Memo-Ry.. Part 2 :D [ Key EyL Chi Chi ]

mamat mana menyemak sikit kat belakang tu.. =.=
Assalamualaikum.. Hari ini dah masuk 2 haribulan ogos 2013.. rasa macam sekejap je kan.. dan kisah yang aku bakal lakarkan dalam penulisan telah pun berlalu 2 bulan yang lalu.. hoho.. Bukan apa.. tak berkesempatan k.. tak menyempat nak update.. orang busy.. *flip hair* poyonye.. =.=

Meh sini kemon kemon baca.. :D

Gambar disebelah merupakan bukti aku melancong kat situ.. muahaha..  (melancong pun boleh..) Actually.. takde persiapan sangat pun nak pergi sini... agak last minute jugak la keputusan nak pergi sini.. tapi tak seperti g kat setia city tu.. tu mmg last minit.. sangat2.. >.<

kiteorang g sana dengan train.. :) nak naik kereta macam tak syok jer.. sekali sekala kita menggunakan pengangkutan awam.. Save Mother Earth.. :D bertolak dalam pukul 11 pagi gitu.. Waktu tu fadzil masih tak join group ni lagi.. sebab dia still ada class.. :P So we him there at KL Sentral..

Waktu dalam train tu.. takde apa yang menarik selain dari kami yang agak kepoh macam selama hidup ini tak pernah naik train.. mungkin perasaan naik train dengan kawan berlainan dari dengan ahli keluarga.. itu yang macam pom pang dalam train.. :D

Sampai je KLCC..
tak tau nak pergi mana.. ini yang jadi masalah.. Ada yang nak tengok wayang.. ada yang nak pergi Petrosains.. selepas berdebat dekat depan TGV Cinemas.. Akhirnya.. kami pun memutuskan bahawa kami bakal menuju ke Petrosains.. hihi bukan apa.. tengok wayang bila-bila pun boleh.. tapi pergi petrosains sama-sama dengan kengkawan susah..bukan selalu kan.. Last aku pergi petrosains pun waktu darjah 5..

Lepas dah decide tu.. kiteorang g makan.. ya Allah.. memang aku tak suka makan kat food court Suria KLCC ni.. padat gila bila time lunch..macam tin sardin.. sempit nak mampus.. tempat memang full.. =.= dalam pukul 2 camtu baru dapat makan.. sebab orang dah beransur untuk sambung kerja balik.. Lepas makan g solat zohor.. sometimes.. aku rasakan.. surau tu kecik.. macam tak sesuai dengan keadaan yang kebanyakkan orang muslim.. makcik yang jaga dalam surau tu pun garang.. duduk kejap sebab nak tunggu turn duduk depan cermin pakai tudung pun tak boleh.. =.=



waktu ini ada 2 tempat kiteorang pergi.. Sultan of Science and Petrosains.. Macam-macam kiteorang belajar.. cara nak trick orang pun kiteorang belajar jugak. And the best part adalah.. abang-abang dalam tu kebanyakkannya semua hensem.. hahaha.. aku tak sure sama ada dorang abang or sebaya.. but ada seorang tu sebaya kot.. tapi kiteorang tetap panggil dia abang.. sebab tak tau umur dia berapa.. selepas mendengar orang mengumpat tentang abang tu.. baru tau dia sebaya.. :D bila difikirkan balik.. maybe dia part time kot kat situ sebab cuti sem kan..

