pun senak sebab aku ngan kawan-kawan sumbat barang dah macam tin sardin.. kih3 nak jimat duit punya pasal. maklumlah. 10 sen tak nak terima. nak 20 sen jer.memilih.. aku makan jugak besi tu.. :P

Dugaan kelima, nak tahu tak? Kalau pergi situ. Korang seperti berada dalam freezer! Sejuk.. tak cukup oksigen aku nak interprete data dalam kepala. Beku segala. =.='' Rendah gila temperature dalam library tu. Terpaksa la keluar masuk. Nak suruh cair segala ice yang melekat kat badan. *Gila! Hiperbola terlalu tinggi!.. haha (jangan percaya yang ayat ice cair tu.. kih3)

Dekat perpustakaan ini ada macam-macam.BEST!. GIM pun ada. nak exercise tak perlu jadi ahli fitnessfirst dah. Pergi je kat situ, free! Makanan kat sana pun tak mahal tapi yang bukak sikit la. :P 2 kedai je kot. Tapi memang best la library ini. Mantap! Cuma belum complete lagi. Masih banyak yang perlu diupgrade. Maklumlah. baru bukak. Lepas tu, komputer kat situ kan. guna Apple. *batak sikit.. :P

Dugaan keenam, teksi! Aku dan kawan-kawan. ada 5 orang semuanya. Tunggu teksi punya la lama. =.='' Boleh pulak teksi tu amik 4 orang jer. Pak cik ni kan.. aiyakkk.. lebih sorang je kot. >.< Dush dush! Bengang gila.. Aku dengan Syafika pun naik teksi lain. terpaksa la call teksi lain suh amik.. haih..Satu hal lagi dugaan. masa ini kiteorang nak g main bowling. :P


Masa ini ada satu teksi lalu.. Tapi dia jalan nenong je tak tengok kiri.. PAKCIK!!! mata pandang-pandang la... adeh....=.=
Waktu menunggu ini, bukan dugaan berlaku kat kiteorang je tau, ade satu mamat ini. Naik motor. aku pun pelik gak la.. Sebab bunyi motor dy prooott prutt.. macam bunyi kentut pun ada.. Weird gila! Aku tak tipu wey! hahaha.. Rupa-rupanya, motor tu kehabisan minyak.. kih3..dia berhenti tak jauh dari tempat aku dengan sopie tunggu.. Aku dengan sopie gelak aje mase tunggu teksi.. adeh.. sakit perut...

Dugaan ketujuh, masa aku sampai kat PKNS. Nak pergi main bowling la ni.. kih3.. Boleh pulak komputer lane kiteorang tu rosak.. =.='' Silap memanjang mengupdate berita.. Main 2 set. tapi 1 set bagi aku dah cukup memenatkan. sakit la tangan. >.< kali masuk yang ini. baru 2 kali aku main bowling.. huhu..

Dugaan kelapan, kuku aku ada sikit terkoyak.. uwaaa... sakit! >.< bola bowling tu punya pasal la.. haha.. suka jer nak salahkan bola tu.. :P Dah tak reti main nak salahkan lagi..

Kemudian, kami pun pulang ke rumah.. Kalau tak melekat jugak ilmu disebabkan dugaan-dugaan tadi. Tak tahu nak kata apa.. :P

Biology is about life.. dugaan based on life. Ada hubung kait tak tentang subjek yang kiteorang belajar hari tu..?? :P

END STORY...


Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...