Biar mereka tahu.. Aku bukan bisu..

Assalamualaikum semuaa.. ecehh.. macam ramah je.. macam happy jer.. macam tipu jer.. macam tak boleh percaya jer.. hahaha.. Maksud aku dekat sini.. takdelah semuakan yang baca.. aku tau yang baca ini pun manusia sorg je.. yg ada dua mata.. satu hidung.. satu mulut.. dua pipi comel.. satu muka.. :P saje je nak berbasa basi di awal penulisan.. ecehh.. bukan apa.. orang kata.. intro ini penting untuk first impression.. so menjadi tak intro aku nak bagi korang melanjutkan lagi pembacaan? haha.. kalau tak baca sampai habis.. siap kau.. block nanti.. ekeke.. ok.. ugutan tu tipu jer.. jangan percaya..


Well.. nak tanya rindu tak? alaaa.. cer komen siked kat bawah tu.. rindu.. bukan susah.. nak tau jer perasaan korang bila aku diam membisu tanpa bicara, tanpa kata-kata, tanpa berita.. bila korang cakap rindu.. aku rasa semangat sikit nak tulis.. rasa macam dihargai.. tak rasa camtu ke? ok takpe.. its okey..=.=

setelah beberapa bulan la kan aku diam.. diam.. dan terus diam..
bukan tak buka blog ni.. bukak jer. tapi tak rasa nak menaip.. niat tu ada.. malas tu pun ada.. orang cakap.. kalau kau takde usaha nak buat sesuatu benda.. dengan hanya niat je.. tak jadi beb.. cerita bab niat, usaha, benda dan kerja.. apa kau ingat tu keywords nak taruk untuk abstract? hahaha.. tunggu nanti habis karangan aku letak keywords.. ecehhh.. mentang2 belajar buat report.. kenalah apply sikit.. barulah nampak macam terpelajar.. terpelajar ke? teettt.. tuttt.. tooootttt.. tapi sikit tu ada jugak kan? at least kita practice to make it perfect.. walaupun aku rasa karangan aku ni tak perfect mana.. sama jugak dengan report yang aku buat.. takkan dan tak mungkin perfect..

Ya Allah.. panjang pulak iklan.. cerita pasal keywords je.. dah meleret-leret.. tapi agaknya kalau aku boleh la buat ayat yang meleret ini tapi kalau sampai kepada pemahaman si pembaca untuk report bio.. jangan kata 50 page.. berpage-page aku boleh kasi.. hahaha.. belagak.. tolonglahh.. (maaf diatas kepoyoan diri ini) bukannya apa.. aku nak meluah.. so ikut aku la nak tulis apa..hik3.. dah memang perangai macam ni.. redhaaa.. nak ubah pun dah susah.. sebab orang cakap lagi.. melentur buluh tu biar dari rebungnya.. aku bukanlah buluh, manusia ok.. manusia.. :D tapi umpamanya.. lagipun dewasa dewasa camni.. kalau nak buang perangai yang dah sebati.. susah kan.. ok iklan lagi..

ok ni real story.. jom masuk ke alam penceritaan yang sebenarnya setelah kita telah melayari badai-badai iklan yang membawa ke pulau-pulau khayalan dan nukilan kosong semata..

Alkisah.. tersebutlah kisah..diri aku dan aku dan aku.. aku tak nak kaitkan kisah mula-mula dengan orang lain.. sebab aku kena salahkan diri aku dulu.. orang kata dan berkata lagi.. cermin diri dulu sebelum menilai orang.. sekarang aku nak mencerminkan diri aku.. biar korang paham perangai aku.. aku yang hanya seorang insan yang kadang-kadang suka berangan, berkhayal, berpura-pura kuat study tetapi kuat tido.. ekekeke..ok cuttt.... serius serius..

walaubagaimanapun.. aku bukanlah seorang yang kuat semangat bila orang disekeliling tak memberikan sokongan moral yang padu.. sebab tu setiap pekerjaan yang aku lakukan.. walaupun ye lah.. sebagai manusia.. niat semua pekerjaan kita tu mesti diniatkan kerana Allah Taala.. kan? tapi orang lain pun kenalah bagi support.. ini lumrah.. cubalah kau hidup seorang terkontang kanting.. kau suka? tak kan? even kau ada ilmu.. ada harta.. ada semua.. tapi tak ada orang bagi semangat dan support.. kau pun layu kan..kau pun rasa macam nak mati je even kau sayang nyawa kau.. tapi nak buat macam mana.. lonely.. semua pekerjaan pun susah nak buat..