Selepas berjalan dengan riang rianya dalam tu.. kadang-kadang aku merasakan sebahagian pekerja dekat situ tak mesra alam weh.. =.= aku cuba bayangkan kalau aku adalah budak kecik yang berumur berapa tahun.. tapi staff kat situ tak menceriakan.. tak bercerita.. aku merasakan tempat tu tak best.. Children needs an explanation okey.. budak-budak suka belajar perkara baru.. tapi kalau takde dedahan.. takde penceritaan.. macam mana dorang nak mendapatkan info-info.. Dunia luar nak budak-budak menjadi semakin maju apabila didedahkan dengan sejarah2 ilmuwan.. tapi kalau tiada kefahaman.. boleh ke benda tu terjadi? sendiri fikir..

satu lagi nak protesnya.. staff kat situ suka berkumpul sesama dorang.. kiteorang nak tanya pun rasa bersalah je.. sebab dorang syok sangat bercerita sesama dorang.. aku pun tak faham.. kiteorang nak tanya jugak macam mana benda ni berfungsi, macam mana nak gunakan.. tapi bila tanya.. acuh tak acuh je.. function dorang bekerja sebenarnya apa kat situ? untuk bercakap mengenai hal individu ataupun membantu pelanggan yang memerlukan bantuan dorang?

Aku ingat lagi.. waktu aku kecik dulu.. aku pergi petrosains ni.. staff sangat2 memberikan komitmen.. dorang melayan jer macam mana perangai kiteorang.. nak tengok dorang berkumpul pun sangat susah.. walaupun dah berlalu 8 tahun yang lalu.. aku masih ingat lagi keadaan tu..

Lepas solat asar je.. kiteorang melepak depan tasik.. bergambar.. dan makan pretzel auntie's anne.. sedap bebeyh.. >.< then kami meneruskan lagi perjalanan.. menuju ke Pavillion.. =.='' ini memang keputusan mengejut.. tiba-tiba je nak pergi.. tak terjangka pun.. akhirnya.. dengan rasminya.. kiteorang jadi budak PAVI.. maklumlah bergambar depan pavi.. aku pun tak faham.. apa yang syoknya bergambar depan pavi.. setakat nak posing posing tu.. tempat lain kan banyak lagi.. apalah..

Pastu nak solat maghrib dalam pavi ni.. ya allah.. jalan dia ibarat kau dalam terowong.. dah la sempit.. boleh terkeliru tau mana satu jalan keluar mana satu surau.. Satu lagi.. surau tu kecik sangat2.. kalau jemaah perempuan.. boleh memuatkan dalam 40 je kot.. tak besar mana pun.. besar lagi surau dekat Aeon Bukit Tinggi.. walaupun tak dipandang gah.. surau dia besar k.. =.=

Lepas meronda-ronda dalam pavi.. takde ape pun beli.. barang mahal ekpun.. kalau kaya tu boleh la nak beli.. kita tak kaya pun.. so cuci mata je.. :D tapi food court pavi ni aku respect.. food court dia besar gila.. sampai kerusi kosong tu terlalu banyak..

Akhirnya dalam pkul 9 cmtu.. barulah kami berangkat pulang.. satu hal lagi bila nak tunggu train.. kiteorang jadi minah and mamat merempat kat tepi kaki lima.. sedih gila.. kerusi takde punya pasal.. duduk kat kaki lima dengan selambanya.. orang pandang je.. apa tengok2.. aku bagi kang.. =.=

yang paling tak boleh blanya.. adalah sorang abang ni.. bajet hot, macho, ego cmtu..ulang alik depan tempat kiteorang merempat tu.. sekali entah macam mana entah.. dia nak terjatuh waktu jalan tu.. nak kata jalan tu licin.. rasanya kesat.. hai laa.. tu la bang.. lain kali jalan tu dengan merendah diri.. kan jatuh saham dah tu.. depan-depan kiteorang ni.. malu-malu.. :P dah la duduk dalam train pun dekat2.. tapi menghadap tempat lain.. malu ek nak menghadap kteorang? kih3.. jahat je kan ayat aku..

tapi waktu dalam train nak balik ni.. semua jadi pasif.. sebab penat tahap gaban.. ngantuk macam haremmm jer.. aku menguap lebih dari 10 kali.. dah la dengan sakit kakinya lagi.. sakit-sakit pun nak berjalan lagi.. manusia tak dengan kata.. macam tu la.. ~..~

akhirnya.. sampai rumah dalam pukul 11.. thanks to ain sebab hantar aku dekat rumah dengan selamatnya.. hihi.. :D







Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...