Kita ini manusia.. ingatlah..



Assalamualaikum.. Hello Yello! :D Ayat macam sihat, gembira, suka gila gila.. Tetapi, disebalik kata-kata itu, ianya tidak menunjukkan kebenaran yang nyata. Nak dijadikan pengenalannya.. aku ni tengah dalam amik mood dan bahang peperiksaan.. Wei.. tak lama dah, lusa beb. Lusa.. berapa jam je lagi untuk kertas yang first bukan mengenai kokurikulum. sebab ari sabtu aritu, dah buat final paper untuk Kokurikulum (Badan Pertolongan Cemas aka BPC) alhamdulillah.. semua berjalan lancar, tiada trafik yang sesak. dan aku mengharapkan result A+ lagi dan tak nak jumpa Koko dah sem depan.. Cukuplah pertemuan kita sampai sem 3 sahaja. I tak nak jumpa You lagi ok. Kita putus.. putus!! hahaha.

Perlu ke aku buat thesis statement? kih3.. tak yah la.. kita rojakkan sahaja point-point yang aku nak cerita ni..



Kisah ini menceritakan kebenaran yang nyata, lagi real, lagi tak berapa sensasi.. Kerana ini bukanlah fakta, tetapi kebanyakkannya opinion sahaja. Opinion yang sah dari Tuan Blog yang comel lagi perasan ni. :P

Kadang-kadang, hidup kita memang la takkan mendatar je kan. Ada pasangnya, ada surutnya.. ada banjirnya, ada kilatnya, ada pelanginya.. semua ada la.. cukup rasa. tak cukup? korang tambah sendiri. jangan menyampuk.. :D

Kisah ini sebenarnya aku tak suka cerita.. sebab apa? Sebab aku bukanlah manusia yang perfect dan maksum.. Kita juga kadang-kadang nipis imannya.. dan kadang-kadang tebal imannya.. Tapi bila nipis imannya macam aku ni.. Tahap ke"bengang"an ni memuncak.. ibarat tingginya gunung everest.. nasib je gunung everest tu takde gunung berapi.. sebab gunung everest ni gunung tua.. macam aku jugak lah.. marah memang marah.. sedih memang sedih.. tapi tak terluah lavanya.. tak terluah sampai kena tempias dekat orang lain. bersyukurlah satu perkara tu. Kalau aku mengeluarkan lava.. memang jadi padang jarak padang terkukurlah ceritanya.

Satu hari tu, aku nampak quote yang tulis.. ada ketika kita tak boleh baik sangat.. Sebabnya, yang ni korang memang cakap la.. nanti dia pijak kepala.. tu salah satunya.. dan yang ini pula, kalau kita baik, ianya tak membantu diri dorang.. Sebab kerja kita hanya memberi.. Hidup ini kena ada give and take.. kalau take je.. pass away cepat2 la.. semak je ada kat atas tanah.. duduk dalam tanah tu.. boleh jadi aman.. boleh jadi tak aman.. itu fikir sendiri..

Aku ini bukanlah jenis yang tak suka memberi.. memang aku suka.. tapi macam aku cakaplah.. ada give and take.. aku boleh consider.. Kau buat hal.. Aku tak boleh? Sorry la sys and bro.. aku pun ada hati dan perasaan. Aku hidup ni.. bukannya dah mati..

Kadang-kadang aku sedih la jugak, bukannya aku nak berkira.. tapi please.. tak ada rasa malu ke? tak ada ke rasa macam "aku ini amik je.. aku rasa macam nak balas budi dia baliklah.." ado ko pokcik mokcik? bukannya kita minta ada balasan sangat.. sebab aku tau.. Allah Maha Adil.. Aku tau semua tu.. tapi aku manusia.. iman aku boleh berkurang, boleh bertambah..

For your information la untuk yang aku teringin nak tujukan ni.. tapi aku tau kau takkan baca..

kalau la kau bagi tau dekat aku..
"Firah nak?"
aku akan cakap tak nak.. tapi sekurang-kurangnya.. aku tak ada la makan dalam.. sebab kau menghulur jugakkan..

sebab nya aku tak nak:
kalau aku tak tau la sifat kau tu..
- mungkin makanan tu sikit? mestilah aku cakap tak nak.. kesiankan kat dia.. dah sikit tapi masih nak kasi.. baiknya dia.. prihatin.. (impression yang baik aku kasi)
- mungkin makanan tu aku dah pernah rasa, dah pernah makan.. tapi bukan taste aku..
- mungkin jugak aku pun ada makanan yang sama macam tu

kalau aku tau sifat kau tu.. it means.. kau memang tak ikhlas nak kasi dan satu hari kemudian..kau mengungkit kembali.. buat apa aku nak amik lagi.. memang tak laaaa.. =.=

cukuplah sampai situ je point berkenaan kedekut yang sangat melampau.. realiti ni beb.. tolonglah.. ubah perangai tu.. mak saya pesan.. kita ini jangan kedekut, tak baik.. ok anda-anda sekalian.. ubah dari sekarang! tak banyak pun sikit biar berubah, tak cepat pun tak apa.. slow and steady.. dan biar istiqamah..

