Random.. Cerita suka-suki. Antara yang hidup sahaja

Assalamualaikum.. :P dah lama tak kotorkan blog.. Rasa macam nak conteng-conteng post baru.. Ihiks.. Bukan apa. Dah kurang la interest untuk meng"online". Fakta! Ini telah terjadi di facebook dan twiiter. Berhabuks sudah adik beradik sosial tu. Biarkan je berhabuk. Malas aku nak bukak. Terasa membazir banyak masa yang amat disana. Ohh.. mcm selama ini tak pernah sedar kan. =.= Padahal dah lama dah sedar adik bradik tu banyak melekakan aku. Tapi, aku suka dengar bisikan rindu dari setan. Dia asyik suruh aku online je. Aku pun dengan iman yang agak lemah dan goyah ini pun terpikat. Jatuh hati terus.. Gedebuks!


Kali ini aku akan cerita suka hati aku. Tajuk random. Aku nak cerita macam-macam. Biarlah orang kata serabut bagai kan. Ada aku kesah? Blog aku.. kalau blog korang nak kemas sangat. Buat je la ikut hati korang. Tak amik port la.. puih puih puih.. :P

Firstly.. apa aku nak cerita.. erk..Kisah cinta? Manada kisah cinta. Tak payah, tak payah.. tolak tepi tajuk ini. Aku rimas.. rimaasssss.. Shuh shuh shuuuuhhhh love story. Tak nak tahu apa apa pun. Kisah cinta biarkan ia jadi private. Lagipun, bukan buah hati aku baca pun kan.. :p So tak yah la aku nak kecoh sangat cerita pasal love story. Biarkan ia jadi sunyi. Tapi amaran! Aku sudah berpunya. =.= (aku rasa ramai orang tak tahu aku dah berpunya, sekarang dengan rasminya aku tulis dekat sini.) I'm not available derrr.. Jadi toksah la nak ngorat-ngorat. Buatlah ayat semanis kurma pun. Tak lut. Tapi aku tetap akan berkawan dengan sesiapa pun. =) Nak chat, nak komen, nak berborak. silakan.. Aku ok jer. Layannnnn~ Tapi tak ada yang isitimewa pun. As a friend. :D

Seterusnya.. Apalagi.. apalagi.. kisah sedih..

Kisah ini maybe akan panjang sikit kot. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa. Tapi aku nak bagi tahu jugak. Yang.. yang... Aku rasa aku ini dah.. Dah di alam jiwa luka! >.<
Pada hari sebelumnya, hari ini dan mungkin akan datang. Jalan cerita yang aku alami bakal dilimpahi dan dihujani dengan air mata yang menitis secara tiba-tiba. Dan aku pun tak tahu kenapa. Kadang-kadang, aku teresak-esak sendiri. Dan kemudian.. aku berfikir. mengapakah aku menangis? Sebab apa?

Aku rasa macam aku dah.. tak waras.. Asyik menangis je.. Sebab tu la kot.. Orang asyik dok cakap mata aku macam menangis. Tapi aku mana ada tangkap gambar waktu menangis. =.= Kesedihan itu biarkan aku sendiri yang melihatnya. Ye.. aku tahu. manada orang cakap muka orang menangis cantik kan? Kalau cantik pun orang akan cakap. Eh.. awak lagi cantik la kalau marah.. Toink!!! Betul kan? hahaha.. Ayat lelaki nak pikat perempuan. Dekat dalam tv selalu ada. dekat realiti pun ado. kih3.  So, jangan la nak komen kat gambar aku tu. mata macam menangis. Aku tak menangis derr.. Tidak sama sekali di depan kamera yang akan menghasilkan gambar menangis.. Be clear of that.

Kadang-kadang, aku terfikir jugak. Adakah kerana bulan march ini merupakan bulan kepiluan bagi aku. Sebabnya. Tahun lepas pun telah terjadi kisah duka dan luka di bulan March. Macam karma la pulak. =.= Kalau karma terjadi sekalipun. aku tunggu bulan April.. ngeh3.. Bulan Kelahiran Saya. Lagi berapa hari je derr.. ngeh3..

Tapi aku akan jadikan pengakhiran bulan march merupakan hari-hari yang teristimewa yang aku takkan jumpa pada bulan-bulan yang lain dan pada tahun lain meskipun bulan march tahun ini penuh dengan stress, kesedihan, debaran.. Kiranya semua yang boleh membuatkan aku tak senang duduk. Tapi orang selalu kata, pelangi takkan muncul jika tiada hujan. Jadi pengakhiran bulan ini yang mana permulaannya merupakan hujan akan bertukar menjadi pelangi. Macam power rangers la pulak bertukar-tukar ni kan? :P Otak kartun. Macam tu ler.. :p


Sekarang ini nak cerita pasal SPM.. sikit je la aku nak cerita kan. Sebab aku sendiri pun tak berapa berkenan dengan tajuk ini. Kan aku dah cakap dekat korang. Memang aku tak jangka pun 22 march ini keluar. :P (bajet prediction hebat.. wakaka) SPM keluar 21 march derr.. 21!.. Tapi keesokkannya tetap hari jadi ayah aku. Oh.. terima kasih kementerian. =.= Tapi bila aku kira congak tambah darab bahagi ni kan.. aku baru sedar.. lagi berapa hari jer. Oh.. aku memang pelupa, lagi-lagi nak kira countdown pasal ini. Sebab aku memang tak suka pun. Tiup ke tepi.. fuhh fuhhhhhh~  End of this topic. aku berdebar pulak. :P

Aku rasa dah panjang dah karangan aku ini. Sebab aku rasa jari-jari aku yang runcing ini terasa lenguh.. wakaka.. perasan habis... XD
Dahhh.. dahhh.. nak tengok cerita. Sorry to adik-bradik sosial(facebook dan twitter). Aku tak berminat nak bukak korang. Blog jugak yang best. Sebab dia tak sosial. kih3.. xD Pertanyaan anda kalau tak dilayan disana. anggap sahaja tuan rumah tak bukak pintu lagi. Bila dah rasa nak bukak pintu tu. nanti tuan rumah balas yer..

Cerita ini tiada kaitan antara yang telah mati.. Hanya yang hidup sahaja. Sekiannn..Heeee.. Wassalam..
Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...