You wish You get!

Assalamualaikum..wink wink.. 
Petang yang sentiasa indah.. Petang yang sentiasa menjanjikan malam.. Petang yang bakal kembali datang..

Actually petang adalah waktu yang paling malas bagi aku.. tapi bila dah masuk U ni.. petang adalah masa yang kadang-kadang aku berehat dan kadang-kadang aku belajar.. Orang kata tak elok dok belajar waktu petang.. tapi nak buat macam mana.. Time is limited edition.. Only that seconds you can make a memory from it.. 


Minggu ini aku akan cabar diri aku.. Ohh.. tapi aku rasa ini bukan kemahuanku.. Hmmm..
Hari ahad, esoklah kiranya.. adalah hari preparation sebelum hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis yang sememangnya telah di"booked" dengan kuiz dan test.. Rasa macam nak menangis.. Tapi tak mengapa.. like i said before.. I'll challenge myself.. Seperti yang sedia maklum.. “Allah tidak akan membebani  seorang anak manusia di luar batas kemampuannya.” [Q.S. Al Baqarah: 286]. I can do it.. and it's possible.. 

Lagipun.. aku rasa ada hikmah kenapa hari-hari yang sekarang aku lalui ini ada banyak ujian.. Mungkin ujian yang sebelum ini aku terlalu membebankan fikiran, lantas diganti dengan ujian-ujian lain agar aku mampu melupakan dan mampu bangkit dari kekecawaan.. Siapa tahu kan? :D

Aku rasa macam nak berkongsi satu cerita ini.. Mungkin bagi orang lain cerita ini tak menarik.. tapi nak cerita jugak.. :P

Aku ini nak dikatakan baik.. Oh sangatlah tak setuju dengan statement tu.. Tapi aku nak jugak la jadi insan yang baikkan.. kih3.. siapa tak nak jadi baik woiii.. 

One day, dalam sejarah la aku duduk U ni aku g kuliah subuh.. tepuk tangan sikit.. kih3.. selalunya,, ya ampun.. malas dia kemain lagi.. menebal kau tau.. setebal debu di rumah tiada penghuni bertahun-tahun tidak dibersihkan.. nak dijadikan kisah.. aku pun teringin la nak join dua kaki ni.. lagipun Leha dengan Fieda ajak jugak.. then aku cakap dekat dorg.. aku sentiasa boleh bangun pukul 6.10.. dorang nak pergi sana pulak dalam pukul 5.45.. azan subuh belum lagi.. haha.. selepas dicongak segala.. pukul 6 jugak.. kih3.. tapi tu pun aku cakap kat dorang.. tengoklah dulu macam mana.. sebab takut dorg dah solat aku baru datang..

then malam sebelum tidur tu.. aku pun niat.. Ya Allah.. kejutkan aku bangun awal, esok nak pergi kuliah subuh ni... Alarm dah set dah ni.. 5.45am.. Ok.. lepas baca segala surah,doa rutin harian dan zikir yang sememangnya mampu buat aku terus tidur.. the best part is that.. Yeah.. im wake up at 4.30am!!! to early than im expected.. sebenarnya aku nak sambung lagi tidur.. tapi tau kenapa aku tak leh tidur? Aku rasa terlalu banyak nyamuk yang hinggap muka dan telinga dan tangan dan kaki.. Sampai aku rasa rimas.. Lepas tu aku bangun terus.. 

Kemudian aku fikir, kalaulah nyamuk tu tak kacau aku, tak ganggu tidur aku.. aku mesti pergi surau lambat.. At that moment, aku bersyukur sebab Allah dengar doa aku sebelum tidur.. Alhamdulillah.. Lalu aku mendapat kekuatan untuk mandi dulu sebelum pergi surau.. bayangkan lah.. air waktu pagi macam mana feeling dia kan.. tapi aku tak rasa sejuk mana pun air tu.. but its really refreshing.. lepas tu aku pun pergilah surau demi kuliah Subuh.. demi DIA.. =)

Tu jer aku nak cerita.. hihi.. 

Pengajaran: Dengan doa yang simple macam tu pun Allah dengar.. Yang sememangnya diminta dari hamba dia yang hina.. Jadi sebagai umat Islam.. Kita kena banyakkan berdoa.. sesungguhnya Dia sentiasa mendengar luahan setiap hambanya.. Sebab DIA sentiasa berada dekat dengan kita.. 








Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...