Seterusnya.. kalau korang rasa korang ni Muslim dan Islam.. Tolonglah.. Jangan tinggal solat.

Ini realiti abang-abang, kakak-kakak sekalian.. aku dulu pun manusia yang hina.. kisah dulu menjadi pengajaran dekat aku.. tapi aku berharap pengajaran tu tak expired.. so aku akan sentiasa muhasabah diri ni..

Aku nak cakap ni.. Korang ingat.. Nak Qada' solat tu senang ke woi!!.. =.= Kalau syaitan tu ada 24 jam kat tepi, asyik bisik bukan2.. ingat senang? dari qada' baik solat terus.. kalau tak nak solat.. mati terus.. tak ada hati aku sakit, tak ada aku nak menangis, tak ada aku rasa bersalah, tak ada aku berdosa mengutuk kau dalam hati..

Ada orang cakap, kejutkan la dia solat kalau dia tidur, ingatkan dia solat kalau dia sedar.. maklumlah manusia ini selalu lupa.. kalau kau tak ingatkan.. kau dapat dosa sekali.. kan kan? kalau tak betul sekalipun.. benda yang baik.. baik ingatkan..

tapi.. kalau kita bagi tau.. dan dia pulak buat "derk" ataupun tak tau atau tak amik kisah.. itu bukan masalah kau lagi.. itu masalah dia dengan Allah..

Tapi ingatlah.. sebagai yang tua tu.. jadikan contoh buat yang muda ni.. melentur buluh tu biar dari rebungnya.. jadi.. ingat-ingatlah wahai manusia.. hidup kita tak lama.. sampai 60 tu dah boleh congak berapa banyak kebaikan.. tapi kalau yang tak sampai 60 tapi dah tarik nyawanya? bila nak kira kebaikan tu? jadi.. buat baik dari sekarang.. takkan menyesal seumur hidup..

Jadi.. Solatlah manusia sebelum kamu disolatkan..

Sepatutnya aku cerita bab solat dulu kan tadi.. tapi tak mengapalah.. apa yang aku sampaikan ini memang apa yang aku nampak depan mata.. secara drastiknya ia tercurah..

yang ni pulak kisah tolong menolong..

Salah ke kita membantu? aku rasa tak haram pun membantu.. lagi dapat pahala ada lah..
AKu tak faham kenapa ek perlu ada sifat macam tu?

bukannya minta belanja pun.. bayar semula kan.. tapi kenapa? kenapa? ya Allah.. rasa nak bakar je..  biar hangus tinggal debu je.. tak yah ada debu pun takpe.. sekurang-kurangnya sisa hidup tu tak ada dalam memori ni..

Aku minta tolong belikan dekat tempat yang sama kau pergi.. why cant you help me? tolong weh.. TOLONG.. bukan paksa.. selalunya orang selalu rasa macam tenang je dengar perkataan tolong.. tapi? manakah sifat itu menghilang? dan kau pulak bawak balik benda yang dekat tempat yang sama.. tapi apa yang aku mintak tolong tadi TAK ADA? sakai tak namanya.. Sakai.. nampak tak bertapa sakitnya hati aku.. bertapa sedihnya hati aku.. kenapa waktu macam ini aku terasa nak menyumpah kau.. kenapa waktu yang sepatutnya aku tambahkan iman, tambahkan ilmu.. tapi kau mengganggu..

Kalau boleh.. aku tak nak pun tengok kau.. apa yang aku dapat? aku dapat dosa sekarang ini..

Sampai sini je la luahan hati.. rasa penat, rasa sedih, rasa pening.. semua rasa yang negatif2 kian menjelma.. macam mana nak tuntut ilmu kalau hati tak bersih?
terima kasihlah buat yang dituju.. You give me pain.. but i'll think that all this things happen to make me stronger..


p/s : sorrylah awak.. post kali ini nak luahkan perasaan.. cerita awk tu saya post lain kali.. hihi.. sorry daun keladi.. nanti kita post lagi..


Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...