Pensil Warna.. Kenanganku.. =)

Assalamualaikum.. Terasa nak update post tentang sebuah pensil warna. Gara-gara ternampak orang post something tentang warna-warna ini. Tetiba jadi obses. Hehe. Warna-warni berkait rapat dengan kehidupan. Ada warna ceria, ada warna suram. Tapi tak nak cerita pasal kehidupan. Nak cerita pasal kenangan sekarang ini.

Korang masih ingat tentang kenangan dulu?
Tentang pensil warna LUNA yang amat menjadi igauan. Hoho. Zaman dulu, pensil warna jenama LUNA paling famous. Faber Castle ke,Stabilo ke.. Tak menjadi tumpuan sangat waktu tu. Siapa yang ada pensil warna LUNA mesti dikatakan.. "Bapak ah.. Kaya nya kau!" (Duit bapak jugak yang beli.. :P) Eventhough pensil warna LUNA yang ketot tu kau ada. perghh.. respect habis la.. haha.. Lawak gila.. Lepas tu, bila dah maju lagi.. ada yang 24, 36, 48 warna.. Dulu kalau korang ada 24 warna jenama pensil warna LUNA ini.. Orang asyik jeling maut jer.. Haha..

Ingat lagi dulu, pensil warna yang 24 tu nak dekat hilang dah.. menangis kot. Gara-gara ada pencuri dalam kelas. =.='' Nasib baik ke temu jua. Waktu tu muncul la babak hero nak back up heroin. hehe.. Malu seketika. :P Ok dah.. tak nak lah cerita kisah cinta yang tak serupa cinta sangat waktu aku kecik-kecik dulu.

Sambung balik.. Then, bila orang nak pinjam pensil warna jer kan.. Mesti macam berkira gila jer nak kasi.. Kih3.. Korang mesti ada feeling camtu sikit kan.. Tapi kasi jugak la pinjam kan.. Tapi mesti ada ayat ni.. WAJIB!! "Ok, nah pinjamlah..Tapi ingat kau jangan sharp pensil warna ini." Kan? Kan? Baik korang mengaku.. :P

Tapi nak buat macam mana kan.. Budak zaman sekarang dah tak merasai seperti kita dulu.. Kita punya zaman macam ada perubahan. Macam dari zaman paleolitik ke mesolitik then ke neolitik tu semua..kan? haha.. (Amik kau.. sejarah pun masuk!. :D )
Saya sayang Anda :D

No comments:

Post a Comment




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...