Memo-Ry.. Part 1 :D [ Setia City Mall ]

Orang selalu cakap.. Jangan dikenang perkara yang lepas. Kini aku merasakan perkara yang lepas kadang-kadang harus dikenang. Bukan untuk menjadikan diri bertambah lemah.. tapi membangkitkan semangat.
Kini sebuah cerita kenangan terlakar. Untuk dikongsi, untuk dikenang, untuk diwarnakan..

Sebuah kenangan dengan gelaran yang diberi “sahabat”.

Kisah ini tercipta pada cuti semester yang lepas. Aku macam biasa.. Malas nak update awal-awal. :P Perkataan yang sebenar yang merangkumi kesuluruhan cerita adalah ‘malas’.. Hihi


Gathering ini sebenarnya bukan dirancang sangat. Mula-mula ingat nak pergi tempat yang dekat-dekat jer. Macam dekat shopping complex yang paling dekat dengan tempat tinggal kiteorang..  Oleh kerana terdapat rancangan yang paling gila diberikan oleh aku(mastermind).. haha

Apa kata kita pergi Setia City Mall.. Maybe la.. tempat tu bukan jauh sangat dengan tempat kediaman kiteorang. Tapi perjalanan mengambil masa 30 minit macam tu.. Kiranya tak nak la terlebih dekat macam dekat Aeon Bukit Tinggi. Lolololol.. xD










Mula-mula tu. Kiteorang pergi dulu dekat Pacific Coffee Company.. Tempat kerja fadzil dan najwa. Tempat lepak yang agak mahal untuk budak-budak yang tiada pekerjaan yang tetap dan juga merangkap penanam anggur paling berjaya.

Yang paling tak boleh belahnya.. On that day, tak sangka pulak ada 3 orang manusia yang menggunakan warna yang agak sama.. iaitu oren..

Inilah manusianya..

Tak rancang pun sebenarnya.. Nak terjadi.. nak buat macam mana kan.. hihooo..

Waktu ni.. masih menunggu Si Comel Najwa habis waktu kerja dia..

Sampai je dekat Setia City Mall.. Waktu tu pulak terserempak dengan Pn Rohana.. Hihi Semua nak berlaku dengan tiba-tiba. Sebenarnya.. dari awal lagi kisah ni bermula dengan tiba-tiba..



Pn Rohana ini sebenarnya cikgu sekolah aku.. juga cikgu tuisyen aku.. Beliau adalah salah satu cikgu kesayangan kiteorang.. Beliau seorang yang cakap lepas tapi berkias. Kalau terasa padan muka. Heh.. 

Waktu terjumpa tu, kiteorang memang berada dikawasan yang agak ramai orang lalu lalang. Memang buat drama kat situ woii.. Menjerit bagai. Semua orang tengok. Tapi tak malu pun.. Haha..
Part yang bagi aku kelakar..

Ain cakap dekat cikgu..
Boleh pulak jumpa dekat sini.. dekat sentosa tak nak pulak terjumpa..

Cikgu balas.. Sentosa buat apa.. Tak de class jumpa dekat sentosa ni.. Jumpa dekat sini la baru best.. High class you cikgu aku ni..


Memang terserempak banyak kali lepas jumpa cikgu.. asyik jumpa je.. cikgu cakap.. bosan jumpa kamu semua.. haha.. apa la cikgu.. tau la dating ngan hubby sweet.. Memang jeles gila kiteorang dengan husband cikgu.. dah berumur pun sweet lagi. Orang muda pun tak sweet macam tu k.. kenangan waktu dekat tempat tuisyen kembali terlakar.. Seronok sangat..

Lepas tu, kiteorang tak tengok wayang pun kat situ.. Entah la.. Rasa mcam tak nak tengok. So kiterang pun main bowling.. tak termasuk aku.. aku tak main pun.. Cuma bola terakhir jer aku main.. sebab fadzil dah bosan.. haha..



Then, lepas game tu, kiteorang pergi makan.. Nak makan kat mana pun susah nak decide.. apala.. Sekali makan dekat Nandos.. Mastermind aku juga.. :P

Memang havoc lah kat situ.. Dengan perangai semua geng yang menggila.. Nasib baik ada abang tu layan jer kerenah kiteorang.. Haha.. Sorry staff Nandos Setia City Mall semua.. :D




Dalam pukul 8 camtu.. Kiteorang balik.. Tapi hari tu sangat-sangat syok.. Tapi ini baru first episode.. Ada second episod.. Nak baca? Tunggulah.. :P perjalanan ke Key Eyl Chi Chi..  Byeeee~..

Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...