Itulah yang aku nak sampaikan.. Aku tak kisah kau tak ada ilmu.. sebab aku pun tak ada ilmu.. Ilmu Allah tu luas.. kalau laut tu dakwat..masih tak cukup lagi nak tulis ilmu yang Allah berikan dekat kita.. sampai kita masih tercari-cari lagi ilmu.. dekat mana lagi ilmu.. setiap hari.. setiap masa.. ilmu itu wujud.. cuma cara nak dapatkan jer kau takkan tahu.. betul? melainkan kau ada effort.. Sebab tu usaha itu tangga kejayaan.. Buat macam mana.. tegur macam mana.. nasihat macam mana.. tapi kalau kau degil, keras kepala, ikut suka hati kau.. macam mana ilmu nak sampai.. sedangkan kita dituntut untuk menuntut ilmu dan jangan malu bertanya..


Yes.. in the same time.. aku tahu aku pun ada sifat malu bertanya.. dan aku tahu.. aku rugi.. aku tersangat rugi.. tapi aku cuba gantikan kerugian aku dengan alternatif lain.. kadang-kadang aku mengharapkan orang lain sama seperti aku.. tapi aku tau.. itu takkan mungkin terjadi.. dan aku tau jugak.. kalau ada orang yang perangai dia sama dengan aku.. aku mungkin tak suka dia.. sebab apa? aku rasa dia duplicate aku.. tak ada identiti sendiri.. even kau ada kembar.. muka sama semua.. tapi perangai.. tak sama kan? mesti ada salah satu yang berbeza.. sedangkan cap jari ibu untuk semua manusia berbeza.. hebat ciptaan Allah.. SubhanaAllah.. thats why.. aku hanya perlukan orang yang dapat menjadi backup aku ketika aku jatuh.. yang mampu berdirikan aku.. sebab untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang besar.. kita perlukan banyak tangan, banyak tenaga, banyak idea untuk jadikan benda tu berjaya.. sedangkan pada zaman Rasulullah sendiri.. nabi menggalakan kita bermusyawarah.. dapatkan kata sepakat.. untuk apa? untuk memudahkan pekerjaan..

Sebab tulah.. korang semua.. nasihat untuk diri aku dan korang juga.. setiap yang kita lakukan.. Niatlah kerana Allah.. Tapi seiring dengan usaha..

Aku bukanlah insan yang sempurna dan maksum.. jadi aku sendiri melakukan kesilapan.. terlanjur kata.. tersasul bicara.. kenapa? sebab kesabaran aku dah sampai tahap limit sampai aku boleh menghamburkan kata-kata.. selagi aku boleh bersabar.. kau takkan dengar dari mulut aku cerita tu..

Jangan hanya bermadah kata,
Janji manis penuh khayalan,
Andai tiada usaha berkata,
"Doa ku titipkan usaha ku berikan".

Akhir kata la.. sebab pantun tu aku tujukan untuk orang yang aku rasa nak tujukan.. tapi dia takkan baca.. sebab dia tak tahu pun kan blog aku ni.. so.. ambillah pantun aku tu untuk manfaat korang.. bukan apa.. kadang-kadang kita penat bersabar.. kita penat ikhlas, kita penat usaha.. walaupun kita tahu apa yang kita buat tu.. even dibalas uruk oleh manusia.. Allah tetap balas dengan kebaikan..

Keywordsniat, usaha, doa, kerja  hahahaha.. xD
Saya sayang Anda :D

5 comments:

  1. saya faham awak..Be Strong!!! :)

    ReplyDelete
  2. Haii.. Cakkk..
    teman nak follow sini tapi x jumpa butang follow.. =(
    jemput follow me back yea..
    leh kita saling kunjung-mengunjung nanti.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    kalau minat kucen boleh gak follow blog
    kedua teman ni yea..

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Owh sangat sedih posting awak yang ini. sobs
    *ambil tisu*

    ReplyDelete
  4. Ala jangan mood sayu je..huhu. Happy-happy pliss!

    ReplyDelete




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...