Encik Medical Assistant ..


Assalamualaikum.. Hello.. :D



Bosan-bosan macam ni aku selalu dengar lagu (bosan tahap gaban(nazak) la ni.. kalau bosan sikit-sikit je.. takde maknanya nak bukak). Macam-macam siaran aku tekan.. Yela.. ada satu ketika kita macam tak suka je kan lagu yang DJ mainkan kat radio. So pilih siaran lain.. Then sampai suatu ketika.. lagu Ainan Tasneem - Kamu Saja dimainkan.. Cewahh.. Sampai lirik sini

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggiKamu saja yang mampu membuat tidur ku lenaKamu saja yang mampu membuat mimpiku indahKamu saja yang mampu membuat diriku gembira
aku senyum sorang-sorang.. Hohoho..

Tetiba.. Jeng jeng.. Aku teringat dekat MA(Medical Assistant) dekat Kolej Kerawang. MA ni nama dia En. Haziq..
Identiti dia yang sebenar aku tak stalker mana pun. Umur pun aku tak tau.. mungkin around 28-35. Sebab muka dia comel.. hahaha Lepas tu dia mesti senyum je bila jumpa siapa pun. Sebelum ini MA dekat tempat aku ini usianya agak la berumur. Sekali sem ni ada MA baru datang. Comel pulaks. Hoishh.. Memang syok gila la..

Dia ini boleh dikatakan crush aku la.. Memang aku akan terexcited bila terserempak dengan dia dekat area kolej atau Unit Kesihatan. Classmate aku semua tau aku minat MA ni.. haha.. Roomates tidak lupa juga.. 

Yang paling tak boleh blanya.. Classmate n roomate kalau jumpa dengan MA dorang suka cerita dekat aku kalau dorang dapat jumpa dia.. Lepas tu dorang cerita macam dorang yang minat gila.. Saje nak bagi aku jeles.. Stresss.. xD 

Ada sekali sehari tu.. aku dapat 3 kali ucapan dari orang yang berlainan.. Yang mengatakan dorang jumpa dengan MA.. Ceittt.. Perlu ke bagitau? hahaha

Kalau nak dijadikan cerita.. Aku jumpa MA ni first time waktu tu aku sakit kaki.. Aku masih ingatkan dekat UK ni MA yang berumur tu.. Sekali masuk dalam bilik.. Alamak! Macho bai.. macho.. kau tak tau betapa gembiranya aku waktu tu.. kah3.. tapi aku tak menampakkan la aku suka sangat.. sebab kaki sakit kan.. So bila balik bilik tu.. Barulah aku excited lebih..

Suara dia lembut je k.. Lepas tu dia akan explain detail-detail.. Buat tu buat ni.. Macam-macam dia explain.. Memang baik la.. Tapi classmate bagi tau.. MA yang ni susah bagi MC.. So what? Aku pun bukan minta MC pun.. Kalau setakat demam sikit-sikit tu.. aku rasakan better pergi kelas.. Tak payah manjakan diri.. sengaja nak ponteng.. lulz.. banyak ilmu tertinggal oih kalau ponteng.. So alasan tu tak dijadikan masalah kepada aku dari menyukai dia..

Aku sebenarnya tak tau pun kalau dia dah kahwin ke tak.. tapi kalau dah kahwin.. kahwin je la.. aku tetap suka dia.. kih3.. Suka tak semestinya nak kan.. saja nak cuci mata. Dah takde siapa aku nak jadikan crush.. Ada MA pun jadi..:P



Saya sayang Anda :D

2 comments:

  1. salam..saya tertarik dengan lagu blog awak, boleh tahu tajuk lagu nie..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. lagu korea ni.. btob - insane piano version.. :)

      Delete




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...