pilihan hati.. :)


Alkisah terbutlah kisah.. Dari kerisauan kepada ketenangan.. Dari tidak memilih jadi ingin memilih.. =)

Dari masa ke semasa acap kali aku terpaksa berfikir.. acap kali itu juga aku terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Macam mana nanti keadaan aku, macam mana nanti keputusan aku, macam mana nanti kerjaya yang akan aku lalui, macam mana nanti kehidupan aku. Semua itu bermain difikiranku tanpa henti ketika aku sentiasa berada dalam keadaan sedar.

Pada awalnya, aku rasakan matrikulasi itu bersesuaian dengan jiwa aku.. Tapi bila aku cari petunjuk darinya, aku dapat lihat.. Kadang-kadang tak semua yang kita idamkan itu bawa kepada jalan kebahagiaan yang patut dilalui. Dan hasilnya aku memilih Diploma Sains yang sebenarnya merupakan syllabus yang sama dengan matrik tetapi tahun pengajiaannya agak lama. tapi biasalah.. pejam celik pejam celik.. masa itu ibarat jam pasir.. sekejap tapi lumayan ilmunya..



Bila difikir semula.. aku dapat lihat bila aku memilih matrikulasi. Yang pada mulanya aku rasa sesuai.. tapi aku rasakan hati aku was-was memilihnya, hatiku curiga untuk meletakkan kepercayaan.. Malah dari semasa ke semasa. Fikiran aku dicantas dengan Diploma Sains.. Bayangkanlah andai kalian menjadi aku, dari semasa berita tentang matrikulasi menjadi bebanan. Malah ditambah pula berita tentang kemasukan pelajar india ke matrikulasi sebanyak 1000 orang pada tahun ini secara tiba-tiba. Malah persaingan akan bertambah sengit untuk aku lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi nanti.

Lagipun, aku tahu aku bukanlah pintar seperti kalian. Kadang-kadang pembatasan itu ada limitnya. Lagipun aku tersedar, aku pernah katakan dahulu, aku suka belajar tetapi aku bencikan exam. Dari situ aku fikir, kalau aku memilih matrik mungkin aku akan tekanan dalam exam sebab secara automatiknya dari dulu aku letakkan mind set yang aku tak suka akan peperiksaan. Jadi aku memilih diploma kerana dari diploma aku dapat mencari segala ilmu dengan lebih mendalam. Kerana diri aku sendiri mengatakan aku suka belajar, aku suka dapat ilmu baru, aku suka akan ilmu.. walaupun memang pada dasarnya setiap yang kita pelajari pasti akan ada peperiksaan. Lantas aku berfikir juga. jika aku mengambil matrik(PST) aku akan belajar subtopicnya tidak seperti (PDT) yang pelajar matriknya akan belajar dengan lebih mendalam setiap topik yang dipelajari.

Jadi aku memilih diploma sains yang umumnya aku katakan.. syllabusnya sama dengan matrik tetapi tahun pengajian yang agak lama. Tapi tak mengapa, Islam sendiri menggalakkan umatnya mencari ilmu biarlah sampai ke negeri China. Malah faktor usia atau tahun itu tidak pernah menjadi masalah dalam Islam. Ya.. indahnya Islam. Tidak pernah mengutuk benda yang baik. Hanya mengkeji perbuatan yang hina.

Kepada bakal pelajar Kolej Matrikulasi Melaka.. Buat yang baik.. semoga berjaya and all the best. Aku takkan menjadi pelajar matrikulasi.. tetapi aku akan menjadi pelajar UiTM Kuala Terengganu(Chendering)


Aku yakin dengan kehendak-Nya jika ini yang paling terbaik buat aku. Allah knows the best!! :D
Saya sayang Anda :D

4 comments:

  1. salam,,thanks for the sharing,,im in the same shoes actually,,hehe
    umo dah 20 tp bru nk apply coz ada some prob,,btw jika x mnyusahkn..awk ada x note2 yg bole di-revise dulu before msuk dis uitm? cuaks gak,,hehe,, tqvm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.. welcome.. :D
      tak sure ade lagi ke tak notes waktu sem 1 dgn sem 2..sem 3 je yg ade skrg ni.. kena godek2 lagi backup file.. hihi.. btw.. fyi..semester yg baru ni silibus dah lain sbb dip sains dah jadi 5 sem.. so lain sikit silibus dari kteorg..

      Delete
  2. assalamualaikum :) saya lepasan SPM . saya nk bertanya, diploma in science ni akan mengutamakan students yg score A ke dlm biologi ? saya dpt C+ dlm biologi, phys & chemist B jadi cerah tak peluang untuk diterima dlm course ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam.. tak.. insya-Allah cerah.. how about other subject? semua A ke? =) sbb mcm result akak ni.. bio n chm C+.. phy B+.. yg lain A campur2..

      Delete




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...