continuity.. :D


Assalamualaikum..  smile is the best cure for any sickness or tiredness that happen to me.. uyoooo.. speaking la pulak.. karang ain baca.. terus dia komen grammar aku banyak salah.. haha.. budak TESL la katakan.. kih3..

Hari ini merupakan hari yang agak tidak memenatkan. Sebab ada 2 kelas je. Tapi gap yang agak panjang. Tapi hari ni jugak la nak basuh baju, nak buat tutorial yang menimbun-nimbun tu. Kiranya bukan banyak rehat pun. Tapi aku je yang buatkan hari hari aku banyak rehat. Sebab aku dah penat. Tau tak kalau aku penat satu ape pun takkan masuk. So aku prefer tidur.



Nak dijadikan cerita. Bila tengok balik pelan pengajian aku bagi semester ni. Sama je banyak jam kredit macam sem lepas iaitu 18 jam kredit.. Tapi rasa sangat-sangat berbeza jadual sem lepas dengan jadual semester ni. Dalam bilik ni dah ade senior sem 6. Dia cakap memang start sem 2.. Korang penat sikit. Bagi aku bukan penat sikit dah.. banyak sangat!! Tak larat. Hari-hari nangis.. dushh.. lemah gila.. tapi dia bagi tau lagi. Semester 3 lagi korang penat. 20 jam kredit. Muka aku dah.. :O nasib baik la bilik ni bebas dari haiwan terbang. Faham-faham je la  ape.. :P

Satu lagi.. seorang lagi classmate aku dah menarik diri dari sini..  so sad.. Semakin berkurang pelajar dalam kelas aku. Dan ini telah membuatkan kelas aku semakin kurang ahlinya. Dulu..ada seorang lelaki sambung belajar dekat SPA amik MA. Seorang lagi perempuan sambung dekat UniKL amik diploma farmasi. Seorang lagi dah tak larat nak amik sains dah. Bagi aku sayang la. Sebab dah masuk 2 sem dah. Dia pun nak isi untuk pengambilan bulan jun nanti. Dan uitm cawangan Chendering, Kuala Terengganu ni dah tak akan ada pengambilan pelajar baru. Boringggg..

Selalunya kalau aku pergi kelas mesti muka aku buat muka toya. Tau muka toya tu ape? Muka bila orang tengok dorang menyampah.. haha.. tak pun muka penat tak cukup tidur. Dah nak wat macam mana. Memang aku penat sangat. Hari ahad even ada 2 kelas tapi malam ada latihan silat. Hari isnin dah memang full dah. Dari pukul 8 sampai 6.20.. malam pulak ada kelas AQ.. hari selasa pun penuh jugak ada 3 kelas dari 8 pagi sampai 6.20 termasuk kokurikulum dan malam tu jugak ada latihan silat.. bagusnya kalau ada orang bagi aku semangat. Perempuan pun takpelah. Bukan la maksudnya aku ni lesbian.. tapi support dari kawan-kawan kan.. terasa la diri ini disayangi lebih.. hik3

Tapi yang bestnya bila ada latihan silat aku suka.. tak rasa la benda tu tak best, tak menyenangkan. Bagi aku benda ni menyeronokkan. Dan bila lagi aku nak bersukan kan. Tu je la aktiviti yang takde la sangat mengeluarkan peluh. Tapi aku aktif. Heee. Maklumlah nak bersukan ni macam tak sebati dalam diri aku ni. Dulu ye.. waktu semester 1 dulu. Aku main basketball. Seronok jugak. Cuma semester ni dah malas. Mungkin sebab ahli dah semakin ramai. Aku ni kan pemalu orangnya.. :P

Semalam masa tengah tunggu makanan dekat cafe. Roomates cerita la..dia suka tengok orang lelaki dan perempuan makan dua dua orang. :P means couple la.. tapi dia cakap dia hanya suka  tengok je. Aku mengiakan.. sebab aku akui jugak.. aku cemburu tapi dalam masa yang sama aku suka..tapi kami merasakan bahawa benda tu hanya boleh dipandang. Sebab ada satu lagi perasaan yang bagitau kau tak boleh buat macam ni..(sebab tak dapat dikesan.. huhu) Untuk menyukai boleh tapi bukan untuk melalui. Sifat malu yang agak banyak kot. (dalam masa yang sama.. bila akan wujudnya first dating ever dalam hidup aku ni :P) nak jugak merasa dating ni macam mana kan.. seronok ke? Ape ke? Heee..

Perkara yang paling menarik sangat-sangat.. (nada perli) bilik aku yang kecik ni.. dah ditambah perabot. 1 katil double decker telah dimuatkan, 1 meja study, 2 buah almari.. padat macam tin sardin. Oh lupa. 1 buah rak. Dah sempit tambah lagi sempit. Sangatlah tidak menyenangkan. Dan katil aku ni boleh diibaratkan sebagai katil Queen.. hehe.. besar u know.. orang lain dapat single.. aku ada queen.. jangan jeles.. :P

Cukuplah sampai sini.. cukup panjang dah.. ^.^ pengalaman untuk beberapa hari telah aku luahkan.. penat sangatlah pendam sorang-sorang.. T.T


Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...