Hikmah Dan Redha..

Assalamualaikum. Hari yang sejuk dan dingin yang berselang dengan rintihan hujan rahmat. Yang kadang kala adanya membuatkan tumbuhan merasa bahagia. Adakalanya juga, adanya bisa membuatkan kemusnahan oleh banjir. Tapi kadang-kadang kita tak sedar bahawa setiap titisan hujan yang jatuh ke bumi itu. Merupakan rahmat. Mungkin rahmat tersebut bukan pada masa tersebut. Mungkin dibalas pada masa akan datang. Siapa yang tahu? Trust Him! =)

Ada la sebuah kisah.. ecehh.. kisah la sangat kan.. Kadang-kadang kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita.. kita jadi suka sangat-sangat.. Kita nak yang perfect, kita nak apa yang kita idamkan. Macam perempuan, perempuan suka lelaki yang handsome, bergaya, kaya, romantik, gagah, ada six packs bagai.. kan? Tapi kesudahannya kita kemungkinan dijodohkan yang sebaliknya tetapi kita tetap menerimanya dan suka sangat-sangat dengannya..

Ada satu kisah ni.. haha..
ni kisah yang betul la.. Kisah cikgu aku.. Dia ada cerita.. Dia pernah cakap, dia tak suka lelaki yang berambut kerinting. Katanya tak cantik tak kemaslah.. Tapi suami dia sekarang.. Berambut kerinting.. Macam tak logik kan.. Kadang-kadang kita fikir, lelaki kan tak pakai tudung.. dari awal lagi kita boleh tengok dia.. Oh, rambut dia kerinting.. Out of list!! :P  Tapi jodohkan.. Tu la orang kata.. Paras rupa tak penting.. Hati yang baik tu orang nak.. boleh jaga perasaan kita, boleh sayang kita.. Kalau kita tengok dekat mana-mana la majlis perkahwinan ke kan.. Mesti kita tengok pengantin tu sesuai atau tak kan.. Tapi kadang-kadang juga kita mesti tengok ada sesetengah tu.. perempuan tu.. fuhh..mak aih.. meletup kutsss!! yang lelaki tu pulak berisi.. mesti orang tertanya.. eee.. apalah.. Tapi orang tak tahu.. yang lelaki yang dikatakan berisi tu jugaklah yang pandai amik hati si pengantin perempuan.. Mana tahu kan? sebab tu dia lebih layak menjadi suri dihati perempuan tu. =)

Semua itu ada hikmah tersendiri.. Kita tak layak nak judge apa-apa. Tapi kita kena tengok dari pelbagai aspek.. Sebab dan kenapa..

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...