Satu Puisi.. =)





Satu hari kau ucapkan..
Kau berani berjumpa dengan orang tuaku..
Sedari itu..
Bunga kian berkembang..
Hinggakan tiada rasa jemu untuk layu..
Lalu..
Pertemuan bermula..

Menjadikan aku insan istimewa..
Sebab dikau yang pertama..
Walaupun sebelum ini aku merasakan kegembiraan..
Tapi acap kali diakhiri dengan tangisan..
Lalu aku menjadi pohon yang berduri..
Agar dapat terus bangkit dan berdiri..
Kehadiranmu membuatkan aku ditiup bayu sepoi-sepoi bahasa..
Menjadikan aku terbuai seketika..
Kata-kata yang kau selalu ucapkan..
Selalu aku sematkan..
Meskipun terkadang terlepas pandangan..
Kau tak pernah jemu..
Kerana..
Selagi boleh kau akan turuti dan penuhi..
Lantas aku mengharapkan..
Biarlah bunga ini subur..
Kau siramkan air dan kau taburkan baja..
Agar aku dapat sentiasa menjadikan harimu indah dihiasi bunga..
Serta mengharumkan dirimu..
Andai nanti..
Satu keadaan yang tidak enak untuk dihidu..
Mampu aku hapuskan dari kotak memorimu..



Salam sayang,
Cik Bunga.
Tuan Tanah Blog.
20 April 2014

Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...